TARGHIB HAFIZ IQBAL
(05/07/1999 - sri petaling). Di akhirat, seseorg itu tidak akan dapat melangkah walaupun setapak sehingga dia menjawab 5 soalan: Bagaimana dia habiskan umurnya? Bagaimana dia habiskan masa mudanya? Bagaimana dia mendpt harta? Bagaimana dia belanjakan hartanya? Bagaimana dia gunakan ilmunya? Jadi, Allah s.w.t akan tanya bagaimana kita habiskan masa muda kita. Kalaulah kita habiskan masa muda kita dgn sia2, kita akan berjumpa dgn Allah s.w.t dgn markah 80% shj. Masa muda ini adalah masa yg penting. Rasullullah s.a.w telah bersabda, “Aku telah dibantu oleh org2 muda (dlm usaha agama)”. Hafiz Iqbal telah memberi targhib bagaimana sahabat Rasullullah s.a.w yg muda menjalankan usaha agama termasuk org2 tabien dan slpsnya.
Contoh2 ialah Usama Bin Zaid r.a telah menjadi Amer jemaah melawan tentera Rom semasa umurnya 17 tahun. Muhammad Bin Kassim r.a telah menjadi Amer jemaah ke Hindustan semasa umurnya 18 tahun. Tariq Ibnu Ziad menjadi Amer jemaah ke Sepanyol pada umur 23 tahun. Kalaulah pelajar2(org2 muda) bangun atas usaha agama semasa mudanya, agama akan berkembang luas. Seorg pelajar bernama Saniullah yg membuat PhD di Perancis, sambil belajar dia bangunkan usaha agama di Perancis. Mula2 ada satu masjid sahaja, ttpi skrg melebihi 3000 masjid di Perancis. Ramai org telah ubah kehidupan kpd kehidupan agama. Semua amalan2 org2 ini akan masuk ke dalam buku amalannya. Jadi, tuan2 kena bersungguh2 buat usaha ini. Buat usaha ini dengan penuh fikir dan doa. Dimana-mana sahaja tuan berada, tuan-tuan kena buat dakwah.
Walaupun semasa naik bas dan nampak satu kampung, katalah, “Ya Allah, saya tidak berkesempatan untuk pergi kepada mereka ini. Ya Allah, berilah hidayat kepada mereka dan kasihanilah mrk”. Dlm membuat usaha agama, pelajar mesti jaga pelajaran mereka. Pelajar2 kena imbangkan masa belajar dan masa buat usaha ini. Sebelum solat Subuh, solat sunat 2 rakaat dan kemudian solat fardhu pun 2 rakaat ttpi 2 rakaat solat fardhu adalah 70 kali ganda pahalanya lebih dpd 2 rakaat solat sunat. Knp? Bezanya ialah niat. Satu fardhu dan satu lagi sunat. Beliau telah menyebut kata2 Maulana Yusuf rah, “Kalau seorg pelajar ilmu akademik (kejuruteraan, kedoktoran, dll.) mempunyai niat yg betul iaitu niat untuk buat usaha agama, pahalanya adalah sama sptiseorg pelajar madrasah agama”.
TARGHIB PROF. HALIM
(05/07/1999 - Sri Petaling). Pelajar yang membuat usaha agama kena imbangkan masa iaitu masa untuk belajar dan masa untuk usaha agama. Kalau terlampau banyak masa untuk usaha agama sehingga terjejas pelajaran mereka, maka orang akan pandang buruk pada usaha ini dan mereka akan kata, “Kalau masuk Tabligh, pelajaran akan merosot atau gagal”. Ini akan jadi penghalang kepada ramai orang kepada usaha ini. Disebaliknya, kalau seorang pelajar yang membuat usaha ini mendapat kecemerlang dalam pelajarannya, ianya akan menjadi dakwah dan tarikan kepada pelajar lain pada usaha ini. Jadi, amat rugilah pelajar yang membuat usaha ini tetapi mengabaikan pelajaran mereka. Sebaliknya, kalaulah pelajar hanya menjaga pelajarannya tetapi mengabaikan usaha ini, itu pun rugi baginya. Jadi, kedua-duanya penting. Pelajar2 yang tinggal di kampus, buat usaha dalam kampus.
Pelajar2yang tinggal di luar kampus, buat usaha bersama2 dengan org awam di marhallah masing2. Org2 muda mempunyai semangat dan kadang2 semangat ini tidak dapat dikawal. Oleh itu pelajar2 yang buat usaha dalam kampus perlu pengawasan dpd pensyarah2h karkun yang mengajar di IPT tersebut. Kalau pelajar hendak keluar 3 hari, tetapi mesyuarat (Nizamuddin) telah putus hanya keluar 24 jam, maka itu adalah lebih baik bagi dia dari dia keluar 3 hari. Pelajar2 yang tinggal di kampus, bentuk jemaah mereka sendiri dan masukkan beberapa orang pensyarah atau orang awam bersama mereka. Pelajar2yang tinggal di luar kampus, keluar bersama2 orang awam dalam jemaah yang dibentuk di marhallah rnasing2.
