Monday, July 4, 2016

AKHLAK GURU ROHANI (MURSYID)

Seorang guru rohani tidak akan menjadi guru sejati kecuali jika dia memiliki dua belas jenis sifat. Dua di antaranya adalah menyembunyikan aib manusia dan seluruh makhluk, bukan hanya dari orang lain, tetapi juga dari dirinya sendiri dan bersedia memaafkan kesalahan yang paling berat sekalipun.

1) Ada dua sifat yang diwariskan dari Nabi Muhammad s.a.w., iaitu cinta dan kelembutan.

2) Dari Abu Bakar, khalifah pertama, seorang guru sejati mewarisi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan sifat dermawan.

3) Dari Umar, dia mewarisi keadilan dan amar makruf nahi mungkar.

4) Dari Uthman, dia mewarisi tawaduk dan kebiasaan solat di tengah malam ketika orang tertidur lena.

5) Dari Ali, dia mewarisi ilmu dan keberanian.

Memang susah untuk jumpe guru mursyid tapi dia ada cara dan adab dia untuk berjumpa.. 

1. Banyakkan bertaubat, beristighfar dan berzikir.

2. Banyakkan solat sunat tahajud dan berdoa didalam doa tu dengan mohon kepada Allah utk bertemu dengan mursyid sebenar.

3. Banyakkan solat hajat dan pohon ditunjukkan jalan kpd mengenal Allah dari guru mursyid yang benar.

4. Banyakkan bersifat sabar walaupun sudah lama berusaha tapi guru tu tidak datang.. itu kerana Allah masih menguji kamu atau kerana dosa kita masih banyak.. maka teruskan melakukan amalan diatas.

No comments:

Post a Comment