Tuesday, January 20, 2015

TAGHRIB MESYUARAT 6

TARGHIB KHIDMAT OLEH USTAZ HUSNUL 

(23/04/2014 - sri petaling). Khidmat kena ada jasbah yg betul, khidmat kena ada cara yg betul, khidmat kena ada pengendalian yg betul, khidmat kena ada pembahagian kerja yg betul. Menyempurna kan khidmat – dari mula sampai siap - Barulah akan dtg sifat. Umar r.a – khidmat nabi utk istinjak. Bawa 2 bekas air, tombak kecil dan kain. 1 air utk istinjak, 1 air utk wuduk, tombak utk lembutkan tanah, kain utk tutup. Umar sempurnakan khidmat atas nabi  - dari mula sampai akhir. Satu org sahabat yg besar pun khidmat. Ibnu masud r.a – org khidmat khusus utk safar nabi. 

Sediakan semua peralatan safar nabi. miswak, bedding, wuduk dsbnya. org yg boleh mengendalikan khidmat. Abu hurairah r.a – diminta utk bagi minum ahli suffah seramai 70 org. satu mangkuk susu. org yg bagi minum adalah org yg akhir minum. walaupun abu hurairah dah minum namum masih ada satu jiwa lagi yg belum minum iaitu nabi s.a.w sendiri. Satu ketika nabi s.a.w telah bahagi-bahagikan tugas khidmat sehingga tiada siapa yg nak masak. nabi sendiri sambut takazah – masak roti – tapi roti tak masak sebab api tak boleh membakar benda yg mulia yg telah disentuh oleh nabi s.a.w. oleh itu, kena tahu dari siapa nak ambil khidmat. 

Kalau ada jasbah khidmat tapi cara tak betul pun tak boleh. cerita kisah org nak khidmat urut hadratji. ramai yg sedia nak urut tapi tak tahu cara menyebabkan hadratji sakit. kena tahu siapa nak khidmat, cara nak khidmat dan siapa yg nak di khidmati.

MESYUARAT IJTIMAK KL3 - ZON C 

(12/07/2015 - sri petaling)  Kehadiran: 20 dpd 36 halaqah. Wakil halaqah pulau Meranti : Hj Omar & Muhammad). Syura minta kita fokus utk buat usaha dlm halaqah. Pastikan bentuk jemaah 10 hari dlm halaqah. Jemaah ini akan bergerak dlm halqah utk usahakan:-

1. Jumpa semua karkun lama agar mereka dapat libatkan diri dlm Ijtimak
2. Jumpa semua orang Islam utk usaha agar hadir Ijtimak.

Semua karkun kena usahakan utk bentuk regu/pairing pergi ke setiap mahallah yg takde usaha agar kerisauan tentang Ijtimak ini akan timbul di setiap mahallah. Usaha ke atas karkun lama yg sudah tidak aktif sangat penting kerana bila mereka bangkit semula dlm usaha dakwah, fikir mereka menyamai 40 orang baru. Mereka telah faham dan biasa dengan kerja dakwah.

Ada 2 jenis karkun:

1. Yg fikir dan buat kerja dgn kerisauan utk pastikan kejayaan Ijtimak.
2. Yg akan sambut takaza utk keluar sebelum Ijtimak.

Berapa jemaah yg akan keluar selepas Ijtimak bergantung kpd kesungguhan dan kerisauan karkun utk buat kerja sebelum Ijtimak. Setiap org karkun mesti membawa sekurang2nya 3 org baru masa Ijtimak. Target Kehadiran Ijtimak 25% karkun, 75% org awam. Senaraikan jumlah org awam yg akan hadir dan bagi list tersebut masa mesyuarat akan dtg. Pembahagian tugas/intizam:

-Halqah pulau Meranti diputuskan utk tanggungjawab Istiqbal. 
-Mula khidmat selepas solat Jumaat 18/09/2015.

Mesyuarat ditangguhkan ke hari Ahad 09/08/2015 selepas Bayan Subuh.

TARGHIB OLEH MAULANA MUBIN 

27/06/2012 - sri petaling - mesyuarat KL. Kita adalah zumindar/tanggungjawab utk kerja dakwah. Bukan kerja 1 org, tapi kerja seluruh umat. Ehsan drp Allah – kita banyak dosa – tak layak – tapi dipilih utk buat kerja ini. Ini adalah kerja hamba-hamba yg baik/yg rapat dgn Allah. Allah pilih org tertentu utk buat usaha agama. Ini adalah berkat nabi yg terakhir. Allah pilih seluruh umat utk buat kerja ini. Kerja nabi-nabi – diberi pd umat rasulullah s.a.w. Bila buat kerja ini – nilai diri akan bertambah. Umat terdahulu – umur panjang – beribadat sahaja. Umat ini – umur pendek – tapi umat yg terbaik. 

Nilai umat ini telah ditinggikan oleh Allah. Umat lain haram masuk syurga sebelum umat ini masuk syurga. Umat akhir tapi masuk syurga dulu. Umat ini akan bersama dgn nabi-nabi di akhirat. Berjalan bersama dgn nabi2. Umat dahulu akan cemburu. Ini nabi zaman bila? Ada tanda2 luar biasa. Mrk bukan nabi tapi umat kpd nabi s.a.w. Fikir, usaha, menangis sepertimana nabi s.a.w. Nabi pergi rumah ke rumah berkali2. Umat ini jg pergi rumah ke rumah. Nabi buat gasht lorong ke lorong. Umat ini juga buat gasht lorong ke lorong. Nabi menangis utk umat. Umat ini pun menangis utk umat. Bila buat usaha akan dibangunkan bersama nabi2. Bila kita mati baru kita akan tahu ganjarannya.

Solat di masjid jamek – 25,000 ganjaran
Solat di masjid nabi – 50,000 ganjaran
Solat di masjidil haram – 100,000 ganjaran
Solat yg sama di jln Allah – 700,000 ganjaran

Nilai amal bertambah. Setiap amal kebaikan digandakan 700,000 kali ganda. Allah yg cipta segala2nya. Allah yg memiliki langit dan bumi. Tiada kekurangan dlm khazanah Allah. Bila mati tiada peluang utk buat usaha. Bila mati baru tahu nilai amal. Kita akan menyesal – Ya Allah, kembalikan aku ke dunia. Bagi saya 24 jam utk buat usaha agama. Kita akan menangis di depan Allah. Tapi dah terlambat. Allah bagi faham pd org yg menghargai kerja nabi. Org yg tak ada risau, Allah tak bagi. Allah bagi pd mrk yg benar2 ada keinginan. Allah bagi benda dunia pd semua org. 

Tapi agama Allah tak bagi pd semua org. Yg ada keinginan, Allah bagi usaha agama. Abu Talib – bapa saudara kesayangan nabi mati tanpa hidayat. Maksud nama talib–org yg ada keinginan tapi  dlm diri beliau tak ada talab. Meninggal dlm keadaan tak beriman. Nabi kata kalau letak matahari di tgn kanan dan bulan di tangan kiri sekalipun, saya tak akan tinggalkan usaha dakwah. Apa kesusahan pun tetap dgn usaha ini. Dlm setiap amal dakwah–ada tarbiyah dan hidayah. Org t/jwb bergerak dlm marhallah – hidupkan kerja. Bentuk jemaah 3H sendiri. Saya sendiri akan pergi rumah ke rumah. Saya akan letihkan diri saya sendiri. Saya tak akan rehat, saya tak akan tidur. Saya tak ada selera makan kalau tak duduk dlm taklim. Saya akan menangis kalau tak dpt buat gasht–ini amal nabi yg besar. 

Kita belum buat apa-apa pun lagi dlm kerja ini. Kita tak pernah ikat perut dgn batu. Kita tak pernah lapar. Isteri tak jadi janda , Anak tak jadi yatim. Agama telah dtg dgn pengorbanan yg besar. Hari ini agama telah jadi jenazah. Masjid besar, tapi tak ada org. Dgn usaha dakwah, bawa setiap org kpd tertib jemaah masjid. Usaha dakwah utk bina kehidupan. Agama dtg dgn usaha – bukan dgn bayan. Umat telah lupa pencipta , Umat tak kenal Allah dan Rasul. Kita perlu menghargai usaha ini. Umat bertggjwb utk seluruh umat. Setiap individu bertggjwb utk seluruh umat. Seluruh umat bert/jwb utk setiap individu. Jadikan dakwah sebagai maksud hidup. Setiap masa ada kerisauan umat. Agar umat kembali kpd agama dan usaha agama. Kita semua bertggjwb. Hidayat ditangan Allah, tapi Allah nak tengok usaha kita. Semua buat keputusan, sampai mati buat usaha agama. Kita tak suruh tuan2 tinggalkan isteri, anak, kilang, pejabat, ladang etc. 

Maulana Ilyas kata : saya tidak ada keinginan utk pangkat, harta, kuasa. Saya cuma berkeinginan agar umat kembali kpd tahap agama yg telah ditinggalkan oleh nabi s.a.w. Perniagaan, anak, isteri, segalanya adalah keperluan. Maksud adalah dakwah. Umat yg kena buat dakwah. Usaha dakwah berjalan secara umum. Setiap org hidup dgn letak akhirat di depan. Bentuk jemaah masjid – buat usaha. 100% solat, tutup aurat, semua rumah ada taklim, semua org amal agama. Agama hidup dgn dakwah. Jgn satu rumah pun tertinggal. Bila ada risau, Allah akan ambil kerja drp kita. 

Da’i buat dakwah utk diri sendiri, niat utk seluruh alam. Da’i tak terkesan dgn kebesaran dunia. Sahabat kata : kami bukan dtg tapi kami dihantar. Nabi jumpa org 70 kali walaupun dimaki. Dakwah akan bina iman. Kerja makami kena jadi darah daging. Wujudkan 5 amal dlm hati – bukan hafal sahaja. Duduk dlm taklim utk wujudkan keinginan. Jgn pandang remeh – kalau tidak, usaha agama akan tinggalkan kita. Kerja masturat yg sebenar ialah taklim dirumah. Agama dtg dengan kasih sayang, lemah lembut – bukan dgn kekerasan. Buat usaha agama dgn amanah. Usaha agama bukan dlm bahaya. Tapi org yg buat usaha agama dlm bahaya. Kerosakan dlm usaha – langgar usul dan malas. Maksud malas? Semua org lama keluar 3H, sepatutnya hanya 2 org lama, 8 org baru. Org lama yg rosakkan tabligh. Org baru – nyawa dlm usaha dakwah. Jgn bentuk jemaah kutipan. 

Bentuk jemaah 3H/40H/4B dari masjid sendiri. Asas usaha adalah usaha makami. Allah ambil kerja dgn sifat – rendah diri, lembah-lembut. Doa utk rakan2 seusaha. Satu hati akan majukan usaha – akan dpt bantuan Allah. Selepas kekuatan Allah adalah kekuatan satu hati. Asas kerja adalah mesyuarat, Mesyuarat yg ada roh. Org t/jawab kena bergerak dlm halaqah. Bagi laporan, sambut takazah, pantau azam dlm mesyuarat. Kehidupan kena sederhana. Muamalat dan muasyarat kena betul. Akhlak yg baik – rumah contoh. Suara wanita pun kena purdah. Selalu menangis – rahmat akan dtg mencurah-curah bila menangis. Jangan tinggal tahajjud. Roh dakwah adalah korbani. Org baru dpt tarbiyah, org lama dpt kemajuan. Tingkatkan pengorbanan – 8j setiap hari, 10H setiap bulan, 4B setiap thn. Allah akan hancurkan kebatilan macam sarang labah2. Dgn dakwah akan wujud suasana. Dgn muzakarah akan dtg menafaat. Kehendak elders – bangunkan kerja makami. 

TARGHIB 5 AMAL OLEH HAJI GHAZI 

(13/04/2013 - sri petaling - Jor KL) Syukur, alhamdulillah kerana Allah telah pilih kita utk buat kerja agama. Umat yg akhir tapi masuk syurga dulu drp umat2yg lain. Kita lemah. Allah yg buat segala2nya. Allah maha rahim telah pilih umat ini dan jadi contoh utk umat sebelum ini. Di akhirat nanti, walaupun penghisaban belum bermula, ada satu golongan umat yg akan terbang menuju ke syurga. Mereka adalah golongan umat yg telah korban segala-galanya utk agama Allah semasa di dunia. Allah malu nak hisab mereka. Kerja yg kita buat sekarang ini adalah satu kerja yg besar. Kerja bawa manusia dekat pd Allah. 

