Tuesday, January 20, 2015

TAGHRIB MESYUARAT 2

TARGHIB OLEH WAK OMAR 

(mesyuarat mingguan markaz KL - 22/10/2014). Maulana saad kata kita akan maju dan usaha akan maju bila buat 2 perkara iaitu buat usaha utk sukakan Allah (ikhlas) dan tambah korban. Org yg dah biasa dahaga – tak minum air bukanlah pengorbanan sebab dah biasa dahaga. Org yg dah biasa lapar – tak makan bukanlah pengorbanan sebab dah biasa lapar. Keluar 3hari setiap bulan bukanlah pengorbanan sebab dah biasa. Oleh itu kena tambah korban keluar 10h setiap bulan. Buat usaha agama utk diri sendiri, utk hampir kpd Allah. Usaha usuli adalah kerja yg penting. Kita hanya bergerak - Allah yg keluarkan jemaah. Bergerak dgn bantuan & pertolongan Allah. 

Regu/jemaah kecil adalah kerja alami yg sedang dibuat di seluruh dunia. Bentuk regu masing2 – gerak rumah ke rumah. Ini adalah keperluan iman yg paling asas. Kita sendiri kena buat. Buat niat (intention), buat keputusan (decision), buat dgn penuh keyakinan (conviction), sediakan seluruh org islam utk buat kerja nabi. Dari regu – bentuk jemaah 3hari sendiri, insan/manusia – ibarat lombong emas/perak. Setiap org ada kemampuan dan kebolehan. Tufail dausi telah buat usaha – dan hasilnya adalah abu hurairah-ketua muhadisin. Kita kena gerak setiap hari. 

Jemaah hyderabad kata: jika tiada usaha jumpa org di mahallah/halaqah maka nyawa/roh usaha agama telah terkeluar drp mahallah/halaqah kita. Prof halim kata: org yg buat gasht pasti iman mereka meningkat. Iman spt bara api – bila ditiup akan menyala. Maulana saad kata: jasbah utk belajar iman yakin telah terkeluar dari umat ini. Kita kena buat azam dan keputusan. Hari2 bagi dakwah, jumpa setiap org.

TARGHIB OLEH HAJI KHALID MUSTAFA

Maulana Ubaidullah kata: Ramai org boleh kata “saya cinta Allah” tapi hanya org yg keluar di jln Allah sahaja boleh kata, “Allah cinta saya”. Allah cinta pd kita 70 kali lebih drp seorg ibu cinta pd anaknya. Nuh a.s - buat usaha selama 950thn - isteri tak ikut, anak tak ikut. Kerana cinta dan sayang, nabi nuh a.s tak pernah murka atau marah pd mereka. Pujuk rayu mereka sehingga sampai banjir yg besar masih lagi pujuk rayu. Ibrahim a.s - tinggalkan isteri, tinggalkan anak di pdg pasir. Kerana cinta dan sayang, mohon doa pd Allah supaya selamatkan anak dan isteri dan bagi mereka makanan yg terbaik. Allah ambil tanah drp syam yg subur dan tanah tersebut di tawafkan di baitullah. 

Tanah tersebut diletakkan di Taif. Buah terbaik drp seluruh buah2an yg ada di dunia. Kerana sayang dan cinta – Allah bagi agama pd kita. Dgn agama dpt selamat drp huru hara dunia. Dgn agama dpt selamat drp azab kubur. Dgn agama dpt selamat drp azab di mahsyar. Dgn agama dpt selamat drp azab neraka. Semua ambia a.s sayang dan cinta pd umatnya. Mereka inginkan kebaikan utk umat. Dlm hati semua nabi dan rasul, ada cinta pd seluruh makhluk umumnya dan manusia khususnya. Ada nabi yg sanggup dibunuh, Ada nabi yg sanggup di gergaji, Ada nabi yg sanggup di maki, Ada nabi yg sanggup di caci.

