Monday, July 4, 2016

KESUCIAN DAN KEMULIAAN ILMU

1. Tiada kemuliaan seperti ilmu.

2. Ilmu adalah pusaka yang mulia.

3. Serendah2 ilmu adalah yg berhenti di lidah dan yg paling tinggi adalah yg nampak di anggota2 badan.

4. Tetaplah mengingat ilmu di tengah org2 yg tidak menyukainya dan mengingat kemuliaan yang terdahulu di tengah org2 yg tidak memiliki kemuliaan, kerana hal itu termasuk di antara yg menjadikan keduanya dengki terhadapmu.

5. Jika Allah hendak merendahkan seorang hamba, maka Dia mengharamkan terhadapnya ilmu.

6. Jika mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburnya, maka muncullah empat api. Lalu datanglah Solat (yang biasa dikerjakannya), maka ia memadamkan satu api. Lalu datanglah Puasa, maka ia memadamkan api yang satunya lagi (api kedua). Lalu datanglah Sedekah, maka ia memadamkan api yang satunya lagi. Lalu datanglah Ilmu, maka ia memadamkan api yang keempat seraya berkata, “Seandainya aku menjumpai api-api itu, nescaya akan aku padamkan semuanya. Oleh kerana itu, bergembiralah kamu. Aku sentiasa bersamamu, dan engkau tidak akan pernah melihat kesengsaraan.”

7. Janganlah engkau membicarakan ilmu dgn org2 yg kurang akal kerana mereka hanya akan mendusta kanmu, dan tidak pula kpd org2 bodoh kerana mereka hanya akan menyusahkanmu. Akan tetapi, bicarakanlah ilmu dgn org yg menerimanya dgn penerimaan yg baik dan yang memahaminya.

8. Cukuplah ilmu itu sebagai kemuliaan bahwasanya ia diaku-aku oleh orang yang bukan ahlinya dan senang jika dia dinisbatkan kepadanya.

No comments:

Post a Comment