Nabi s.a.w telah usaha atas sahabat2. Dalam hati mereka ada kebesaran Allah. Mereka yakin yg buat semua perkara ialah Allah. Kisah Ali r.a yg telah ganti tempat tidur nabi semasa nabi nak hijrah ke madinah. Dia yakin dia tak kan mati pd malam itu kerana nabi kata dia akan jumpa nabi di madinah. Walau pun rumah telah dikepung 100 org musyrik. Kena ada yakin dgn usaha yg kita buat. Kena yakin ini adalah perintah Allah – baru akan dpt bantuan Allah. Buat DTI 8 org tapi bantuan Allah spt 100 org. Allah yg akan selesaikan masalah kita. Kerja dakwah adalah kerja yg perlu dibuat pd setiap saat. Hanya cara nabi akan dpt kejayaan. Maulana Ilyas kata kerja ini yg mulia. Bukan dia yg mulia. Iman dan amal adalah tanda cinta pd Allah. Iman lebih penting drp 7 petala langit dan 7 lapis bumi. Iman lebih penting drp emas dan perak. Dgn amal dapat tarik bantuan Allah. Dalam amal ada keberkatan. 

Kisah abu hurairah: Satu mangkuk susu cukup utk 70 org. Abu Bakar r.a lahir 2 thn selepas nabi lahir. Umar r.a lahir 13 thn selepas nabi lahir. Abu Bakar r.a masuk islam pd hari pertama. Umar r.a masuk islam pd tahun ke-6, org yg ke 40. Org yg sanggup bunuh nabi adalah umar tapi kalau ada nabi selepas nabi s.a.w, maka umarlah yg akan jadi nabi. Utk berjaya, hanya ada satu jalan sahaja iaitu cara nabi s.a.w. Buat kerja dgn sempurna baru akan dpt menafaat. Semua amal dakwah adalah penting. Buat 5 amal dgn sempurna. Apa yg diberitahu oleh nizamuddin itu yg kita buat. Buat 2 usaha : makami (kerja tempatan) dan beruni (keluar di jln Allah) maka agama akan dtg dlm diri. Agama akan hidup dlm diri kita.

a) Mesyuarat harian ibarat kepala. 

Asas kerja dakwah adalah mesyuarat. Buat kerja dgn mesyuarat. Semua kena duduk dlm mesyuarat. Dgn mesyuarat Allah bantu umat ini. Mesyuarat adalah ganti kpd wahyu. Nabi dpt wahyu tapi masih bermesyuarat dgn sahabat. Ada 2 mesyuarat yg penting – mesyuarat marhallah dan mesyuarat halaqah. Fikir utk tambah org duduk dlm mesyuarat. Seketika fikir adalah lebih baik drp 70 thn ibadat. Kalau ada 1 org sahaja di marhallah – boleh buat 3 amal : fikir harian, 2 ½ jam, taklim. Fikir sahaja tanpa usaha adalah angan-angan. Buat kerja tanpa fikir pula adalah kurang akal. Dalam mesyuarat harian kena ada list nama. 

Usaha atas 3 golongan:
- org yg paling hampir dgn kita–adik beradik/sanak saudara/jiran tetangga.
- org yg pernah keluar/dah lama tak keluar. 
- org yg duduk dlm taklim/org yg duduk dlm bayan.

b) 2 taklim ibarat 2 tangan. 

Taklim di masjid dan taklim di rumah. sediakan isteri dan anak supaya jadi pembantu kita dlm usaha agama. satu org lelaki buat usaha selama 50 thn ttpi bila dibantu oleh wanita usaha tadi akan jadi 5 thn. taklim rumah sgt mudah dan ganjarannya sgt besar. Buat takilim dgn istiqamah. buat muzakarah 6 perkara–sebuat point sahaja dah cukup. dari rumah akan keluar da’i dan hafiz. kalau tidak, agama hanya tinggal di depan pintu rumah shj. Wanita yg dtg taklim mingguan masturat dan bagi azam, kena pergi ziarah mrk dan targhib hidupkan taklim di rumah. taklim di masjid kena buat dgn sempurna sekurang2nya ½ jam.

c) 2 gasht ibarat 2 kaki. 

Kalau buat 1 gasht sahaja spt berdiri atas 1 kaki – tak stabil. gasht adalah tulang belakang kpd usaha dakwah. Jgn sesekali tinggalkan gasht. Tinggal gasht bila mati sahaja. Bila outstation pun kena buat gasht. Baru Allah akan letak kemanisan dlm kerja.

d) 2½ jam ibarat darah dlm badan. 

