Tuesday, January 20, 2015

BAYAN TAKAZAH USTAZ RAZIF

(Jor kawasan puchong/safar syura: Tarikh : 14/09/2014)

4 tanda kebahagiaan - persiapan utk akhirat:

1. dari segi agama  - pandang org yg lebih tinggi.
2. dari segi dunia – pandang org yg lebih rendah.
3. ingat dosa2 yg telah dilakukan sebab ianya telah ditulis oleh Allah.
4. lupakan kebaikan2 yg dilakukan sebab belum tahu samada diterima oleh Allah.

4 tanda kecelakaan ialah bertentangan dari perkara dia atas:

1. dari segi agama  - pandang org yg lebih rendah.
2. dari segi dunia – pandang org yg lebih tinggi.
3. lupa dosa2 yg telah dilakukan.
4. ingat kebaikan2 yg dilakukan.

Kita kena letak tahap agama lebih tinggi dari yg ada sekarang. Kalau berpada dgn tahap agama yg ada sekarang, kita adalah org yg celaka di dunia & akhirat. Kita kena sentiasa rasa kurang dari segi agama dan berusaha utk tambah. Hanya agama yg akan bawa kejayaan dunia dan akhirat. Segala kekuasaan, pangkat, harta, tentera, kerajaan tak menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Seluruh kekuasaan di seluruh dunia tak lebih dari sarang labah-labah – sekali sapu terus hancur. Kekuatan Allah sangat hebat. Kekuasaan dunia sedikit pun tak boleh bantu kita kalau azab Allah dtg. qarun, firaun, namrud semua telah dimusnahkan sebab tak bawa agama dlm kehidupan. Satu org yg 100% taat perintah Allah, iman yg betul, ikut sunnah nabi, Allah suka dgn dia dan dia adalah org yg berjaya dunia dan akhirat. Dpt Allah – dpt segala-galanya. Hilang Allah – hilang segala-galanya. 

Nabi didik sahabat/umat macam mana nak ambil takazah agama supaya amal agama meningkat sehingga dtg kpd agama yg sempurna. Janji2 Allah bersama dgn umat – dlm janji Allah ada kudrat Allah. Risau/rungsing nabi ialah bagaimana agama dpt ditingkatkan. Org yg ambil takazah – Allah akan muliakan dia. Allah muliakan org2 aus dan khazraj / org2 ansar. Mereka sanggup korban segala-galanya utk nabi dan utk agama. Mereka bantu agama Allah dari segenap penjuru. Mereka sangup korban harta & diri utk jaga Nabi. Allah pilih mereka dan Allah muliakan mereka. Nabi kata sampaikan walau satu ayat…’ballighu anni walau ayah..’. Ballighu (taklif) – ada beban takazah agama - kena sampaikan - satu perintah. Anni (tashrif) – ada kemuliaan - jadi pembantu nabi saidul mursalin. Walau aayah (tahkif) – ada keringanan - seluruh umat bertanggungjawab.

Umat kena ambil takazah agama. Di akhir hayat nabi/sakit nak wafat, Nabi kata: ’siapa lagi nak bela umat aku slps ketiadaan aku’. Sekecil2 takazah/keperluan agama kena ada risau dan rungsing. Tidak sempurna iman seseorg selagi dia tak mengasihi saudaranya sbg mana dia mengasihi dirinya sendiri. Sebaik2 manusia ialah dia yg paling banyak bagi manafaat pada manusia yg lain. Bawa agama yg sempurna dlm diri dan sebarkan ke seluruh alam. Seorang sahabat Sulaiman Abi Hatim, tak dtg solat subuh, terus Umar pergi ziarah dia. Umar telah pergi ke pasar dan tanya org yg berniaga, dah belajar hukum dlm perniagaan? Umar suruh tutup kedai dan pergi ke masjid belajar hukum berniaga. 

Abu Hurairah telah pergi ke pasar dan tengok org ramai sibuk dgn dunia, beliau kata harta pusaka nabi sdg dibahagi2kan di masjid. Semua perkara dikaitkan dgn masjid. Dlm masa 10thn di Madinah, Nabi s.a.w telah bentuk 150 jemaah. Ada jemaah 10,000 org, ada jemaah 30,000 org. Khalid Al Walid telah keluar selama 6 bln ke Yaman. Semasa Fatah Mekah, Nabi telah bawa 10,000 org. Madinah telah dikosong kan demi agama. Selama 2 minggu, Madinah telah kosong, semua lelaki telah bersama nabi ke Mekah demi agama.

Dakwah perlu dibuat dgn cara Nabi s.a.w. Kita jadikan masjid kita sebagaimana Masjid Nabawi zaman Nabi s.a.w. Kita jadikan kpg/bandar kita sebagaimana Madinah Munawwarah zaman Nabi s.a.w. Setiap rumah dihidupkan dgn amalan agama. Amalan yg ada di masjid hidup di rumah. Dari masjid kita hantar jemaah ke seluruh dunia. Dlm hadith Bukhari ada disebutkan Nabi bentuk pasangan/pair/regu utk kerja dakwah, 50 pasangan/pair sahabat telah dibentuk. Setiap marhallah bagi azam berapa banyak regu/pair yg boleh dibentuk berdasarkan bilangan karkun. Setiap regu/pair ni bentuk jemaah 3H/40H sendiri. Allah perintah utk azam – lepas tu tawakkal. Allah perintah utk usaha – natijah dtg dari Allah. Allah tak tengok hasil – hidayat di tangan Allah. Siang buat usaha  - malam doa pd Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment