Wednesday, January 21, 2015

NASIHAT-NASIHAT MAULANA ILYAS RAH.A

1) Yang saya khuatirkan nanti akan terjadi dimana orang itu seperti usaha agama, namun disisi Allah tidak sedang usaha agama. Mengapa boleh begitu? Ini kerana maksud usaha agama ini bagaimana diri kita ini sifatnya tambah baik, yakinnya tambah kuat, ketaatannya pada Allah Swt meningkat, kecintaannya kepada sunnah semakin bertambah, solatnya makin khusyu, ilmunya semakin bertambah, inilah maksud usaha agama. Tapi hari ini org usaha agama hanya untuk org lain saja bukan utk diri sendiri. Inilah yang dimaksud kita disisi manusia terlihat seperti usaha agama tetapi disisi Allah bukan sedang usaha agama.

2) Siapa saja yang ikut kerja dakwah tetapi tidak yakin Allah akan menolong dia berarti orang ini adalah orang yang fasik. Allah akan tolong kita seperti Allah telah tolong sahabat RA dan para Nabi AS. Siapa saja yang mengisi hatinya dgn Amal Agama, maka Allah akan masukkan cahaya ke dalam hatinya sehingga ia dapat melihat dgn cahaya Allah. Umar RA pernah berkata, “Hati-hati dgn firasat org beriman.”

3) Hakikat usaha ini adalah satu perjuangan yg sgt besar, sayangnya ramai org yg masih belum memahami hakikatnya.

4) Harus ada niat: Seluruh hidup, seluruh harta, seluruh diri utk Allah swt. Supaya Allah swt tetapkan hidayah:
1. Jangan lihat keburukan orang lain dan lelaki yang bukan muhrim.
2. Utk ishlah: Semua perintah Allah swt anggaplah belum tahu dan baru mendengar.
3. Ada fikir, ada risau seperti Rasulullah saw,
4. Bagaimana umat sekarang
5. Bagaimana amalan Rasulullah saw hidup di seluruh alam.
6. Bgmn usaha nabi hidup di seluruh alam (utk dptkan ini hendaklah maksud hidup Nabi menjadi maksud hidup kita).
7. Kita hidup untuk Dakwah, Dakwah sampai mati dan Mati dalam Dakwah.

5) Cara menyelesaikan berbagai masalah, baik masalah peribadi, masalah umat, maupun masalah politik adalah dgn Dakwah dan Usaha Agama, berdasarkan satu fikir. Cara2 yg ditempuh di luar usaha agama nampaknya saja dpt memberikan hasil dan keuntungan dgn segera, sekalipun hanya dgn pengorbanan yg sedikit. Dlm pada itu, usaha agama menghendaki pengorbanan yg besar sedangkan keuntungannya tidak segera dpt dilihat. Itulah sbbnya mengapa org2 menjauh dari usaha agama. Demikian pula org2 yg terlalu tergesa2 dlm menarik kesimpulan ketika melihat org2 yg “tidak produktif” spt kita atau ketika melihat asas usaha dakwah kita. Namun ternyata mrk tidak mampu melihat hakikatnya, yakni tidak mampu memahami hakikat syariah.

6) Terdapat dua golongan orang yang membuat usaha agama (iaitu): 

a) Mereka yg keluar di jln Allah utk menyelesaikan masalah hutang/sakit/kesusahan. Org yg spti ini tidak akan istiqamah (dlm usaha).

b) Mrk yg keluar di jalan Allah (kerana menganggap) itu adalah perintah Allah Taala. Org spt ini akan istiqamah dalam membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dalam usaha agama).

7) Bahkan dlm saat minum teh pun kita mesti bertanya keadaan ahli keluarga kita, agar tidak ada satupun ahli keluarga yg terlibat kesia2an, jgn hidup sptiyahudi atau nasrani yg tidak mempunyai tertib.

8) Keadaan umat hari ini ibarat seseorg yg memiliki mata ttpi buta, memiliki telinga tapi pekak dan sedang berjln menuju jurang.

9) Mesyuarat adalah suatu perkara yg besar. Allah berjanji apb kalian duduk bermesyuarat dan bertawakal kpd Allah Taala maka seblm kalian berdiri, kalian mendpt taufik ke jln yg lurus dan Rasulullah s.a.w bersabda ”Brg siapa yg hendak mengerjakan suatu urusan, lalu ia bermesyuarat dgn seorg muslim, nescaya Allah Taala akan memberinya taufik kepada urusan yg paling benar dan paling baik utknya” (Hr.Thabrani).

10) Ilmu Fadhail memiliki darjat satu tingkat di atas Masail kerana dengan fadhail orang tergerak ingin beramal dan pada saat yang sama mereka akan belajar masail tentang amalan tersebut. Ilmu Masail ibarat tayar depan mengemudikan arah yang benar, sedangkan ilmu fadhail adalah tayar belakang.

11) Maulana Ilyas ditanya org. Kerja yg kamu buat skrg ini banyak melalaikan hak makhluk, bagaimana ini? Dijawab: “Betul… Saya akui kerja yang saya galakan sekarang ini banyak mengurangi hak makhluk, tapi dengan seorang mengambil usaha ini dan dgn sebab usahanya banyak org2 yag dahulunya melalaikan hak makhluk setelah mendat hidayah dia menjadi org2 yg menunaikan hak makhluk.”

