(08/11/2014 – sri petaling - bayan malam markaz KL). alhamdulillah semata2 dgn ihsan & kasih sayang Allah kita berkumpul dlm majlis ini utk fikir atas iman dan amal kita dan sbg umat nabi s.a.w seharusnya kita juga kena fikir atas iman dan amal seluruh umat. iman adalah keperluan manusia paling besar – utk kesejahteraan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat yg kekal abadi. org yg ada iman – dia ada segala2nya. Org yg tiada iman – walaupun dia ada seluruh harta dlm dunia, hakikatnya dia tiada apa2. org yg ada iman Allah bersama dgn dia. org yg tiada iman Allah akan serahkan dia pd keyakinan yg ada dlm hati dia.
Allah tak peduli pd dia. org yg ada iman - bergantung pd zat yg maha berkuasa, zat yg maha kaya, zat yg maha hebat, zat yg maha agung. org yg tiada iman – terputus dari zat yg maha berkuasa, zat yg maha kaya, zat yg maha hebat, zat yg maha agung. semua org perlu pd iman – samada satu org yg buta huruf, terpelajar, org kpg, org bandar, org ajam, org arab, org miskin, org kaya, rakyat atau presiden – tidak ada keperluan yg lebih besar drp usaha atas iman – betulkan yakin pd Allah s.w.t – keluarkan keyakinan dari hati dari segala sesuatu selain drp Allah.
Allah letak piawai/standard iman iaitu para sahabat. Seluruh umat hingga hari kiamat kena usaha atas iman sebagaimana iman para sahabat. Iman sahabat mantap macam gunung. Bila beriman sebagaimana sahabat beriman barulah akan dpt petunjuk/hidayat. Iman yg diterima, iman yg maqbul adalah iman para sahabat. Berpuas hati dgn iman yg ada dlm hati adalah tanda nifaq. Sahabat sentiasa bimbang dgn iman mereka. Sahabat sentiasa sangka buruk/tohmah iman mereka. Seorang tabiin kata dia jumpa 70 org sahabat yg tohmah iman mereka dgn mengatakan diri mereka munafik. Iman adalah satu perkara yg sangat berharga disisi Allah. Sebagaimana org kaya yg banyak harta – dia risau pasal harta dia. Macam tulah juga org yg kuat iman (sahabat) – sentiasa risau pasal iman dia.
Org yg lemah iman – tak risau pasal iman – berpuas hati dgn iman yg ada. Kita kena usaha atas iman yg ada sekarang dari iman maujud kpd iman matlub. Sebagaimana iman yg dikehendaki oleh Allah spt iman para sahabat. Sahabat2 telah di didik oleh nabi s.a.w dgn perantaraan usaha dakwah dan amal masjid sehingga iman yg terbentuk membawa kpd ketaatan pd Allah – bergantung hanya pd Allah s.w.t – menaruh harapan hanya pd Allah. Allah adalah zat yg maha mendengar, zat yg maha melihat, zat yg maha mengetahui, zat yg maha berkuasa, zat yg maha kaya. Bukan sekadar beriman dgn kewujudan Allah tetapi beriman dgn segala sifat2 Allah yg maha sempurna sebagaimana selayaknya Allah diimani. Allah maha melihat. Allah melihat tanpa mata. Allah melihat tanpa cahaya. Tidak ada gelap yg boleh menghalang penglihatan Allah.
Setiap zarah di atas mukabumi dpt dilihat oleh Allah. Begitu hebat penglihatan Allah. Penglihatan makhluk terhad. Allah maha mendengar, Allah dengar tanpa telinga, Tiada bisikan yg tersembunyi dari pendengaran Allah, Allah dengar dan Allah faham, Seluruh makhluk berdoa dlm hati – Allah tetap dengar – Allah faham semua permintaan. Allah maha mengetahui, Tiada apa2 yg tersembunyi dari pengetahuan Allah. Allah tahu semua perkara sejak dari azali lagi. Apa yg telah terjadi, sedang terjadi, akan tejadi – dlm pengetahuan Allah. Semua berlaku dgn kudrat Allah. Pengetahuan Allah terlalu detail/terperinci – Allah tahu khasiat, Allah tahu rupa, Allah tahu bentuk, Allah tahu saiz, Allah tahu segala-galanya dari setiap benda. Tuntutan iman yg Allah hendak – menyakini dgn sifat2 Allah – taat pd Allah, harap hanya pd Allah, bergantung hanya pd Allah.
