Tuesday, August 16, 2016

APA KAITAN RASA DENGAN SANGKA?

RASA itu kebenaran krn sendiri yg mengalami dan menyaksikan. Sedangkan SANGKA itu adalah andaian kerana sendiri belum mengalami dan menyaksikan. Sangkaan itu boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Jika sangkaan itu berdiri di pihak benar, ianya tetap benar akan tetapi belum sempurna kebenaran itu kerana sendiri tidak dapat merasakan kebenaran itu. Dan sendiri tidak dapat mengesahkan kebenaran itu. Jika sangkaan itu berdiri di pihak salah, ianya tetap salah. Maksud hadis, "Awal agama itu mengenal Allah". Proses nak mengenal Allah itu berbagai. Antaranya ialah 'Kenal Diri'. Jadi barangsiapa kenal diri, dia akan kenal Allah. 

Mengenal diri itu ialah mengenal siapa diri kita. Apa peranan kita? Tidak kita dijadikan Allah itu sia-sia. Kita dijadikan Allah sebagai hambaNYa. Allah berfirman, "Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu". Sudahkah kita benar-benar menjadi hamba Allah dalam ertikata yang sebenar? Nak jadi hamba, kena kenal dan faham sifat dan peranan Allah. Sudahkah kita faham Allah dalam ertikata yang sebenar? Jadi, nak dapatkan semua ini mestilah dengan belajar. Belajar ilmu mengenal Allah. Nak belajar, kena berguru dan sebaiknya carilah Guru Mursyid.

No comments:

Post a Comment