12) Beberapa orang datang ke Maulana Ilyas Rah.A, mereka berkata kepada Maulana Ilyas, “Syeikh… kamu ini wali.” Ini asbab hebatnya kerja dan gerak beliau dalam dakwah. Namun apa kata Maulana Ilyas Rah.A, “Bukan… saya ini bukan wali, tetapi yang wali itu adalah kerja dakwah ini.” Jadi Maulana Ilyas tidak ingin membawa umat ini kepada pengkultusan, tetapi lebih ingin mengarahkan umat ini kepada kerja dakwah. Kita tidak menafikan adanya org2 tertentu yang mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah seperti para Aulia, tetapi ini sedikit sekali, tidak semua orang mampu mencapai tahap ketaatan seperti itu. Itulah namanya org2 pilihan Allah. Namun untuk yang secara umum agar umat ini dapat menjadi dekat dengan Allah, maka Allah berikan ummat ini kerja dakwah yang boleh membuat ummat ini diwalikan semua oleh Allah Swt. Di dalam tarekat2, mereka mempunyai mursyid yang mempunyai kelebihan2 tersendiri dalam doa. Namun dalam kerja dakwah ini tidak ada yang seperti itu, yang paling utama dalam kerja dakwah ini adalah kerja itu sendiri.

13) Maulana Ilyas Rah.a ditanya oleh anaknya yaitu Maulana Yusuf rah.a : “Ya ayahanda! kenapa ayah buat jamaah lagi padahal sudah banyak fiqroh2 bermacam jamaah dalam islam?” Beliau menjwb: “Wahai anakku!! hari ini amalan Rasulullah saw telah bnyk dikerjakan oleh umat islam wujud di mana2 dlm jamaah, ttpi maksud hidup Rasululloh saw telah hilang dari ummat sehingga amalan umat tidak mencapai hakikat amal.”

a) Mereka solat yang seharusnya mampu mencegah fasya dan mungkar tapi itu tak dapat berlaku.
b) Puasa yang seharusnya menghasilkan ketakwaan tapi tak berhasil.
c) Zakat yg seharusnya menghilangkan cinta dunia, malahan menjadikan org semakin cinta dunia.
d) Haji yang seharusnya mendatangkan kecintaan kpd Allah justru org semakin mencintai makhluk.

Maksud ittiba’ Nabi adalah mengikuti kpd 2 perkara: 1. Amalan Rasulullah dan  2. Maksud hidup Rasulullah.

14) Tahapan Maulana Ilyas dalam merintis dakwah:

a) Membayar orang untuk lakukan dakwah (Tidak ada hasil).
b) Membangun 250 madrasah (Tidak ada hasil).
c) Menganjurkan muridnya berpuasa/menahan lapar dan berdoa (BERHASIL, hingga asbab munajad Maulana sambil lapar, sesiapa yg hadir di Masjid beliau di Banglawali tidak akan kelaparan).
d) Maulana amalkan bayan subuh setiap hari 3 jam dgn berdiri dan tidak tidur melebihi 4 jam, serta doa minta diwafatkan ketika berdakwah (BERHASIL, usaha dakwah ini berkembang ke seluruh dunia hingga kini dan sampai kiamat).

Kesimpulan: Hanya dengan PENGORBANAN dakwah akan BERHASIL

15) Maulana Ilyas rah.a brkata: "1/100 pun saya tidak mampu utk menyampaikan hakikat kerja ini kpd manusia dan 1/100 dari apa yang telah saya sampaikan, pun tiada seorg yang memahaminya”  Seandai nya Maulana Ilyas menyatakan ketidak sanggupan beliau walaupun 1/100 atas kerja ini, lalu dimanakah darjat kefahaman kita?

16) Maulana Ilyas sebelah petangnya memberikan bayan Maghrib, tengah malam beliau membersihkan tandas dan membuang kotoran manusia yg pada zaman itu kotoran manusia dikumpulkan dlm bekas dan harus dibuang setiap hari dan bukannya safety tank seperti skrg.

17) Maulana Ilyas pernah berkata, ada 2 (dua) orang yang terkebelakang dari usaha ini:

a) Niat untuk mengislahlah (memperbaikki) orang lain.
b) Niat mahu mengislahlah (memperbaikki) kerja ini.

18) Satu kali Maulana Ilyas telah melihat satu org penarik beca singgah di masjid untuk buang hajat, Maulana beranggapan dia akan dpt sempat berjumpa dgn org tersebut selepas dia selesai buang hajat dan maulana mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Selepas selesai Maulana pergi melihat org tersebut namun sudah tidak kelihatan dan Maulana menangis dan terus menangis. Semasa diakhir hayat, beliau sempat menangis dan menceritakan peristiwa ini. Dia menyesal dgn 2 rakaat solat sunat dia gagal bagi dakwah pada org tersebut. Kata Maulana Umar Palampuri jikalau kita mendapat peluang utk buat dakwah jgn lah kita tangguhkan, mungkin dimasa itulah Allah Taala telah buat keputusan utk hidayah seluruh alam.

19) Carilah ilmu yang dengannya kita bertambah tahu tentang kebodohan kita. Sehingga kita akan merasa kurang dan kita terus belajar, apa lagi dalam perkara agama. Sehingga jauh dari sifat sombong.

20) Pada suatu peristiwa, Maulana Ilyas telah bertanya kpd org mewat samada mereka faham apa yang diperkatakan olehnya di dalam bayan, orang2 mewat menjawab,"Ya kami faham” apabila ditanya, "Apa yang kamu faham?” jawab mereka, "tuan hendak kami keluar ke jalan Allah swt, takkan inipun kami tak tahu, kami sedia keluar skrg juga.”

No comments:

Post a Comment