Maha kaya Allah yg memiliki segala-galanya – Allah tak perlu kpd apa yg dimilikiNya. Allah maha kaya lagi terpuji. Kita berhajat pd Allah. Tapi bila usaha atas iman tak dijlnkan – kebesaran Allah tak masuk dlm hati – kita berhajat pd benda2 selain dari Allah. Kita mengemis dari segala sesuatu selain dari Allah. Pengemis tak mengemis dari pengemis – bodoh – tak dpt apa2. Org yg bodoh ialah org yg tiada kebesaran Allah dlm hati. Segala sesuatu tak lebih dari pengemis – tak boleh memberi. Yg memberi hanya Allah. Sulaiman a.s minta kerajaan yg hebat yg tiada tolok banding – Allah terus bagi – maha kaya Allah – Allah maha memberi - dgn iradah sahaja tanpa kata ‘kun’ terus jadi
Perkara pertama yg diusahakan oleh nabi atas sahabat ialah iman… “Ya Ayyuhannas Qullu La illaha Illallah Tuflihu” - “Wahai manusia ucapkanlah La ilaha illallah maka kamu akan berjaya dunia dan akhirat. Betulkan keyakinan dlm hati – yakin hanya pd Allah – keluarkan makhluk dari hati. Tuntutan kalimah – jadikan hati hanya ada Allah – putuskan dari segala sesuatu selain Allah. Org arab/kafir quraish sangat faham dgn kalimah ini. Bukan kalimah yg main2 – bila disebut bukan lagi boleh buat dosa, bukan boleh ikut nafsu, tak boleh buat apa yg kita nak buat. ‘illah’ dlm bahasa arab ialah sesuatu yg kita serah sepenuh jiwa raga padanya.
Kalau org kafir quraish tengok keadaan kita hari ni yg ucap kalimah – mereka akan kata kalau macam ni kami dah terima kalimah lama dah. tuntutan kalimah ialah utk kosongkan hati kita dari selain Allah. tempat kita bergantung hanya pd Allah, harap hanya pd Allah, minta hanya pd Allah. nabi s.a.w telah usahakan atas sahabat sehingga iman yg sempurna masuk dlm hati mrk dgn perantaraan usaha dakwah dan amal masjid. nabi telah libatkan semua sekali org yg ucap kalimah dgn usaha dakwah dan amal masjid. sahabat telah serah diri mereka, harta, keluarga, kenginan, kehendak mereka utk Allah.
Bila dtg keperluan2 agama – dgn sekali tashkil – seluruh org lelaki penduduk madinah akan tinggalkan kebun mrk, perniagaan mrk, kpg halaman mereka, isteri dan anak mereka – pergi utk sambut takazah agama Allah. dlm setiap keadaan – sambut takazah. inilah masyarakat yg telah dibentuk oleh nabi s.a.w. hati mereka betul sebagaimana kalimah yg mereka ucap – lailahaillallah. berkali2 madinah kosong kerana sambut takazah. fatah mekah – 10,000 org. tabuk – 30,000 org. pada hari nabi wafat – abu bakar kerah seluruh penduduk madinah memerangi musuh/rom. inilah iman para sahabat. madinah telah dikosongkan utk sambut takazah agama.
iman adalah perkara yg paling penting dlm kehidupan – samada dlm kehidupan dunia atau dlm kehidupan akhirat. sebagaimana kayu ukur iman adalah para sahabat begitu juga kayu ukur kehidupan adalah para sahabat. kehidupan beragama kita hendaklah berdasarkan kehidupan para sahabat. barulah kehidupan kita akan diterima oleh Allah s.w.t. kemudian barulah dpt menafaat dari agama. dan Allah akan tunaikan janji-janjiNya. Allah janji akan bantu kita. Allah janji akan muliakan kita. Allah janji akan bagi pemerintahan pd kita. Allah janji akan menangkan kita atas musuh2. Tidak ada jln lain utk baiki seluruh kehidupan agama kita hanya dgn cara nabi s.a.w – perkara paling asas yg perlu dibetulkan ialah usaha atas iman – mantapkan yakin pd Allah – iman yg matlub.
Usaha nabi ialah amal makruf dan nahi mungkar. Makruf – iman pd Allah, Mungkar, syirik pd Allah. Nabi telah bentuk regu/pair di kalangan para sahabat. Muzakarah kebesaran Allah di antara mereka – bergerak jlnkan dakwah di kalangan manusia. Di madinah ada lebih drp 50 regu yg nabi dah bentuk di kalangan para sahabat. Inilah usaha asas kita disuruh bentuk (oleh elders). Dari masjid kita, jemaah dikeluarkan ke seluruh dunia. Bila sahabat berjumpa antara satu sama lain, mereka akan muzakarah pasal iman. ‘Ijlis bina nukmin saatan’ – mari kita duduk sebentar muzakarah pasal iman. paling kurang mereka akan baca surah al asr. natijahnya - wujud suasana iman. setiap org takut & harap hanya pd Allah. takazah paling besar ialah takazah mantapkan iman. hari ni umat seluruh dunia bercakap tentang perkara yg melemahkan iman. usaha atas iman adalah perintah Allah.
Bentuk jemaah/pair – bergerak ajak manusia dtg ke pusat iman iaitu masjid-masjid. masjid adalah tempat org bertaqwa. org yg taqwa – sentiasa jauhkan diri dari melakukan dosa. masjid adalah tempat utk hidupkan iman. kita buat usaha dan natijah nya dari Allah. yakin dgn usaha yg bertepatan dgn sirah nabi s.a.w. yakin dgn usaha yg bertepatan dgn cara sahabat – yg berlandas kan quran dan hadith. buat usaha dgn tertib dan usul. hati kena luas, sabar, cekal dan mengasihani. lagi org marah – lagi banyak menangis utk dia. Tufail dausi yg letak kapas dlm telinga – tak mahu dengar apa yg didakwahkan nabi.
Allah ubah hati tufail – bila tengok nabi solat – buang kapas dari telinga. Buat usaha ikut tertib – Allah akan ambil t/jawab utk sebarkan hidayat. Buat ikut mansha/keinginan elders – ia juga adalah keinginan Allah – Allah suka dan Allah terima. Kalau banyak bagi alasan – tak maju dlm usaha. Sebnyk mana kita ikut mansha – sebnyk itu kita akan maju. Malam markaz – bawa jemaah tunai. Bukan sekadar habiskan masa. Tugas kita adalah utk hidupkan 5 amal di setiap masjid di seluruh dunia. Kerja makami tak meningkat sbb kita tak faham tugas/ t/jwb. Kerja agama adalah t/jwb yg besar. Ganjaran Allah pun besar. Bagi azam utk keluar di jln Allah – 4B/40H.
Allah ubah hati tufail – bila tengok nabi solat – buang kapas dari telinga. Buat usaha ikut tertib – Allah akan ambil t/jawab utk sebarkan hidayat. Buat ikut mansha/keinginan elders – ia juga adalah keinginan Allah – Allah suka dan Allah terima. Kalau banyak bagi alasan – tak maju dlm usaha. Sebnyk mana kita ikut mansha – sebnyk itu kita akan maju. Malam markaz – bawa jemaah tunai. Bukan sekadar habiskan masa. Tugas kita adalah utk hidupkan 5 amal di setiap masjid di seluruh dunia. Kerja makami tak meningkat sbb kita tak faham tugas/ t/jwb. Kerja agama adalah t/jwb yg besar. Ganjaran Allah pun besar. Bagi azam utk keluar di jln Allah – 4B/40H.
100% lelaki & wanita buat kerja agama
100% lelaki & wanita solat
100% lelaki & wanita ada hubungan dgn Allah – doa, zikir, baca quran
100% lelaki & wanita ada ihtisab – keinginan utk beramal
100% lelaki dtg solat berjemaah
100% wanita tutup aurat
No comments:
Post a Comment