Sunday, March 27, 2016

TANDA TANDA MENCINTAI NABI

Al-Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari (pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947) di dlm kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin. Menyatakan alamat (tanda2) mencintai Nabi s.a.w. Beliau menulis: Barangsiapa yg zahir pada dirinya tanda2 tersebut, adalah ia benar2 mencintai Nabi s.a.w. Dan sekiranya tidak, maka cintanya hanya perkataan semata. Tanda2 tersebut adalah:

1)   Meneladani Baginda s.a.w samada dalam percakapan, perbuatan dan ahwal, zahir dan batinnya.

2)   Mengamalkan sunnah2 Baginda s.a.w, mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya, berusaha beradab dgn adab Baginda s.a.w, dalam semua keadaan, baik dikala susah, maupun senang, dikala cergas maupun malas

3)   Mengutamakan apa yang telah disyariatkannya dan yang digalakkannya untuk dilakukan daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat.

4)   Banyak menyebutnya yakni berselawat ke atas Baginda s.a.w, sebab org yg mencintai sesuatu, banyak atau sering menyebutnya dgn perasaan rindu kpd yg dicintainya, mengagungkannya memuliakannya dan menzahirkan kekhusyu’kan dan rendah diri ketika mendengar nama Baginda s.a.w disebut.

5)  Rindu untuk bertemu dengan Baginda s.a.w, kerana sesungguhnya setiap kekasih ingin bertemu dgn yg dikasihinya.

6)  Mencintai mereka yg dicintai oleh Baginda s.a.w, iaitu yg punya hubungan dgn Baginda s.a.w spt ahli bait Baginda s.a.w, para sahabat Baginda s.a.w dari kalangan Muhajirin dan Ansar.

7)  Membenci org2 yg dibenci oleh Allah dan RasulNya, memusuhi org yg memusuhinya, menjauhi org yg menyimpang dari sunnahnya serta berkeberatan terhadap org yg menyimpang dari sunnahnya.

8)  Mencintai al-Quran yang diturunkan kpd Baginda s.a.w. Mencintai al-Quran bererti membaca, memahami dan mengamalkan segala tuntutan2nya di dlm mengatur kehidupan. 

9)  Mencintai sunnahnya serta memperhatikan dan memahami hukum-hakamnya. Sahal bin Abdullah at Tusturi berkata: Tanda2 mencintai Allah adalah mencintai al-Quran dan mencintai Nabi s.a.w. Tanda2 mencintai Nabi s.a.w adalah mencintai sunnahnya. Tanda2 mencintai sunnahnya adalah membenci dunia. Tanda2 membenci dunia adalah enggan mengambilnya melainkan utk bekalan menuju akhirat.

10) Belas kasihan (bersikap lemah lembut dan mengasihi) terhadap ummatnya, memberi nasihat kpd mereka tanpa jemu, berusaha memberi kemaslahatan dan menghindarkan mereka dpd marabahaya.

No comments:

Post a Comment