Dlm hati sahabat pun ada cinta pd umat. Sahabat cinta pd fakir miskin. Aishah r.ha – dpt duit satu guni – dibahagikan kesemua sekali – sehingga nak buka puasa pun tak ada apa yg tinggal. Diberi pada org yg perlu atas dasar kasih syg dan cinta pd umat. Maulana Umar rah. kata: Allah akan ambil usaha drp org2 yg ada hati yg sama dgn hati para rasul. Hati yg ingin kebaikan utk seluruh makhluk. 

Dlm serba-serbi kehidupan kita kena bawa kehidupan Nabi. Kena bawa semua tingkah laku nabi s.a.w dlm kehidupan dari pagi sampai malam dan dari malam sampai pagi – iman, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak. Hadrat Bilal r.a doa utk semua org quraish. Keadaan doa Bilal tak sama dgn doa kita sbb semua org telah seksa beliau, lelaki, wanita, kanak2 secara berterusan bergilir2, diheret di atas pdg pasir yg ber batu, diikat tangan dan kaki. Hanya segelintir (5-6 org saj) yg tak seksa beliau. Tapi masih lagi bilal doa utk mereka. Seorg wanita ansar dengar doa yg sama selama 10 thn.

Ya allah – bagilah hidayat pd semua org quraish
Ya allah – selamatkanlah semua org quraish drp neraka
Ya allah – masukanlah semua org quraish dlm syurga
Kerana sayang dan cinta pd umat.

Maulana Tariq Jamil kata: 2 perkara yg Allah turunkan paling kurang iaitu iman dan akhlak. Ada org ada iman, tapi tiada akhlak. Ada org ada akhlak, tapi tiada iman. Kalau ada kedua2 – jadi raja di dunia dan raja di akhirat. Bukan Allah tangguhkan hidayat, tapi sbb akhlak kita, hidayat tertangguh. Dgn iman dan akhlak – Allah sebarkan hidayat dlm masa yg singkat. Hanya dgn akhlak – hidayat akan tersebar dikalangan org bukan islam. 

Org bukan islam tak nampak iman kita, tak nampak solat kita, tak nampak puasa kita, tak nampak zakat kita, tak nampak haji kita. Kena ada rasa cinta dan sedih utk seluruh umat dlm hati kita. Sbb akhlak tak sempurna maka ada 6 bilion lagi umat yg belum beriman. Semua itu akan dtg dgn pengorbanan harta dan diri – belanja utk agama. Dgn pengorbanan dpt hidayat. Bila dpt hidayat – dtg amal. Dgn amal – akhlak terbentuk. Dgn akhlak – jadi asbab hidayat. Syarat utk hidayat ialah pengorbanan harta dan diri spt sahabat. Semua sedia insyaAllah….

TARGHIB OLEH HAJI GHAZI

Asas kerja adalah mesyuarat, Mesyuarat - ibarat  kepala, 2 taklim – ibarat 2 tangan. 2 gasht – ibarat 2 kaki, 2 ½ j – ibarat darah dlm badan . kalau tak sempurna – sebab tu nampak pucat. 5 amal – adalah amal nabuwwah. buat dgn tertib – buat dgn sempurna – baru akan dpt peningkatan. 5 amal – kena ada target. kalau tak ada target – usaha tak meningkat. azam kena ada dlm poket kita – bila ditanya semua org dlm marhallah tahu azam & ehwal. mesyuarat harian – sekali-sekala zihin, laporan semalam, takazah hari ini: 5 amal, 4B/40H. Marhallah lemah – hantar org buat 2 ½ j, buat gasht kedua dan hantar jemaah 3H. Semua org kena ada buku dan pen:

Buat usaha dgn mesyuarat :
1. mesyuarat nizamuddin
2. mesyuarat M’sia
3. mesyuarat KL
4. mesyuarat halaqah
5. mesyurat harian

Asas mesyuarat : (spt yg diberitahu oleh hadratji thn 1991)
1.  takazah.
2.  siapa yg sesuai.
3.  siapa yg boleh usahakan atas mereka.