Satu org duduk dan fikir maka kerja dah bermula. ½ jam pun dikira. Hari-hari kena buat dakwah baru iman akan meningkat.

e) 3 hari sempurna 72jam setiap bulan: 

Sangat penting seolah2 kita buat usaha utk 30 hari. umat solat 5 waktu tapi dpt ganjaran 50 waktu. maximum satu jemaah 10 org. kalau ramai sgt akan jadi picnic. tanda usaha meningkat bila bilangan jemaah meningkat. tetapkan minggu utk keluar dan setiap minggu ada jemaah keluar. amalan masjid nabawi ialah sentiasa ada jemaah keluar dan ada usaha tempatan.

f) mesyuarat mingguan halaqah: 

Ibarat ibu dan 5 org anak - 
anak pertama – 1 bln 
anak kedua – 5 thn
anak ketiga – 10 thn
anak keempat – 15 thn
anak kelima – 25 thn dah berkahwin

Marhallah lemah spt anak 1 bln, hari2 kena tengok. Kena bantu. Ada marhallah yg boleh buat kerja sendiri, mcm anak yg dah kahwin. Marhallah lemah, buat 2 ½ j, buat gasht kedua, hantar jemaah 3H. semua org ambil t/jwb. Masa adalah perkara yg sangat berharga. Allah bagitahu dlm surah al asr. Semua dlm kerugian kecuali yg beriman, amal soleh, buat dakwah dan sabar. Kerja tak jalan hanya dgn sms dan talipon. Kena buat kerja hingga berlaga lutut. Jibrail a.s jumpa nabi s.a.w dan duduk bertemu lutut.

Ada 2 perkara tambahan yg perlu kita ambil berat :
- jor bulanan halaqah
- malam markaz – asar hingga isyrak – bawa 2 bungkusan.

Buat DTI. Buat halaqah iman. Bawa org ke masjid. Wujudkan pembelajaran quran di masjid. Buat usaha dgn satu hati, satu fikir, satu cakap, satu kerja. Kena tambah pengorbanan. 3H kpd 10H , 2½ jam kpd 8 jam, 40H kpd 4B. Keluarkan jemaah secara masjid.

TARGHIB OLEH HAJI ABDULLAH CHEONG 

(02/03/2014 - mesyuarat bulanan KL). Setiap mukmin adalah syura, setiap masjid adalah markaz, setiap kita adalah jemaah tashkil. Tabligh bukan tadbir. Tabligh adalah takazah. Tabligh bukan targhib dan bayan sahaja. Tabligh bukan utk mahsyur. Tabligh bukan utk pangkat dan kedudukan. Tabligh bukan duduk dan tunggu. Tabligh adalah agihan takazah. Ambil takazah. Sempurnakan takazah. Agama adalah taqwa dan tawakkul. Buat kerja ikut mansha nizamuddin. Jika tak ikut – tak sampai ke tarbiyah yg hakiki. Buat kerja berdasarkan quran, hadith dan hayatus sahabah. Takazah iman – adalah takazah yg berterusan. 

Takazah memakmur kan masjid. Dakwah mahfum kalimah setiap hari. Setiap umat kena bagi masa di masjid. Selepas maut – takazah yg paling besar adalah ‘ma rab buka’ (siapa tuhan kamu?). Jor bulanan halaqah adalah ijtimak halaqah. semua kena hadir. Bagi takazah, ambil t/jawab, agihkan kerja, targhib. Ini semua adalah sebahagian dari mesyuarat. Asas halaqah – fikir macam mana semua marhallah boleh hidup amal, macam mana usaha di masjid yg tak ada amal? macam mana usaha di masjid yg ada beberapa amal? macam mana agih kerja di marhallah? bagi takazah pd marhallah. 

Ambil takazah selepas 1 bln. Mcmana usaha di marhallah? 100% ziarah rumah ke rumah - agihkan lorong dan tetapkan bilangan rumah. org aktif fikir atas org tak aktif. org tak aktif = rehat. Bila dah aktif mereka mungkin akan lebih maju dari kita. Apa kaedah bentuk jemaah secara masjid? Bagi takazah. Targhib berkali2. Bila ambil t/jawab bantuan Allah telah pun bersama org yg ambil t/jawab. Apa usaha jadikan beberapa amal kpd 5 amal? 2½ jam, gasht 2, hantar jemaah 3H.

