Wednesday, February 17, 2016

TIADA BERSATU TIADA BERCERAI

Perjalanan itu dimulai dari dalam diri kita sendiri, dari dalam terus kedalam, akhirnya serta alam dengan keindahannya dan dengan keganjilannya, hanyalah sebagai saksi pencari diri. Kata sayidina ali : ANA NUQTATU BA-I-BISMI'MILLAAH ANAA QALMUN WA ANAA LAUHUN MAHFUUDZ ANAA 'ARSYUN WA ANAA KURSIYYUN WA ANAA SAMAAWAAT Artinya : aku adalah titik huruf Baa pada bismi'llah, aku adalah pena (kalam) dan aku adalah luh mahfuz, aku adalah Arash (tahta tuhan) dan aku adalah kursi dan aku adalah petala-petala langit Allahu a'lam

Demikianlah orang yang hendak mengenal diri dan mengenal akan tuhanNya, Adapun diri kita ini ada tiga bahagian:

1. Pertama ialah diri yang sebenarnya (rahsia), Jadi diri ini kembali kepada yang hak.

2. Kedua ialah diri terperi (Muhammad), jadi diri ini kembali kepada rasa Muhammad.

3. Ketiga ialah diri terdiri (adam), jadi diri ini yang betah tinggal kepada rasa adam semula.

Jadi dosa besar yang tiada ampunan kecuali kembali kepada yang sebenar-benarnya diri, Jadi yang sebenar benarnya diri itu Ruh, yang sebenar benarnya Ruh itu Nur Muhammad, Jadi yang sebenar-benar Nur Muhammad itu Sifat, Sebenar-benar sifat itu ialah Zat, Jadi Zat itu Zat Hayat, bukan Zat Hayyun, Jadi Allah itu adalah nama Zat, dan Muhammad itu adalah nama Sifat, maka dari itu Zat dan Sifat itu tiada bersatu dan tiada bercerai:

“WANAN KAANAFI HAJIHI AMA FAHUWA FIL AKHIRATIA’MA WA ‘ADHOLLU SABBILA’"

Artinya : "Barang siapa buta dalam dunia ini, niscaya buta juga di akhirat sesat di jalan"

KesimpulanNya :

1. Hidup tubuh kerana nyawa, hidup nyawa kerana Allah.
2. Tahu hati kerana tahu Ruh, tahu Ruh kerana Allah.
3. Kuasa anggota tubuh kerana Ruh, kuasa Ruh kerana kuasa Allah.
4. Berkehendak puad kerena berkehendak Ruh, berkehendak Ruh kerana berkehendak Allah.
5. Mendengar telinga kerana mendengar Ruh, mendengar Ruh kerana mendengar Allah.
6. Melihat mata kerana melihat Ruh, melihat Ruh kerana melihat Allah.
7. Berkata mulut kerana berkata Ruh, berkata Ruh kerana berkata Allah.

Maka kita rumuskan pula tentang diri batin itu sebagai berikut:

Adapun yang dimaksud dengan fana oleh ahli tasawuf ialah lenyapnya perasaan hamba dari nafsu basyariah, yakni segala sifat-sifat ke-ia-an dan ke akuan dari kemanusiaan, sudah takluk pada tuhannya, maka jadilah ia baqa dengan Allah Ta’ala.

Bilakah datangnya dan bila pula kembalinya? Jawabnya ialah: bahwa diri batin itu datang kedunia ini adalah setelah adanya jasad, sesuai dengan firman Allah yang artinya "kemudian Kami sempurnakan jasad itu, lalu ditiupkan roh kepadanya”.

Darimana diri itu datangnya dan kemana pula kembalinya, serta apa maksud datang kedunia ini? Jawabnya ialah: datangnya dari Allah dan kembalinya kepada Allah, adapun maksud datang kedunia ini adalah dengan jasad sebagai alatnya dengan tujuan untuk mengenal akan dirinya.

No comments:

Post a Comment