Syeikh Sirhindi berkata: “Hendaklah kamu ketahui bahawa Allah swt telah meletakkan kita dibawah suruhan dan laranganNya”. Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya”. “Jika kita benar-benar ikhlas di dalam perkara ini, maka hendaklah kita mencapai ‘kehancuran” dan cinta pada Hakikat. Tanpa kedua-dua ini kita tidak dapat mencapai tingkatan pengabdian yang tersebut diatas.
Oleh kerana itu kita berada dibawah satu lagi tanggungjawab, iaitu mencari JALAN KESUFIAN, kerana jalan ini akan membawa kita kepada keadaan “kehancuran” dan cinta pada Hakikat. Setiap tarikat berbeza diantara satu sama lain di dalam menetapkan hal kesempurnaan; begitu juga setiap Tarikat memelihara Sunnah Rasulullah saw dan mempunyai pengertian tersendiri akan maksudnya. Setiap tarikat mempunyai cara tersendiri dalam memelihara Sunnah Rasulullah saw.
Tarikat kita, melalui Syeikh2nya, menghendaki kita mematuhi suruhan Rasulullah saw dan meninggalkan apa yang dilarang. Syeikh2 kita tidak mengikuti jalan yang mudah (rukhsah) tetapi bertegas mengikuti jalan yang susah. Didalam kesemua pencarian mereka, mereka sentiasa ingat akan ayat Al Quran Surah An-Nur:37: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) org2 yg kuat imannya yg tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli dpd menyebut serta mengingati Allah”.

Di dlm perjalanan menuju penyingkapan Hakikat Ketuhanan, Pencari bergerak melalui beberapa tingkatan ilmu dan bergerak menghampiri Tuhannya. Bergerak menuju Allah adalah pergerakan menegak dari maqam yg rendah kpd maqam yang lebih tinggi, sehingga pergerakan itu melepasi masa dan ruang dan ke semua hal hancur di dlm apa yg dipanggil ilmu yg wajib bagi Allah.
Ia juga dikenali sebagai ‘fana’. Bergerak di dalam Allah adalah peringkat di mana Pencari bergerak dari maqam Nama dan Sifat kepada suatu keadaan dimana perkataan dan isyarat tidak dapat menerangkanya. Ini adalah hal keadaan kewujudan Allah dan dipanggil 'baqa'.Bergerak dari Allah adalah peringkat dimana pencari kembali dari alam kerohanian kepada alam dunia yang asbab, turun dari maqam ilmu yang paling tinggi kepada yang terendah. Disini dia lupa Allah dengan Allah dan dia kenal Allah dengan Allah dan dia kembali dari Allah kepada Allah. Hal ini dipanggil keadaan yang paling jauh dan paling dekat.

Bergerak didalam benda adalah pergerakan di dlm makhluk. Ia merangkumi kefahaman secara terperinci ke semua perkara dan keadaan di dalam dunia ini setelah hilang di dalam kehancuran. Disini Pencari akan mencapai hal keadaan memimpin, iaitu hal keadaan Para-Para Rasul dan mereka yg mengikuti jejak langkah Para2 Rasul. Ia membawa ilmu ketuhanan ke dlm dunia makhluk utk menegakkan bimbingan.
Keseluruhan kitaran ini adalah srt memasukkan benang ke dlm jarum. Benang mencari lubang jarum, memasukinya dan kemudian turun ke tempat ia bermula. Disana kedua-dua hujung benang bertemu, disimpulkan dan mengikat terus benang tersebut. Ia membentuk satu gabungan di mana benang, lubang jarum dan jarum dan apa-apa lembaran kain yang ia capai maka ia cantumkan di dalam satu lembaran penyatuan kain.

Hendaklah kamu ketahui bahawa Syeikh-Syeikh Naqshabandi memilih utk menbimbing murid mereka dgn dimulai dgn pergerakan dari Allah, mengembara dari atas turun ke bawah. Atas sebab ini hijab yg biasa dikekalkan ke atas penglihatan rohani Murid, hijab diangkat hanya di penghujung perjalanan. Kesemua Tarikat yg lain bermula dgn pergerakan menuju Allah, bergerak dari bawah ke atas dan hijab yg biasa dibuka terlebih dahulu.
Telah disebut didlm hadis Rasulullah saw maksudnya: "Ulamak adalah pewaris Nabi”. Ilmu Para Rasul ada dua jenis: Ilmu Syariat dan Ilmu Rahsia. Seseorg Ulama tidak boleh dipanggil Pewaris jika ia tidak mewarisi kedua-dua ilmu ini. Jika ia mengambil salah satu dari ilmu tersebut maka ini tidak mencukupi. Jadi pewaris yg sebenar ialah mereka yg mengambil Ilmu Syariat dan Ilmu Rahsia dan hanya Wali yg benar2 menerima dan memelihara warisan ini.”
No comments:
Post a Comment