Penting usaha atas wanita. Wujudkan tashkil di rumah. Berapa taklim rumah? Berapa rumah ada taklim bersama 6 sifat? 6 sifat tak buat sbb lelaki tak duduk taklim rumah. Selain dari isteri, kena fikir atas mak, nenek, kakak, adik. Kalau tak ada fikir utk bawa mereka keluar macam mana nak libatkan mereka dlm usaha agama. Wanita akan jadi asbab penyesalan kita di akhirat nanti. Jemaah masturat adalah usaha lelaki dibantu oleh wanita. Apa usaha bawa org kpg ke taklim mingguan? Buat iklani tashkil. Beri sedikit penerangan tentang kehidupan slps mati. Wujudkan kerisauan. 

Jgn buat iklan saja ada program masturat. Kalau tak buat pintu ke pintu – lama-kelamaan jemaah 3H akan jadi lemah. Keluar bersama org2 lama. Jadi picnic. Semasa wafsi jemaah 3H -  bagi takazah. Berapa jemaah 3H nak dibentuk bln akan dtg. Senaraikan nama. Student keluar 1½ hari atau 2 hari. Tak ganggu jadual dan pelajaran. Itulah mujahadah. Masturat yg 1st time IPB. Thn berikutnya boleh keluar 2B negara jauh. Tak perlu tunggu 3 thn. Wanita juga kena ambil takazah alami. Wanita tak perlu refresh/ulang IPB. Lelaki sahaja yg perlu refresh/ulang IPB.

Takazah berterusan. Asas dakwah adalah qabuliyyat. Bukan duit. Bukan cuti. Azam angka atau azam usaha? Azam ikut mansha nizamuddin. Berapa marhallah ada 5 amal. berapa marhallah ada beberapa amal. Karkun yg layak dan cukup syarat - bagi takazah. Tak ambil takazah negara jauh - fikir alami akan terhapus. Yg dah lama tak pergi IPB (5, 10, 15 thn) - bagi takazah 4B IPB. Supaya fikir kita selari dgn mansha elders. Khazanah/modal kita adalah semua karkun - perlu ada senarai nama. setiap juzuk letak takazah. tabligh adalah usaha mencari org yg sesuai - bukan tunggu utk dtg tafakud. Allah akan sempurna kan fikir org mukmin sebelum mereka bersurai. bila sambut takazah - Allah akan hapuskan batil. 

Kita gerak dan gerakkan org lain. bagi banyak masa di masjid. makan ringkas dan tidur singkat dirumah. dari rumah ke masjid ke pejabat ke masjid ke rumah. tidak ada masa rehat. pergi dari rumah ke rumah. wujudkan takazah harian. wujudkan suasana. wujudkan fikir dlm setiap org islam. setiap org islam bert/jwb atas kerja agama. ubah salah faham setiap org islam terhadap harta dan diri. maksud 2 1/2 jam - masjid ki abad- memakmurkan masjid, bawa org ke masjid - ini adalah tertib asas, setiap rumah adalah markaz. setiap marhallah adalah markaz. setiap halaqah adalah markaz. fikir markaz adalah sempurnakan takazah.

ENAM SIFAT ADALAH FARDHU 

(mesyuarat malaysia 2015). Maulana Muhammad Saad Kandahlawi dalam Bayan Hidayat kpd Ahli Mesyuarat Malaysia pada 13 Okt 2015 di Nizamuddin berkata bahawa ENAM SIFAT bukan hanya sekadar muzakarah sifat tetapi ia adalah "faraid" atau fardhu keatas setiap org islam untuk mengusahakannya. Usaha atas kalimah adalah menjadi fardhu kepada setiap orang islam, sembahyang adalah fardhu kpd setiap org islam untuk menunaikannya. Menuntut ilmu adalah fardhu ain bagi setiap org islam, menunaikan hak hamba-hamba Allah adalah fardhu keatas orang islam, ikhlas atau membetulkan amalan bagi setiap orang islam adalah fardhu begitu juga khuruj fisabillillah adalah menjadi kefardhuan besar bagi setiap orang islam. Hari ni kita kata Maulana Saad muzakarah Enam Sifat sebagai adat saja, tanpa menitik beratkan kefarduannya. Oleh itu ramai yg telah membuat usaha agama bertahun2 tetapi hakikat Keenam Enam Sifat tersebut belum lagi menjadi darah daging. Kita mengucap kalimah tetapi tidak boleh melepaskan perkara yang haram, solat kita tidak boleh mencegah fasad dan mungkar, zikir kita selalu lalai, ilmu yg kita tahu tidak dapat kita amalkan, hak-hak manusia pula tidak dapat ditunaikan, amalan masih ada riak dan khuruj tidak dapat beristiqamah.

No comments:

Post a Comment