Apabila Tuhan membukakan bagimu jalan untuk makrifat, maka jangan hiraukan tentang amalmu yang masih sedikit kerana Allah s.w.t tidak membuka jalan tadi melainkan Dia berkehendak memperkenalkan diriNya kepada kamu. Kalam2 Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.
Org yg hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kpd hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yg mampu menyampaikan seseorang kpd Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yg terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yg dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yg dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kpd ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal org lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kpd Allah s.w.t.
Bukan senang mahu membulatkan hati utk menyerah bulat2 kepada Allah s.w.t. Ada org yg mengetuk pintu gerbang makrifat dgn doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula org yg berpegang dgn janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalanNya kpd hambaNya yang berjuang pada jalanNya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak utk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janjiNya. Dia menggunakan kekuatan amalannya utk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.
Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kpd Allah s.w.t, hanya Dia yg memiliki kuasa Mutlak dlm menentukan siapakah antara hamba2Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t. Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yg sampai di perhentian aslim ini yg berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.
Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari. Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah org yg diceritakan Allah s.w.t dgn firman-Nya:
“Dan org2 yg berusaha dgn bersungguh2h kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan2 Kami (yg menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta org2 yang berusaha membaiki amalannya”. (Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut)
“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kpd Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yg telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya)”. (Ayat 6:Surah al-Insyiqaaq)
Org yg bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dgn cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jln dgn memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kpdnya suasana berserah diri kpd Allah tanpa ragu2 dan redha dgn lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dgn pintu gerbang makrifat dan hanya Allah sahaja yg menentukan apakah org tadi akan dibawa ke HadratNya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.
Golongan org yg dicari menempuh jalan yang berbeza dpd golongan yg mencari. Org yg dicari tidak cenderung utk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku org awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kpdnya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yg telah ditentukan itu. Org dlm golongan ini biasanya berhadapan dgn sesuatu peristiwa yg dgn serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yg memutus kan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t.
Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dgn sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t.
Org dlm golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan dpd makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dgn penuh kerendahan hati kpd Allah s.w.t dan timbullah dlm hati mereka suasana penyerahan atau aslim yg benar2 terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yg tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dgn apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Org yg berjalan dgn kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dlm masa dua bulan sedangkan org yg mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.
Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dgn sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t.
Org dlm golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan dpd makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dgn penuh kerendahan hati kpd Allah s.w.t dan timbullah dlm hati mereka suasana penyerahan atau aslim yg benar2 terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yg tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dgn apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Org yg berjalan dgn kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dlm masa dua bulan sedangkan org yg mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.
Abu Hurairah r.a menceritakan yg beliau r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yg maksudnya: Allah berfirman: “Apabila Aku menguji hambaKu yg beriman kemudian dia tidak mengeluh kpd pengunjung2nya maka Aku lepaskan dia dari belengguKu dan Aku gantikan baginya daging dan darah yg lebih baik dari yg dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yg lalu telah diampuni semua”. Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dgn rahmatNya mengenakan ujian bala bencana yg menariknya dgn cepat kpd kedudukan berhampiran dgn Allah s.w.t. Oleh yg demikian tidak perlu dipersoalkan ttg amalan dan ilmu sekiranya keadaan yg demikian terjadi kpd seseorang hambaNya.
No comments:
Post a Comment