Bila tak gunakan karkun 4B/40H – maka org lain akan gunakan mereka. 

1). Takazah masjid – setiap jemaah masjid usahakan jemaah 40H setiap bulan (dari masjid sendiri). 
2). Takazah jemaah 3H – 2/3 org lama bawa 7/8 org baru (dari masjid sendiri).
3). Takazah iman – ini adalah takazah semua org islam

Wujudkan halaqah iman – kalau 1-2 org pun kena keluar jumpa org bawa ke masjid. Semua org islam terlibat dgn jemaah masjid. Setiap umat bertanggungjawab. Sebanyak mana kita ambil t/jawab, sebanyak itulah bantuan Allah bersama kita. Sahabat - bilangan sedikit (124,000) tapi telah bergerak ke seluruh alam. Semua kita kena ada fikir yg sama, risau yg sama, buat kerja yg sama.

TARGHIB OLEH USTAZ ABDULLAH HIZLY 

(08/01/2014). Usaha agama adalah satu t/jawab. Allah sendiri berurusan dgn org yg ambil t/jawab. Allah pelihara zuriat sampai kiamat. Allah jadi payung kpd org yg berbaris utk tafakud utk keluar di jln Allah. Usaha agama adalah nikmat yg sangat besar yg diberi pd umat nabi s.a.w. Mahfum quran: Umat ini tidak boleh memilih utk dahulukan urusan peribadi lebih dari urusan Allah & Rasul. Usaha makami adalah usaha nabi2, nabi2 buat gasht. Mahfum hadith: nabi melompat dari bayangan pokok ke bayangan pokok , dari bayangan rumah ke bayangan rumah (nabi buat gasht waktu keadaan panas terik matahari). Kita mulakan usaha dari halaqah kita. 

Terlalu sedikit usaha yg kita buat – ada ramai lagi diluar sana yg perlu diusahakan. Nabi berjalan kaki dari rumah ke rumah, gerai ke gerai, kedai ke kedai, pintu ke pintu, lorong ke lorong. Nabi jumpa semua org – musuh dan rakan. Org yg merendahkan diri utk agama/tawadduk – Allah akan muliakan dia. Jumpa setiap org bawa kpd usaha nabi s.a.w. Bagi masa di masjid bergilir2 – makan/minum di rumah. Bawa org dtg ke masjid – dakwah di masjid. Maulana saad kata perbezaan buat dakwah di rumah dan buat dakwah di masjid adalah spt langit dan bumi. Elders kata: tempat yg belum ada DTI – anggaplah belum buat usaha dakwah. Allah bersama dgn kesungguhan kita. 

Kita kena bersangka baik dgn Allah. Ijtimak adalah asbab hidayat. Ijtimak pertama dlm islam adalah fatah mekah – abu sufiyan dan hindun pun dpt hidayat.T/jwb usaha ini di offer pd gunung ganang, bukit bukau, tapi mrk tak sanggup. Kita dihantar, dilahir, diwujudkan dlm umat ini utk buat usaha agama. Kita bukan saja2 dilahirkan sbg umat nabi s.a.w. Kita jadikan usaha agama sbg maksud hidup. Mulai dari skrg tidak ada lagi rehat utk kita sehingga jor dan ijtimak. Nusrah dan tarbiyah umat adalah dlm sunnah.

TARGHIB OLEH HAJI MOHIDEEN 

(05/02/2014). Buat kerja ikut kehendak elders dan buat usaha atas landasan yg betul – akan maju, Di KL ada lebih kurang 300 jemaah 3H sendiri, semua ni ada kemampuan utk keluarkan jemaah 40H sendiri. Bagi t/jawab pd setiap masjid utk keluarkan jemaah sebelum jor/ijtimak. Ramai lagi org yg kita belum jumpa di marhallah kita. Setiap hari bagi masa – rumah ke rumah – jumpa setiap org. Wujudkan keinginan – kita ambil t/jwb. Fikir, risau dan doa - Allah yg buat & Allah yg keluarkan. 

