Tuesday, August 16, 2016

KENALI TIPUAN HAWA NAFSUMU TENTANG WUJUDMU

Sifat ADA adalah sebenarnya sifat Allah. Sifat ADA itu ESA, hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat ADA. Selain dpd Allah sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada atau tiada. Untuk memperkenalkan diriNya, Allah telah tajalli atau zahirkan sifat adaNya. 

Apabila Allah zahirkan sifat adaNya, sifat ada itu tetap menjadi milik Allah juga dan tidak akan menjadi milik selain dari Allah termasuk juga tidak akan menjadi milik kita sendiri selagi masih kelihatan ada. Yang maujud kelihatan ada tapi tetap ada itu berdiri dengan sebab sifat ada yang mendirikannya yakni Wujud Hakiki. Wujud Hakiki hanya milik Allah swt. Seperti adanya embun, hujan, ombak, aisbatu, buih ombak, awan, wap dan semua itu tetap dalam wujud air hakikatnya walaupun kelihatan ada dengan bentuk dan nama tersendiri. 

Sepatutnya apb Allah memperkenalkan sifat adaNya, hendaklah diakui sifat ada yg sedang diperkenalkan itu adalah sifat Allah. Tetapi kebanyakan manusia diatas muka bumi ini telah salah sangka ada Allah yang sedang diperkenalkan itu telah dianggap sebagai ada diri sendiri. Sangkaan ada Allah yang sedang diperkenalkan sebagai ada diri sendiri itulah sebenarnya HAWA NAFSU. 

Apabila rasa ada diri sendiri, maka timbullah rasa Aku (diri sendiri) yang hidup, Aku (diri sendiri) yang tahu, Aku (diri sendiri) yang berkuasa, Aku (diri sendiri) yang berkehendak, Aku(diri sendiri) yang mencapai dgn sesuatu pencapaian, Aku (diri sendiri) yang melihat, Aku (diri sendiri) yang mendengar, Aku (diri sendiri) yang berkata-kata sedangkan sifat hayat, ilmu, kudrat, iradat, basar, sama' dan kalam adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Sifat-sifat yang wajib bagi Allah adalah hanya milik Allah sendiri sahaja.

Apabila kita merasa ada "diri sendiri" disamping wujud Allah yang berdiri sendiri dan bukan berdiri kerana didirikan, maka secara automatik segala sifat milik Allah itu akan dianggap atau disangka sebagai sifat milik diri yang disangka atau diri yang sedang dirasai ada itu. Rasa ada diri (sedang menyangka sifat ada Allah sebagai sifat ada diri sendiri) itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dgn hawa nafsu itu sendiri.

PERANAN KITA SEMUA IALAH MELAKUKAN PERANG DENGAN NAFSU (RASA ADA DIRI SENDIRI). SEPERTI APA YANG TELAH DISABDAKAN NABI MUHAMMAD SAW "PERANG YANG PALING BESAR IALAH BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI"

Selama ini kita telah menganggap/menyangka sifat ada Allah yg sedang diperkenalkan utk memperkenal kan dirinya sbg sifat ada diri sendiri (sedang merasa diri kita ada disamping wujud Allah). Oleh kerasa sifat Ada adalah sifat yang wajib bagi Allah, dan sifat yang wajib bagi Allah ini Esa dan tidak ada selain dari Allah yang boleh bersifat dengan sifat Ada. Tidak ada sesuatu yang lain yang bersamaan dengan sifat Allah. Jika Allah tidak memperkenal sifat adaNya, Dia tidak akan dikenali. Untuk memperkenal diriNya Allah mentajalli atau menzahir segala wujud, sifat, Asma(nama) dan perbuatan Nya.

Penzahiran sifat, nama dan perbuatan Allah inilah yang dinamakan sebagai makhluk (maujud). Maksud nya makhluk Allah adalah apa yg Allah sedang memperkenalkan tentang wujud, sifat, nama dan perbuatanNya. Setiap satu pengenalan yg berbeza diberikan satu nama panggilan yg lain. Perbezaan nama adalah sedang menunjukkan perbezaan penzahiran wujud, sifat, nama dan perbuatan Allah yang berbeza. 

Kesemua makhluk Allah adalah merupakan mazhar atau sebagai tempat Allah sedang menzahir wujud, sifat, nama dan perbuatan Allah, dan makhluk tidak mempunyai sifat ada yg tersendiri dan berdiri sendiri kecuali berdiri dgn sifat2 Allah yg mendirikan dan bergantung dgn hak2 Allah itu selagi mana masih kelihatan ada. Wujud makhluk itu sebenarnya adalah sedang menerangkan tentang Wujud Allah... dan sifat itu telah dan sedang ditajalli dan terus ditajallikan setiap saat selagi mana berdirinya wujud itu.

Sebenarnya makhluk tidak mempunyai wujud sendiri, dan sesuatu yang tidak mempunyai wujud sendiri adalah sesuatu yang tidak ada wujud hakikatnya. Yang ada Wujud sendiri atau YANG ADA DENGAN SENDIRI SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA IAITU ALLAH SWT. Selain dari Allah bersifat dengan sifat tiada yakni Adam. 

Sifat ada yang terlihat, sifat ada yang terasa, sifat ada yang sedang dijiwai adalah sifat ADA ALLAH YANG SEDANG DIPERKENALKAN. Selama ini kita telah salah sangka tentang Wujud Allah dan telah dianggap atau disangka sebagai wujud diri sendiri dan sebagai wujud selain dari Allah... Allah... Allah.. Allah... KITA SYIRIK TANPA SEDAR!

"PERANAN UTAMA ADALAH MENGISHTIHARKAN PERANG DENGAN DIRI YG SEDANG DISANGKA ADA (SEDANG MERASAI ADA KUASA PADA DIRI SENDIRI) seperti firman Allah didalam Al-Quran

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)

وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

“Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah”, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim”. Kembali menyangka yang Ada itulah sebenarnya Ada Allah. Selain daripada Allah tidak ada. Kembali kepada firman Allah:

20.Surah Ţāhā (Verse 14)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku”.

No comments:

Post a Comment