Menjawab beberapa kenyataan palsu dan mengelirukan berhubung dengan surat baru-baru ini yang mengenai syura alami.
1). 10 syura yang dilantik oleh hadzraji (ra) telah dibuat untuk membantunya dalam kerja, dan bukanlah meneruskan kerja selepas ketiadaannya dalam bentuk "faisala secara bergilir."
2). Jika kita menganggap bahawa soalan yang dikemukakan oleh M Saeed Khan ra untuk hadzratji ra adalah benar, maka mengapa syura daripada hadzratji telah duduk selama dua hari untuk membuat keputusan mengenai amir selepasnya? Sepatutnya mereka harus terus sahaja dengan membentuk sistem syura. Maka ini adalah pernyataan yang salah dan palsu bagi menyokong sistem syura alami tanpa amir.
3). “Tiada keputusan telah dibuat oleh syura hadzratji untuk membahagi kerja-kerja tabligh kepada dua, iaitu yg pertama 5 ahli untuk kerja-kerja di Nizamuddin dan satu lagi 10 ahli bagi perkara-perkara seluruh dunia”. Pernyataan ini adalah satu persendaan terhadap kebenaran. Kenyataan ini dibuat oleh orang-orang yang tidak ada satu pun dari mereka yang hadir di dalam bilik tertutup selepas hadzratji ra meninggal dunia. Adalah sesuatu yang mengejutkan bahawa beberapa orang-orang lama telah giat memutarbelitkan kebenaran. Mengapa tidak mereka bertanya Maulana Saad yang merupakan satu-satunya yang masih hidup bersama mereka. Yang sebenar adalah, bahawa apabila tiada kata sepakat yang dapat dicapai untuk melantik seorang amir untuk seluruh dunia, Miaji Mehrab dalam pengumuman beliau dengan mesyuarat, telah berkata, "Buat masa ini ketiga-tiga, Maulana Izhar, Maulana Zubair dan Maulana Saad akan menguruskan kerja-kerja insyaAllah."
4). Mengenai dokumen yang ditandatangani di Raiwind pada 1999 oleh 5 syura yang masih hidup. Mengapa dan bagaimana nama syura alami telah dicetak dan diedarkan di seluruh dunia tanpa persetujuan Maulana Saad sb? Ini telah melanggar perjanjian bahawa, "Tidak ada perkara yang penting di Nizamuddin atau Raiwind akan bermula sehingga mendapat kata sepakat oleh ahli-ahli syura." Apabila soalan ini diajukan kepada Hj Abd Wahab sb oleh Kakrail di ijtimak Riwand 2016, "Mengapa diedarkan surat itu tanpa persetujuan Maulana Saad sb?" Haji sb diam untuk masa yang lama kemudian berkata. "Maka kita perlu membuat mesyuarat lagi." Saksi: Dr Nadeem Ashraf dan Maulana Fahim sb serta 5 anggota syura Kakrail. Oleh itu syura alami yang dicadangkan tidak pernah wujud. Cadangan ini telah digugurkan. Dokumen tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang.
5). Idea syura alami telah difikirkan hanya oleh beberapa orang dari Nizamuddin dan Raiwind, tidak ada apa-apa perundingan terbuka dan ia adalah amat meragukan bahawa Haji sb faham perkara itu sepenuhnya. Beliau memberitahu kepada Maulana Saad sb serta syura Kakrail bahawa "Saya tidak membentuk sebarang syura alami".
6). Dalam dokumen yang menyatakan bahawa Haji sb membentuk syura dan menandatangani dokumen dan meminta orang lain untuk menandatanganinya. Yang sebenarnya Haji sb sendiri berkata, (audio tersedia, bhai Aabir Rashid menjadi saksi.) “Mereka membawa kepada saya dokumen ini dan berkata setiap perjanjian ada di sana, jadi saya berdoa allahum akhiri wakhtarli. Maka saya telah menandatanganinya pada hari berikutnya. Ini membuatkan kita lebih mencurigakan mengenai kaedah yang diguna pakai dalam pembentukan syura alami.
7). Dalam hadis mengenai Hazrat Ali bertanya Rasulullah. Bahawa tiada nas disebut mengenai syura dengan faisala secara giliran. Sistem ini tidak terdapat di dalam Al-Quran atau hadis atau dalam kehidupan Sahabat. Sila menahan diri daripada membuat istembat hadis mengikut pandangan menyebelahi kamu dan selamatkan lah ummat daripada kekeliruan! Sebaliknya Nizamuddin adalah contoh di mana mesyuarat dijalankan setiap hari mengikut cara sunnah.
Beberapa perkara lagi yang perlu dipertimbangkan:
A) Terjadi perselisihan dan persengketaan di kalangan rakan seusaha di seluruh dunia, adalah disebabkan kerana beberapa orang lama memutuskan diri mereka daripada Nizamuddin dan Maulana Saad sb yang masih yang sah sebagai amir dalam kerja-kerja tabligh. Mereka telah membentuk satu jemaah sendiri dengan tidak ada persetujuan Nizamuddin. Para rakan seusaha di seluruh dunia tidak boleh menerima perkara ini. Kami memohon kepada semua orang-orang lama untuk duduk bersama-sama dan menyelesaikan perbezaan mereka bersama, dan bukannya menyebarkan perbezaan tersebut kepada umum yang menambah parah kepada masalah.
B) Apa yang dimaksudkan dengan barisan ayat terakhir, “serah diri untuk mesyuarat”. Mesyuarat mana yang kamu maksudkan? Hanya ada satu mesyuarat untuk dibentangkan kepada rakan seusaha di seluruh dunia dan ia adalah mesyuarat di Nizamuddin.
C) Sebaliknya kami dengan rendah hati mencadangkan agar penulis dokumen ini juga mengemukakan nya kepada mesyuarat di Nizamuddin dan peliharalah kami dan diri mereka dari kemurkaan Allah seperti yang disebut dalam bayan Hazrat M Ahmad al-Ansari ab di kalangan karkun lama lepas jor di Raiwind.
D) Usaha Tabligh sebelum Mukhalifat (perpecahan) adalah berdasarkan sunnah, hati yang penuh dengan keikhlasan dan muhabbah, ikram, kesatuan fikir dan hati, husnuzzan antara satu sama lain, lidah sentiasa sibuk dengan bercakap kebesaran ALLAH s.w.t. dan akhirat. Tetapi bandingkan selepas ikhtilaf. Sekarang hati dipenuhi dengan kebencian dan iri hati, mempunyai su'uzzan dan cuba untuk menjatuhkan satu sama lain, pecah hati, mengumpat dan bercakap buruk tentang muslimin, mukminin, ulama ikram, sehingga elders dan yang paling buruk adalah nama Hazrat Maulana Ilyas (rhm) juga disebut tanpa hormat.
Sila lihat diri kita sejauh mana kita dari sunnah RASULULLAH s.a.w. Ini adalah jeritan hati kami dan permintaan dengan rendah hati kepada semua orang tua kita dan mengambil berat rakan seusaha tabligh yang ikhlas. Untuk menyelamatkan ummat dari kemurkaan ALLAH s.w.t. Takutilah ALLAH s.w.t dan bukan dengan memusnahkan satu-satunya harapan yang tinggal untuk ummat yang hampir musnah. Bayan terakhir hazradtji Maulana Yusof (rhm) dan bayan ini dalam klip audio oleh Hazrat Maulana Muhammad Ahmad cukup sebagai panduan bagi setiap orang daripada kita jika kita dapat mengamalkannya.
Jika ikhtilaf di antara sahabat ikram tidak membawa apa-apa manfaat untuk ummat, berapa banyak manfaat boleh kita harapkan daripada ikhtilaf kita pada hari ini.
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Perpaduan tidak harus dikorbankan walau apa pun yang berlaku.
(Rakan seusaha tabligh yang prihatin).
No comments:
Post a Comment