Kehendak elders – setiap masjid bentuk jemaah ke negara jauh. Bagi t/jwb pd setiap karkun 4B - Targhib dan tertib. Bentang dlm mesyuarat harian marhalah, mesyuarat mingguan halaqah dan jor bulanan halaqah. Ijtimai fikir/satu hati – akan dtg bantuan Allah. Pergi setiap rumah – jumpa setiap org islam – sedarkan setiap org islam t/jwb kerja agama. Bagi t/jawab pd semua karkun. Setiap lorong atau setiap tingkat. Bagi karguzari dlm mesyuarat harian. Maulana saad kata : usaha kita dah lari dari sunnah – kita buat usaha ikut fikiran kita sendiri. 2½ jam adalah usaha memakmurkan masjid - bawa org ke masjid - bina iman, bina yakin di masjid. 

Dah banyak kali kita dgr perkara ni tapi belum buat. Saidina umar r.hu kata : saya bawa org ke masjid utk tingkatkan iman saya. Usaha atas masturat juga penting - bentuk fikir wanita – walaupun mrk tak buat gasht – tapi mereka juga bert/jwb utk hantar jemaah ke seluruh dunia. Hidupkan amal di rumah – taklim, mesyuarat, kasih sayang, etc. Semua rumah org islam hidup dgn amal. Maulana yusuf kata: setiap hari solat hajat dan doa hidayat. Asas utk keluar jemaah bukan duit dan cuti. Asas adalah amal. Asas adalah qabuliyyat. Jemaah kena bergerak dgn takazah – bukan setakat habiskan masa sahaja. Baru akan dpt tarbiyah.

TARGHIB OLEH HAJI HASBI

Kena buat 2 kerja: kerja makami & kerja keluar. di madinah, sahabat telah keluar 4 bln dan lagi 8 bln buat usaha tempatan. jadikan masjid kita sbg mana masjid nabawi. org lelaki bergilir2 hidupkan masjid. masjid hidup dgn amal 24 jam. dari masjid kita hantar jemaah ke seluruh dunia. jadikan kpg kita sebagaimana madinah munawarrah. semua org islam amal keseluruhan agama. semua masjid adalah cabang masjid nabawi. semua rumah org islam adalah cabang masjid. maksud usaha tempatan ialah bawa umat kpd usaha nabi – lelaki/wanita/kanak2. hari2 buat dakwah  - bina iman yakin. 

Buat dakwah dan sediakan org lain buat dakwah. hari2 cakap kebesaran Allah. Allah yg buat segala-galanya – makhluk tak boleh buat apa2. Kejayaan dunia dan akhirat hanya dlm sunnah nabi s.a.w. Jemaah masjid adalah usaha asas yg pertama. Betulkan ibadat – usaha atas solat. Sediakan org kpd solat. Solat yg dpt tarik bantuan Allah. Hari2 duduk dlm taklim – utk tahu apa janji Allah. Jumpa ulamak – tanya pasal masail. Hari2 baca quran dan zikir. Betulkan akhlak. Inilah usaha nabi s.a.w. Sediakan org islam – bergerak ke seluruh alam. 

Pesanan dari Jemaah maharatsar: regu/jemaah kecil – bagi kawasan/lorong/bil rumah - setiap hari ambil karguzari. mlm markaz – semua karkun hadir – ambil takazah – bawa jemaah tunai - usuli yg tak hadir. taklim rumah. ambil karguzari dgn kasih sayang dan hikmah. kalau belum buat – bagi targhib. bila buat - kita akan maju – usaha akan maju. bila tak buat – kita akan mundur – usaha akan mundur. pergi setiap rumah – jumpa setiap org. Allah perintah utk keluar di jln Allah. Buat usaha secara ummumiyat.

No comments:

Post a Comment