Sewaktu kuliah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki pada Ramadhon yg lalu, beliau ada menyentuh mengenai kemulian Maulana Inamul Hassan rah (Amir ketiga Jemaah Tabligh). Antaranya beliau berkata bahawa Maulana Inamul Hassan ini adalah termasuk seorg yg sentiasa berzikir sehingga zikir harian beliau mencecah 70,000 sehari semlm. Juga kata beliau bahawa sewaktu beliau dilantik menjadi syura (kata Syeikh yg bermaksud Amir/Hadratji Jemaah Tabligh) org yg memutuskan siapakah yg akan menjadi amir ketika itu (Maulana Zakaria rah) memerintahkan setiap org yg ada di dlm majlis berkenaan keluar melainkan dia yg pernah melihat malaikat. Akhirnya semua keluar yg tinggal hanyalah Maulana Inanamul Hassan rah. Beliau menangis terisak2 krn rahsia beliau selama ini telah terbocor. Kisah ini beliau mendengar dari Syeikh Abdul Wahab, Amir Pakistan. (Mungkin ketika beliau hadir di Ijtimak Indonesia baru2 ini)
Maulana Inamul Hassan, Amir ketiga Jemaah Tabligh ini adalah seorg yg sangat alim khusus di dalam bidang hadis. Beliau mempelajari ilmu agama dari beberapa org ulama terkenal di India juga khusus dari ulama di kalangan keluarga sendiri. Beliau termasuk seorang ulama besar India yang oleh Syeikhul Hind (Maulana Mahmudul Hasan rah) dijuluki sebagai “Gudang Mufti” Beliau juga termasuk salah seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki, Makkah (Al’Iqdul Farid: 16). Sebenarnya amir-amir Jemaah Tabligh, kesemua mereka adalah dari keturunan Abu Bakar r.a yg silsilah keturunan mereka ini dijagai sehingga sekarang.
Kalau kita membaca biography keturunan mereka, kita akan dapati bahawa perkahwinan mereka adalah di dalam lingkungan keluarga terdekat demi menjaga silsilah keturunan tersebut. Seperti mana kita bertanya kepada org2 keturunan India yang lahir dan tinggal di Malaysia, “Kamu orang mana?”. Pasti dia akan menjawab,”Saya orang Malaysia.” Yang sebetulnya dia orang Malaysia tetapi keturunan India. Begitu juga dengan keluarga amir-amir Jemaah Tabligh ini, mereka adalah orang India tetapi berketurunan Arab dari rumpun Abu Bakar r.a.
Kalau kita membaca biography keturunan mereka, kita akan dapati bahawa perkahwinan mereka adalah di dalam lingkungan keluarga terdekat demi menjaga silsilah keturunan tersebut. Seperti mana kita bertanya kepada org2 keturunan India yang lahir dan tinggal di Malaysia, “Kamu orang mana?”. Pasti dia akan menjawab,”Saya orang Malaysia.” Yang sebetulnya dia orang Malaysia tetapi keturunan India. Begitu juga dengan keluarga amir-amir Jemaah Tabligh ini, mereka adalah orang India tetapi berketurunan Arab dari rumpun Abu Bakar r.a.
Pada tahun 1991, aku diberi kesempatan mengerjakan haji dan pada tahun yang sama ramai elders dari India, Pakistan dan Bangladesh ikut mengerjakan haji. Maulana In’amul Hassan juga datang mengerjakan haji beserta dengan beberapa orang dari Markaz Nizamuddin India. Ketika berada di Madinah, kami beberapa kali dijemput untuk mendengar nasihat dari ulama-ulama ini. Sewaktu berada di sebelah kiri kuburan Nabi saw, aku dapati Maulana In’anul Hassan di tolak masuk di atas kerusi roda dari pintu Bab Al-Nisak yg sememangnya dibuka untuk semua jemaah masuk. Ketika di tolak masuk ke dlm Masjid oleh pembantu beliau, aku dapati semua ahli jemaah mengelak memberi laluan kepada beliau. Wajah beliau yang begitu berseri-seri menjadi tarikan ribuan jemaah dari berbagai negara ketika itu.
