Pernah satu ketika seorang Imam diminta oleh Pembesar di zamannya untuk mengajar anaknya di rumah. Pelawaan pembesar itu ditolak oleh Imam itu sambil mengatakan: “Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi”. Perkataan ringkas daripada seorang Imam ini mengajar kita bahawa ilmu bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperoleh, akan tetapi memerlukan kesungguhan serta kesabaran untuk memilikinya. Perhatikan perkataan seorang Tabi’in iaitu Yahya bin Abu Kathir dari ayahnya:
لاَ يُسْتَطَاعُ الْعِلْمُ بِرَاحَةِ الْجِسْمِ
“Ilmu pengetahuan tidak akan dapat diperoleh hanya dgn berehat2.” (HR Muslim)
Kesungguhan dan kesabaran merupakan kunci yang perlu ada bagi setiap penuntut ilmu untuk membuka khazanah yang berharga ini. Belum pernah kita temukan cerita yang sahih mengenai Ulama atau mana-mana Cendiakawan yang duduk bersahaja lalu ilmu datang menemuinya. Bahkan Ibn ‘Abbas r.a., seorang Sahabat yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan kefahaman dalam Agama masih lagi bersusah payah mencari dan bertemu dengan sahabat2 lain untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Wahai semua penuntut ilmu, berusahalah bersungguh2 mencari ilmu pengetahuan. Sabarlah dalam mengejarnya. Setiap titis2 keringatmu yang jatuh di jalanNya, pasti akan dibayar.
Ingatlah, sesungguhnya ilmu ini bukanlah untuk siapa2, tetapi ia untuk kegunaan diri sendiri. Kita inginkan setiap pergerakan dalam kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak Allah dan RasulNya. Kita tidak mahu terpesong daripada kebenaran ketika mengharungi samudera hidup ini disebabkan kemalasan kita mencari apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. daripada kita. Apa yang kita harapkan ilmu yang dikejar ini mampu memberikan sinar kebahagiaan berada di bawah payungan keredaanNya. Semakin bertambah ilmu di dada, semakin giat mengejar CintaNya, dan semakin gerun melakukan tegahanNya. Benarlah kata-kata Allah s.w.t.: “Hanyasanya mereka yang takutkan Allah s.w.t. di kalangan hamba2Nya adalah golongan Ulama” (Faatir: 28). Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment