Tuesday, February 23, 2016

HAKIKAT TUJUH ALAM

JABARUT = peringkat dibawah Lahut dan diatas Malakut
KHATRAT = bisikan hati dari Alam Ghaib
KERAMAT = perbuatan luar biasa oleh wali Allah
KHIDR = namanya ialah Baliya Ibn Mulkan yang telah meminum Air Kehidupan
KALAM - i - ZATI = Kalam Zat tanpa perkataan & bunyi
KALAM - i - TAFSILI = kata kata dalam perkataan = Kalam - i - Lazfi
PENTAJALLIAN MANUSIA MELALUI TUJUH ALAM

Saudara muslimin & muslimat yang dihormati !
Barangkali ada baiknya kita ulangi semula apa yang telah kita pelajari setakat ini, berkaitan penciptaan manusia agar pemahaman kita lebih mendalam. Kali ini marilah kita melihat penciptaan manusia itu dari Alam-Alam Penciptaannya. Dengan Tajallinya BENIH yaitu Mani Setitik Maka Terciptalah Manusia Yang Lengkap (Akbar) Dikandung oleh Mani itu (ain Sabitah) ialah WUJUD tetapi belum nyata wujudnya – umpama Dalam biji sawit lengkaplah segala-galanya yaitu akarnya, batangnya, pelepah, bunga, tandan buah malah biji biji sekali Bererti Wujud Jasad (Jasmani) & Wujud Ruh (Ruhan ) Melalui Tujuh (7) Alam atau Mertabat Pentajallian. Dalam Ilmu Hakikat ini dirujuk sebagai MERTABAT TUJUH:

ALAM LAHUT: Dimana Wujud Zat sedia-dianya. Belum ada satu pun wujud yang lain.

ALAM JABARUT: Ditajallikan Muhammad Mustaffa ( Hakikat Muhammad ) yaitu Sifat Zat Yang Agung melalui NURZAT melalui ILMUNYA yang SIRR / RAHSIA oleh KUDRATNYA disebabkan IRADATNYA. Apabila Tajalli SifatNya Muhammad Mustaffa, maka dipancarkanNyalah HAYATNYA maka hiduplah Muhammad didalam Wahdaniat pada SifatNya yaitu MENGESAKAN ZAT yang menjadikanNya. Muhammad dikatakan Mustaffa yaitu yatim piatu kerana ianya tiada diperanakkan atau beranak. Asma atau namaNya ialah Allah.

ALAM MALAKUT: Muhammad Mustafa pula mentajallikan malaikat melalui NurNya Nur Muhammad. Satelah terciptanya Malaikat, oleh kerana asyiknya Muhammad kepada ZatNya, Muhammad telah menyatakan kepada malaikat bahawa Ianya bernama Allah yaitu Tuhan Sekalian Alam. Maka malaikat pun mengenali Allah melalui Sifat 20 di-Alam Malakut dan kenAllah malaikat akan dirinya bahawa ianya adalah sifat kepada Sifat Zat Yang Agung, Muhammad Mustaffa.

ALAM RUH: Penciptaan Dunia. Allah telah memerentahkan malaikat Jibrael, Izrael, Mikael & Israfil untuk mencipta dunia ini. Izrael mencipta bumi dan kehidupan. Jibrael mencipta langit dan lautan. Mikael mencipta bulan dan matahari. Israfil mencipta angin dan udara. Setelah terciptanya dunia, barulah Allah menciptakan manusia untuk dijadikan Khalifah didunia . Manusia diciptakan oleh Allah atas permintaan Muhammad. Malaikat dijadikan panduan menzahirkan rupa manusia :-

Jibrael sebagai cermin
Mikail sebagai rupa
Israfil menghantar ruh
Izrail sempurnakan sifat

Maka wujudlah manusia yang lengkap dengan segala sifat malaikat dikenali sebagai RUH. Ianya dikenali sebagai MANUSIA AWAL. Yang demikian malaikat ialah kembar manusia dan manusia itu sesifat malaikat. Dialam ruh manusia ujud tetapi belum kelihatan oleh pandangan kerana belum diberi jasad.

Setelah Ruh Manusia diwujudkan dari sifat malaikat, Zat memperkenalkan diriNya melalui SifatNya Muhammad Mustaffa sebagai Tuhan Manusia & Tuhan Semesta Alam bernama Allah. Maka Ruh Manusia pun mengenali akan Tuhannya yaitu Zat Mutlak melalui SifatNya Yang Agung Nur Muhammad bernama Allah. 

Ruh Manusia juga mengenali dirinya yaitu: Dirinya sesifat malaikat. Malaikat sesifat Muhammad Mustaffa / Nur Muhammad. Muhammad Mustaffa pula ialah Sifat Zat Mutlak Yang Agung ditajalikan melalui NURZAT. Zat pula meliputi (SE) SifatNya yaitu Muhammad Mustaffa. Sifat Zat pula ialah Zat Mutlak itu sandiri. Ruh memohon agar Allah memberikan DUNIA untuk ditadbirnya sebagai khalifah. Tuhan menunaikan permintaan dengan memberikan Jasad dan alam semesta untuk didiami dan ditadbir oleh ruh manusia (Jasad = Alam Saghir / Kecil Alam Semesta = Alam Kabir / Alam Maya. Sebelum ruh manusia diberikan Jasad dan Dunia, Allah telah meminta mereka membuat Perjanjian dan Pengakuan seperti berikut:

- Ruh berikrar dan mengaku bahawa Zat Mutlak yakni Allah-lah Tuhan Semesta Alam dan mereka (ruh & alam) adalah HAMBA.

- Sebagai hamba mereka tidak akan menyengutukan Allah dengan yang lain. Yang Wujud Hanya Allah.

- Akan tetap mengenali Asal Usul Dirinya dan mengembalikan Hak Allah yang diberikan kepadanya yaitu jasad & ruh dengan sempurna (tidak akan memisahkan ruh & jasad atau SE-kan dirinya)

- Akan menjadi CERMIN BERGILAP bagi Allah dan menjaga RAHSIA dan AMANAH Allah serta mengembalikan rahsia dan amanah itu kepada Allah bila tiba masanya.

- Menjalankan SYIAR Allah. Allah pula berjanji: Ruh akan diberi Jasad sesifat dirinya (ruh). Urusan kehidupan ruh didunia adalah semata-mata urusan Allah dan perbuatan manusia adalah Af’al Allah semata-mata.

No comments:

Post a Comment