Apa juga masalah berkenaan dengan urusan usaha seperti pembentukkan jemaah dll, mesyuarat di tempat masing-masing. Masalah selainnya bawa perkara tersebut ke Markaz. Beliau berkata bahawa beliau telah menasihati ramai pelajar di Universiti Aligarh, tempat beliau mengajar dahulu, “Kamu belajar dan buat usaha sungguh2, dengan tertib dan mesyuarat dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t ambil kerja daripada kamu sepanjang hayat kamu”. Beliau telah lihat sendiri Allah s.w.t telah ambil kerja daripada mereka dan mereka telah dapat keluar ke banyak negara jauh.
TARGHIB PROF. SIRAJ AMJAD
(07/10/1996 - Jor KL - Sri Petaling). Remaja dan pemuda adalah sgt penting - bakal keadaan sesuatu negara itu bergantung kpd remaja dan pemudanya. Kalau remaja dan pemuda buat usaha baiki diri, Allah s.w.t sangat suka. Maksud seseorang memasuki universiti adalah untuk memperolehi ijazah, tetapi ada juga aktiviti2lain di dalamnya. Jika seorg pelajar itu tumpu kepada maksudnya sambil juga mengambil bahagian dlm aktiviti2 lain, dia seorg yg disanjung. Tetapi kalau dia tidak tumpu kpd maksud dan dan hanya melibatkan diri dgn aktiviti lain sahaja, dia akan gagal. Demikianlah Allah s.w.t menghantar kita ke dunia ini ada maksud dan ada juga keperluan. Maksud kita adalah untuk bersedia utk akhirat. Masa dalam dunia begitu sekejap, seperti dalam universiti juga sekejap.
Dalam masa yg sekejap ini kita perlu patuh kpd undang2 tertentu dan selepas itu masa depan kita terang. Ada cerita sekumpulan pelajar bersoronok berkelah dan berperahu. Mereka bertanya kpd org perahu, "Adakah tuan belajar fizik?" "Tidak", jawabnya."Adakah tuan belajar ilmu alam?" "Tidak". Dan seterusnya. Mereka berkata kpd org tua itu, "Tuan telah sia2kan separuh kehidupan tuan.” Perahu itu kemudiannya sampai kepada kawasan arus kuat. Org tua itu pula bertanya, "Adakah kamu belajar berenang?" "Tidak", jawab mrk. "Kamu telah sia2kan seluruh hidup kamu!" kata org tua itu sambil terjun dan terus berenang ke tepi. Persoalannya, adakah kita belajar agama dlm kita juga mempelajari perkara2 lain? Ada 3 soalan dalam kubur: siapa Rabb kamu, apa agama kamu, dan diberi gambaran Rasulullah s.a.w, adakah kamu kenal org ini. Kita kena bersiap utk soalan2 ini.
Jika dlm satu peperiksaan di mana soalan dan jawapan diberi, kita masih gagal kerana tak buat persiapan, maka rugilah kita. Begitu juga ada 5 soalan di akhirat yg semua org tak terlepas dari menjawabnya: bagaimana kamu habiskan kehidupan kamu, bagaimana kamu habiskan masa muda kamu, bagaimana kamu dapatkan harta, bagaimana kamu belanjakan harta, dan adakah kamu amal menurut apa yg kamu tahu. Utk bersedia untuk akhirat, tidak memerlukan apa-apa (kebendaan) dan tak perlu tinggalkan apa-apa. Islam adalah agama fitrah. Islam mudah dan mengajarkan pemudahan.
Spt yg diberitahu oleh sahabat r.a yang pergi dakwah suatu negara, mereka mengajak manusia daripada sembah manusia kepada sembah Allah s.w.t, daripada ketidakadilan agama lain kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya. Kita kena ingat tujuan hidup. Org yg paling bijak adalah org yg ingat mati dan bersiap untuknya. Org bodohlah yg lupa akhirat utk dunia. Jadi apa kita perlu buat? Kita tak perlu tinggalkan apa-apa. Kita cuma perlu ubahsuai kehidupan kita supaya mengikut perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w. Daya yang menolak kita untuk buat ini adalah daya iman.
Sahabat r.a mempunyai iman yg kuat jadi mereka amal semua perintah Allah s.w.t, dan setiap sunnah kpd mereka adalah lebih berharga dpd nyawa mereka. Kita perlu usahakan iman kita. Kita kena yakin bahawa dengan perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w kita boleh dapat kejayaan dunia dan akhirat. Ini tak boleh didapati dari buku. Kita kena keluar ke jalan Allah s.w.t dan lakukan korban untuk agama, dengan itu kita dapat hidayat dan iman. Di tempat kami, Universiti Aligarh, alhamdulillah, usaha ini berjalan. Kami sarankan supaya pelajar beri masa 4 bulan slps habis belajar dan 40 hari dalam masa cuti setiap tahun, dan beberapa banyak masa yg boleh diberikan.
