Monday, July 18, 2016

BERHALA DAN SYAHWAT YANG TERSEMBUNYI

Oleh Tok Pulau Manis

“Berkehendak engkau akan tajrid beserta mendirikan Allah akan dikau pada segala asbab adalah setengah daripada syahwat yang tersembunyi”. 

Terjemahannya: Barangsiapa yg telah ditentukan oleh Allah hidup dalam keadaan membina dan mencorak kehidupan mereka dengan cara berusaha dan bekerja tetapi bercita-cita ia mahu keluar daripada jalan usaha atau asbab ini dengan tujuan untuk semata-mata beribadat secara khususiah kepada Allah tanpa memikirkan tentang kehidupan dunianya maka yang demikian itu adalah timbul dari nafsu keinginan jahat yang tersembunyi. 

Hanyasanya adalah ia dpd syahwat kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa itulah ketetapan Allah yg dikehendakiNya sedangkan kehendak hamba itu menyalahi yang demikian itu. Hanyasanya adalah syahwat itu tersembunyi kerana bahawasanya pada zahirnya menampakkan seakan hamba itu bercita-cita untuk keluar dpd nafsu dan sememangnya hal yg demikian itu adalah dituntut dan dikehendaki oleh Allah Taala. Tetapi satu hal yang perlu dingat ialah sesuatu kehendak atau cita-cita besar itu hendaklah berlandaskan dengan keredhaan Allah bukannya daripada keredhaan nafsu. Sesungguhnya apa yg diredhoi oleh Allah Taala akan dirimu ialah berdiam (tetap) pada apa yg telah didirikan Allah atas engkau sama ada pada makam asbab (golongan yg bekerja dan beribadat) atau makam tajrid (semata-mata beribadat kepada Allah tanpa memikirkan usaha dan tanggungjawab kpd ahli keluarga).

Kata Muallif (pengarang) Kitab Tanwir Qulub bermula yang dikehendaki hak Allah Taala akan dikau ialah bahawa diam (tetap dalam sesuatu hal) kepada yang telah didirikan Allah akan dikau hinggalah ke satu masa di mana Allah memerintahkan keluar engkau ke satu hal atau maqam yang lain sebagaimana Allah memerintahkan masuk engkau kepadaNya dulu. Dan kata Sheikh Hijazi bermula Iradat (kehendak) itu tiga perkara iaitu;

1) Iradat Al-Tob'i iaitu kehendak yang takluk dengan kepada bahagian nafsu dan keluar daripadanya adalah WAJIB. Bahagian nafsu ini ialah seperti kehendak kepada kemasyhuran, pangkat, kedudukan atau berlazat-lazat pada makanan dan pakaian serta lain-lain lagi.

2) Iradat Al-Tamni iaitu kehendak bagi segala Ahli Tawajuh (yang selalu berhadap hati kepada Allah) yang Salik (mereka yang dalam permulaan perjalanan menuju kepada Allah). Mereka ini hanya berkehendakkan kepada kurnia Allah semata-mata.

3) Iradat Al-Haq iaitu kehendak yang takluk pada keikhlasan dan hakikatnya itu menyucikan amalan yang mereka kasih daripada syirik Jali (nyata) dan syirik khofi (tersembunyi).

Maka syirik khofi itu ialah seperti bahawa engkau jadikan kehendak bagimu itu serta Allah atau engkau lihat bagimu wujud (kita ada Allah ada - dua wujud). Maka apabila telah ikhlas engkau daripada penyakit lalai itu dan telah Allah hapuskan hukum maksiat pada sekalian itu maka jadilah engkau serta Allah tiada dengan kun (terhijab dengan alam benda). Sesungguhnya menetapkan Allah akan dikau dalam segala asbab dan berkehendak engkau tajrid menunjukkan masih lagi tinggal syahwat dan nafsu yg tersembunyi. Tiada dinyatakan (diketahui) di atas seseorang hamba melainkan kepada segala orang yang Ahli 'Inayah kerana bahawasnya syahwat itu tiada jadi ia melainkan daripada nafsu sama ada yang bangsa (bersifat) dunia atau bangsa (bersifat) akhirat.

No comments:

Post a Comment