Maulana Saad tak isytihar diri dia sbg hadratji pun. Tapi wakil syura2 dari negara Arab ie Kuwait, Bahrain dan UAE telah bangun dlm bilik mesyuarat bersama seluruh Syura2 Negara yg hadir di Ijtimak Tongi 2017. Kehadiran dlm bilik mesyuarat itu sekitar 200 org lebih. Padat sekali. Tetapi tiada siapa pun dibenarkan utk buat rakaman visual. Ada petugas2 yg mengawasi.
Mesyuarat dibuat pada mlm Sabtu 13/1/17 slps isyak. Mula2 Maulana Saad db mengendalikan mesyuarat, khusus utk putus siapa yg akan bayan dan conduct program utk hari Sabtu dan Ahad sehingga doa bayan hidayat. Setelah selesai, Maulana Saad beri targhib supaya buat usaha ikut keputusan Nizamudin dan minta rujuk ke Nizamudin jika ada apa2 masalah. Maulana beri targhib dlm bahasa Urdu dan kemudian dlm bahasa Arab.
Setelah selesai, seorg ahli syura, wakil dari Kuwait telah bangun dan menyatakan ketaatan mereka kpd Maulana Saad dan Nizamudin. Dia juga ada sebut ttg satu pengalaman dia dan bbrapa rakan syura dari negara beliau ttg perbualan mereka dgn Almarhum Maulana Umar Palanpuri RAH semasa hayat beliau. Satu masa, Maulana Umar telah tanya kpd beliau, "Tahukah kamu bhw suatu hari nanti, usaha tabligh ni akan dilanda fitnah yg besar. Tahukah kamu jika keadaan itu berlaku, apa jalan penyelesaiannya?" Semua mereka kata tak tahu. Dan mereka pun tanya Maulana bagaimana. Kemudian, Maulana Umar beri jawapannya. "Jika keadaan itu berlaku, hendaklah kamu rujuk kpd Nizamuddin dan taat kepada keputusan Nizamuddin".
Dan akhirnya, syura ini dan rakan2nya bersepakat dan mengatakan bhw Amir jemaah tabligh sekarang ini adalah Maulana Saad db. Semua org dlm bilik telah bertakbir dan mengucapkan "subhanallah". Maulana Saad hanya tunduk dan diam tanpa berkata apa-apa. Kemudian, seorang syura dari Bahrain pula telah bangun dan membuat kenyataan yg hampir serupa tapi tidak panjang. Sekali lagi setelah selesai, semua org dlm bilik mesyuarat itu bertakbir dan bertasbih. Tapi Maulana Saad tetap tunduk dan diam. Dan apabila org ketiga (dipercayai syura dari UAE) pula bangun utk bercakap, Maulana Saad terus berkata " Tikke tikke.." (Baik baik) dan terus baca doa kaffarah majlis dan majmak bersurai.
Jadi, sebenarnya Maulana Saad db tidak pernah sama sekali mengisytiharkan dirinya sendiri sbg Amir atau Hadratji, tetapi pengisytiharan dibuat oleh orang lain dan semua sepakat bersetuju atas pengisytiharan itu tanpa Maulana Saad mengulas apa-apa. Sekian.
No comments:
Post a Comment