1). Buatlah usaha di tempat kamu sehingga 100% org solat.
2). Ambil berat tentang bangun malam dan berdoa kpd Allah. Juru bayan ramai tetapi mereka yg bangun malam adalah sedikit.
3). Siapakah yg patut memberi bayan (penerangan)? Org yg begitu menghayati serta merasai takazah usaha.
4). Allah mahukan satu perkara dari umat waktu ini iaitu putuskan diri kamu dari segala-galanya dan hubungkan diri kamu dgn Allah.
5). Fikirlah utk semua manusia di dunia dan juga berdoalah utk seluruh manusia.
6). Seseorang tidak akan menjadi karkun bila selepas memberi bayan mengganggap dirinya sebagai seorang buzrug (org yg hebat).
7). Masalah kita dewasa ini adalah kita begitu sibuk dgn islah org lain tetapi kita sedikit sekali memikirkan islah diri kita sendiri.
8). Setiap karkun lama mesti membuat gasht ummumi di masjidnya.
9). Penyatuan hati adalah ruh/nyawa usaha ini. Tanda karkun lama ialah mereka membuat usaha dan pada waktu yg sama penuh dgn taqwa.
10). Semua amal yg kita lakukan dlm usaha dakwah adalah utk memajukan diri kita sendiri. Melalui usaha ini, Allah s.w.t akan mengangkat darjat seseorang.
No comments:
Post a Comment