Kisah ini terjadi pada ijtima’ Bhopal, India pada tahun 1940-an. Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi (Amir jamaah pada saat itu) telah memutuskan seorg (meiji) yg buat usaha dakwah dari Mewat utk bayan maghrib saat ijtima’ tersebut. Seseorg yg telah ditunjuk tadi menjumpai kembali Maulana Ilyas dan memberitahu bahawa beliau tidak bersedia dgn alasan beliau adalah org awam, sdgkan org yg duduk di dlm majlis adalah ulama2 dari seluruh India. Maulana Ilyas berkata, “Ini pilihan Allah, kerjakan kerana Allah”.
Maka selepas solat Maghrib, beliau solat hajat dua rakaat meminta pada Allah agar diberi hidayah dan kalam utk tunaikan takaza bayan ini. Stlh selesai solat badan beliau menggigil dan berkeringat. Stlh tiba waktun bayan, beliau duduk di kursi yg disediakan dan beliau menangis tidak tahu apa yg akan diucapkan dihadapan para ulama dari seluruh penjuru India tersebut.
Stlh memuji Allah dan berselawat ke atas RasulNya, beliau berkata, “Tuan2, kita perhatikan keadaan di dlm sebuah keluarga, seorg ibu menyuruh anak2nya yg terdiri dari kakak dan adik utk mengangkat gelas yg berisi minuman utk para tamu ke rwang tamu. Kakak dan adik ini mengangkatnya dan tanpa disengaja sang adik telah menjatuhkan gelas tersebut.
Secara logika, ibu mesti memarahi adik tersebut, AKAN Ttp, ibu memarahi kakaknya krn tidak mengajarkan dan memberi panduan kpd adiknya cara2 utk mengangkat gelas dan selamat. Begitulah juga dgn Tuan2, pada hari Akhirat kelak Allah swt. akan mencari dahulu para ulama, krn mrklah yg lebih berilmu dan berpengetahuan. Org awam yg kurang pengetahuannya akan diadili kemudian dan Allah akan murka jika kita (para ulama) tidak menjlnkan dakwah.”
Beliau juga berkata, “Tuan-tuan (para ulama), mengajar di tmpt pengajian adalah suatu amanah, begitu juga dakwah, ia juga suatu amanah yg diwariskan dari Ambiya Alaihimush Shollatu Wassalam. Jika kita org yg lebih berpen-getahuan tidak membuat dakwah dgn cara Nabi saw, dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, berjumpa setiap saudara kita, bgmn org awam akan buat usaha dakwah jika kita tidak mulai dahulu? Dan bgmn kita hendak mengajar jika kefahaman Quran dan Hadis kita kurang krn tidak buat dakwah spt para Sahabat?
Para Sahabat mudah memahami yg dikehendaki Quran dan Hadis asbab pengorbanan dan susah payah mrk utk agama ini, begitu juga dgn kita tuan-tuan. Allah tidak akan mencari org awam yg tidak buat dakwah dahulu dihari akhirat kelak, ttp Allah mencari kita (ulama) dahulu tuan2. Pada saat itu semua ulama dari seluruh India yg duduk di dlm majlis menangis terisak2 tanpa berhenti, kemudian beliau berkata, “Siapa diantara tuan2 (para ulama) yg bersedia utk tunaikan amanah dakwah ini dgn keluar di jln Allah berjumpa org2 awam utk sebarkan agama ini?”.
Maka hampir seluruh ulama yg duduk didlm majlis berniat dan memberi nama kpd jemaah tasykil dan selepas ijtima semua ulama tersebut telah bertebaran ke seluruh India utk keluar berdakwah. Bayan meiji tersebut ringkas, ttpi memberi makna yg mendlm dan menusuk kalbu hati para ulama yg duduk didlm majlis. Semoga Allah beri kita pelwang dan hidayah utk kita ambil i’tibar utk amalkan dan smpikan.
No comments:
Post a Comment