TARGHIB PELAJAR
Nabi telah buat usaha atas 3 golongan, lelaki (Abu Bakar r.a), wanita (Khatijah r.ha) dan kanak2 (Ali r.a). Kalau bapa macam sheikh abd kadir jailani, ibu macam rabiatul adawiyah tapi tak buat usaha maka usaha agama akan dihalau keluar dari rumah kita. Usaha atas pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 untuk keluar 1-2H setiap bulan dan keluar 40H cuti sekolah. Sediakan setiap pelajar utk usaha tempatan, hidupkan 5 amal masjid. Kata Maulana Saad kena wujudkan maktab atau pembelajaran Al-Quran di masjid dan surau tempat belajar.
Ada 200 IPTA/IPTS di KL/selangor:
1974 - 1976 – start usaha - UM
1977 – jemaah south afrika bagi bayan di UPM – Bai Padya – 7 org keluar
1977 – jemaah student 4B pertama – naik kapal – wak omar, hj saleh mubin dll
1979 – kesan usaha agama – 20 org pakai purdah di UPM – kena buang
Buat jor student di awal semester dan akhir semester dan kena cari student yg boleh jadi leader, yg lain-lain follower. Ada 10,000 student yg pernah keluar.
program jor student :
6.30 – taklim dan karguzari
lepas maghrib - ustaz bayan
lepas isyak – targhib student dan makan
masalah student karkun :
fail exam – targhib jadi best in academic and best in tabligh
ibubapa tak setuju – khususi ibubapa
masalah duit – kumpul duit utk keluar 4B susah tapi beli iphone boleh pulak!
masalah masturat – kena selalu targhib
masalah facebook – kena selalu targhib
TARGHIB STUDENT - HAJI ARSHAD
Usaha atas student di malaysia sangat lemah, kena buat usaha atas student universiti /kolej, juga kena buat usaha atas student form 3, 4 & 5. Libatkan student dlm usaha tempatan. Usaha atas pelajar tempatan dan asing. Student buat gasht ke 2 di tempat org awam buat gasht pertama. Student keluar 1H/2H bersama org awam. Kalau tak ada kelas boleh keluar 3H penuh. Usaha dibuat di surau hostel. Ambil karguzari hal student dlm jor bulanan halaqah.
TARGHIB STUDENT - HAJI HANIM
Ada 650 IPT di KL/selangor. Foreign student dari 140 buah negara. Kita kena sedih – sbb usaha di kalangan student dah merosot. Terlampau sedikit yg keluar. Penting utk bangunkan pelajar atas usaha agama. 1 Mahallah kena ambil t/jwb 1 kolej – bukan halaqah – kena fokus. UPM ada 12 kolej – sepatutnya 12 mahallah ambil t/jwb. Kalau ada 40,000 pelajar – takkan 3 org awam je yg ambil t/jwb. Bila buat gasht dgn pelajar - baru kita josh. Maulana saad kata kita assobiyah sebab tak buat usaha atas pelajar asing.
TARGHIB STUDENT - DR SYED
Org awan tak perlu buat gasht dlm kolej – perlu pegi tengok/tanya khabar/ikhtilat. Pelajar perlu buat gasht bersama org awam di surau berdekatan. Pelajar keluar 1H/2H bersama jemaah 3H org awam. Kalau tak ade kelas boleh keluar 3H penuh. Bawa pelajar ke markaz. Bawa ke mesyuarat halaqah dan jor bulanan halaqah. Pensyarah/staff karkun perlu ambil t/jawab juga.
TARGHIB STUDENT - DR AZIZUDDIN
Ada lebih kurang 200 ribu student di KL. Perlu ada fikir dan risau utk bawa mereka keluar di jln Allah. Student terkesan dgn ikram dan makan. 2 perkara sahaja yg mereka fikirkan – study dan main. Kita kena duduk dan mesyuarat dgn mereka - keizinan ibubapa, masalah kewangan dll. 20 thn yg lepas : Arwah Dr Ghani (UM) kata – ‘first in tabligh, first in studies’. Contoh terbaik adalah arwah dr Ghani – paling muda dpt Phd, paling muda dpt professor. Tapi Allah sayangkan beliau – meninggal dlm usia muda 47 thn selepas buat korban hari raya aidil adha. Beliau kena Heart attack. Banyak usaha telah dibuat semasa di UK. Elders semua sayang beliau. Beliau pernah tanya soalan pd student dan beliau jawab sendiri – berapa lama nak buat tabligh? 20 thn?, 30 thn? – utk masa yg singkat ni pujuklah hati. Perlu sediakan org awam utk keluar bersama student.
No comments:
Post a Comment