Mereka berebut2 untuk bersalaman dengan beliau namun dilarang berbuat demikian disebabkan kesihatan beliau yg tidak mengizinkan. Setelah memberi salam kpd Rasulullah di kuburan, beliau akan bersolat sunat dan duduk beberapa lama menunggu solat. Kami mengambil kesempatan utk berada bersama2 beliau. Beberapa org2 Arab yg tidak mengenali beliau bertanya kpd aku siapakah syeikh berkenaan. Aku memberitahu mereka bahawa beliau adalah seorang ulama dari India. Biasalah tidak ramai org mengenali ulama2 Jemaah Tabligh kerana Jemaah ini tidak ada akhbar, pamplet ,Brochures dan lain-lain. Selain itu mereka2 ini tidak dijemput utk menghadiri sebarang seminar melainkan Maulana Abul Hassan Ali Nadwi rah.
Sewaktu Ijtimak Raivind, Pakistan, Maulana In’amul Hassan hadir pada hari akhir untuk berdoa. Ramai saudara2 Arab tidak pernah melihat dan mendekati beliau. Mereka hanya biasa dgn ulama2 di Markaz Raivind di Pakistan sahaja. Namun apabila mereka terpandang sahaja Maulana In’amul Hassan mereka seperti separuh gila. Apa tidaknya wajah beliau begitu bercahaya menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihat beliau. Betul2 dihadapan aku beberapa org saudara dari Negara Arab ini seperti separuh gila cuba meluru mendapatkan Maulana namun mereka dihalangan oleh petugas sekuriti sambil mententeramkan keadaan. Setelah Maulana menaiki kenderaan, ada yang cuba bergayut pada kenderaan tersebut.
Begini keadaan gelagat mereka di kalangan saudara Arab yang tidak pernah melihat maulana dengan wajah yang begitu bercahaya. Ada seorang ahli jemaah dari U.S yang datang ke Markas Nizamuddin, India. Beliau seorang yang berkulit hitam dengan badan sasa yang cukup cekap di dalam seni mempertahankan diri, menceritakan, “ Aku tak pernah takut dengan sesiapa pun walaupun ia lebih besar dari aku. Pasti aku akan lawan. Namun setelah aku melihat Maulana In’amul Hassan, wallahi! aku terkencing.” Cerita beliau ketika waktu rehat di Markaz Nizamuddin, India. Bayangkanlah bagaimana kehebatan sahabat2 Nabi khususnya Umar r.a yang menjadi ketakutan pada musuh hanya sekadar mendengar nama sahaja.
Pada tahun 1992 aku diizinkan tuhan untuk keluar lagi di India. Pada cillah (40 hari ke tiga) akhir, aku terkepung di Markaz Nizamuddin disebabkan Delhi diistiharkan curfew selama seminggu. Ianya adalah kerana Masjid Babri di Ayodoya diruntuhkan oleh fanatik2 Hindu. Kebiasaanya sesaorang itu akan berada hanya 3 hari sahaja dan akan dihantar keluar di route yang diputuskan. Namun disebabkan curfew, maka kami tinggal hampir seminggu di Markaz Nizamuddin. Ketika ini aku dan teman aku yang sedang belajar di Shaharanpur juga ikut terkepung. kami mengambil kesempatan ini utk berada bersama Maulana Inamul Hassan setiap hari selepas solat Asar untuk duduk berzikir bersama beliau.
Belum pernah aku merasai kelazatan berzikir sepjg hidup aku sehingga kini melainkan ketika berzikir bersama beliau. Sedangkan ketika itu aku hanya berzikir dengan zikir biasa sahaja iaitu tasbih, selawat dan istighfar, namun ianya terasa begitu khusyuk sekali. Mungkin kerana aku berada bersama beliau serta kesan zikir beliau tertempias kpd aku. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Maulana Zakaria rah di dalam kitab beliau Fadhilat Zikir yang mana terkadang2 kesan zikir dari seseorg yg dekat dgn Allah akan memberi kesan kepada sesiapa sahaja yg berada berdekatan beliau.
