Wednesday, January 21, 2015

PARA SAHABAT KELUAR KE JALAN ALLAH

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dlm masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 dpd jemaah2 tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri dpa 10,000 org, ada yg 1,000 org, 500 org, 300 org, 15 org, 7 org dan sebagainya. Jemaah2 ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yg diberikan oleh setiap sahabat utk keluar ke jalan Allah dlm masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.

Sahabat keluar 5 tahun: 

Pada tahun 627M satu jemaah sahabat2 Nabi s.a.w yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah). (dipetik dari kitab ‘Wali Songo dgn perkembangan Islam di Nusantara’)

Sahabat keluar 6 bulan: 

Baraa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus Khalid Al-Walid r.a kpd penduduk Yamen utk mengajak mra masuk Islam. Baraa berkata: Aku juga termasuk dlm jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid r.a selalu mengajak mrk utk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya. Kemudian Rasulullah s.a.w mengutus Ali bin Abi Talib r.a ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. utk kembali dgn seluruh jamaah kecuali salah seorg dari jamaah Khalid r.a. yg mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Baraa r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul2 dekat dgn penduduk Yaman, maka mrk keluar dan dan dtg kehadapan kami. 

Lalu Ali r.a. mengatur shaf mrk utk mengerjakan solah dan Ali yg menjadi imam dalam solah kami. Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah s.a.w kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah s.a.w itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah s.a.w yang isinya memberitahukan tentang keIslaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah, Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)

Keluar 4 bulan: 

Ibn Juraij berkata: Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar r.a sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan syair: Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya.” 

Ketika Umar r.a. mendengar syairnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, Apa yang terjadi padamu? Wanita itu menjawab, Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan. Umar r.a. betanya, Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk? Wanita itu menjawab, Saya berlindung kepada Allah.  Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya? Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan. Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, Tiga sampai empat bulan. Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan. (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu Umar r.a mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba2 beliau mendengar seorang wanita sedang bersyair: “Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tiada yg tersayang yang boleh kuajak bercumbu.”Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dgn suaminya? Hafsah r.anha menjawab, Enam atau empat bulan. Maka Umar r.a. berkata, Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu. (Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29). [seperti yg dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari: 

“Seorg lelaki telah dtg kpd Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari? (Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab Risalah ad Dakwah)

Keluar 3 hari: 

Dpd Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi saw telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jamaah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dgn para sahabatnya, maka berjlnlah mrk sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah org2 kampung itu kpd Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yg ketiga dpt Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu. (Hadith riwayat Darul Qutni dari kitab ‘Risalah ad Dakwah).

No comments:

Post a Comment