Aku melihat beliau sentiasa berzikir dengan mulut beliau berkumat- kamit. Beliau tidak memegang sebarang biji tasbih namun kedua-dua belah tangan kanan dan kiri digunakan untuk berzikir. Ibu jari dan jari telunjuk akan sentiasa bergerak2 seperti kita mengira biji tasbih. Jika sesiapa yang datang menjumpai beliau beliau akan melayani namun jari2 tangan tadi tetap akan bergerak. Sepanjang kami berzikir di dalam bilik Maulana In’amul Hassan tidak ada orang lain hanya aku, teman aku dan satu dua lagi maulana yang aku tidak kenali. Di hujung2 masa iaitu sekitar 5,6 hari barulah waktu curfew itu ditarik balek oleh pemerintah. Aku lihat ramai tetamu yang datang dari jauh dan bertemu dgn Maulana. Rupanya waktu itu adalah waktu mesyuarat syura2 seluroh India, Pakistan dan juga Bangladesh. Kami mengambil menafaat dari mesyuarat berkenaan utk mendengar nasihat dari beberapa elders yg dtg. Ini termasuklah nasihat dari Maulana In’amul Hassan sendiri.
Nasihat dari Maulana Umar Palampuri, Maulana Said Ahmad Khan dan juga Haji Abd Wahab. Kesemua nasihat mereka cukup memberi kesan kepada kami. Aku dan teman penah bertanya kepada Maulana Mustaqim sewaktu makan bersama beliau di Markaz Raivind, Pakistan, “Mengapa kulit Maulana In’amul Hassan putih begitu? Jawab beliau, “ Maulana In’amul Hassan terkena serpihan sihir. Kata Maulana Mustaqim lagi, “ Kulit Maulana yang sebenar hanya kamu boleh lihat sewaktu beliau memejamkan mata iaitu kulit di atas kelopak matanya sahaja warna kulit asal beliau.” Tambahnya lagi,” Jika beliau lalai sahaja dari berzikir pasti beliau akan terkena sihir yang dihantar oleh gulongan Hindu dan juga gulongan “Brelwey” (Grave worshipper). Mungkin ada orang berkata bahawa aku terlalu fanatik dgn Maulana Inamul Hassanh namun aku berani bersumpah bahwa aku tidak berani menatap mata beliau. Kalau beliau memandang kpd aku pasti aku akan menundukan mata aku ke bawah.
Apabila beliau melihat ketempat lain barulah aku akan menatap wajah beliau. Ini adalah kerana kehebatan yang ada pada beliau serta wajahnya yg cukup bercahaya. Saat paling aku merasa takut adalah saat seorang India tiba2 datang meluru kpd beliau. Entah macam mana orang India ini boleh lepas tiga kawalan sekuriti. Beliau tiba2 menengking lalu orang India itu lari keluar dengan ketakutan. Kata kawan aku ramai org India yg cuba loloskan diri masuk khususnya yg berfahaman ‘brelwey’ yang kekadang utk melepaskan sihir.
Pengalaman suhbat bersama beliau benar2 memberi kesan yg mendalam di dlm jiwa aku yg cukup sukar utk dilupakan. Apa lagi ketika itu berpeluang berbaiat dgn beliau. Isteri aku yg keluar masturat pada tahun 1990 juga berpeluang tinggal di rumah isteri beliau untuk selama 3 hari. Wanita ketika itu juga berpeluang bebaiat dgn beliau. Ianya juga memberi kesan yg mendalam di dalam jiwa. P/s : Bukanlah maksud aku untuk menggangkat elders Jemaah Tabligh atau bersikap ‘ghulu’ terhadap Maulana Jemaah Tabligh. Namun apabila Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki menceritakan demikian maka aku terpanggil untuk meceritakan juga pengalaman yg aku pernah tempuhi.
No comments:
Post a Comment