Thursday, February 19, 2015

SALAH FAHAM ANTARA KITA (SUDUT PANDANG SYURA ALAMI)

Penting Untuk Semua kita karkun faham cerita sebenarnya mengenai Syura Alami. Maulana Saad adalah salah seorang syura alami. Bukan amir atau Hazratji. Kita semua dengar dan cuba faham dari audio dibawah rakaman mesyuarat di Raiwind Baru2 ini. Semua orang2 tua kita yang lama yang kita sayangi dan percayai ada disana menceritakan perkara sebenarnya. Kita bersatu dan berkasih sayang kerana Allah.

Semua yang menceritakan adalah mereka orang lama2 kita yang duduk bersama Hazratji kita Maulana Innamul Hassan. Dan ada yang bersama Maulana ILyas dan Maulana Yusuf. Tolong fwdkan pada semua rakan seusaha supaya kita semua faham keadaan sebenarnya. Lebih 80% syura2 dan orang2 tanggungjawab negara di seluruh dunia dah faham dan telah terima syura alami. Hampir seluruh afrika, usa kanada europe australia new zealand fiji dll telah taat dan bersama2 syura alami. 

Di Raiwind semua syura2 dan orang tanggungjawab dari Indonesia Thailand Filipin Singapore Burma dll sepakat bersama syura alami. 80% di India bersama syura alami. Yang baki2 insyaAllah akan bersama taat syura alami dlam masa terdekat kerana mereka belum tahu cerita sebenarnya. InsyaAllah kita doa dan usaha supaya Allah satukan hati2 kita. Yang haq akan kekal. Yang baktil dan menipu akan jatuh dan hapus.

Satu masa Hadraji Maulana innamul hassan rah.a berdiam diri dan berduka cita sehinggakan perkara ini sampai kepada pengetahuan hadrat Maulana Zakaria rah.a melalui perantaraan hadrat Maulana Umar Palanpuri rah.a. Maulana Umar memberitahu kepada hadrat Maulana Zakaria rah.a mengenai kesedihan Hadraji rah.a mengikut pengamatan kerohanian beliau tidak ada sesiapa yg layak se menjadi amir selepas beliau dan itu yg menjadi kerisauan beliau.

Hadrat Maulana Zakaria rah.a berdoa di raudah tentang perkara tersebut dan Allah memberi ilham kepada beliau supaya selepas ini kerja berjalan dengan pengendalian shura. Selepas itu Hadraji melantik shura di negara2 lain dan amir yg sedia ada dikekalkan dan kerja berjalan dengan mesyurat. Orang lama mengetahui perkara ini dan di Malaysia amir ketika itu adalah Dr Mustafa.

Apa yang sebenarnya berlaku; sebelum meninggalnya Hazat Maulana Inamul Hassan, di Mecca, Hazratji telah memilih 10 orang untuk menjadi ahli syura yang akan bermesyuarat bagaimana usaha yang mulia ini harus dijalankan apabila beliau meninggal dunia. Apabila Hazratji meninggal dunia pada tahun 1995, semua 10 ahli syura ini telah bermesyuarat dan mereka sebulat suara telah bersetuju bahawa usaha yang mulia akan berjalan melalui mesyuarat ijtimai dengan melantik seorang dari antara mereka menjadi amir mesyuarat.

Mereka juga sebulat suara bersetuju bahawa selepas Hazrat Inamul Hassan tidak akan ada Hazratji dan tidak akan ada Bai'ah.Mereka juga telah melantik 3 orang diantara mereka untuk menjadi syura Nizammudin dan akan bergilir gilir menjadi amir mesyuarat selama 3 hari. Syura Nizammuddin ini dilantik untuk hanya menguruskan amalan yang berjalan di Masjid Banglawali di Nizammuddin dan bukan untuk bergilir gilir menjadi Hazratji.

Jika untuk bergilir gilir menjadi Hazratji maka tidak akan dipileh 3 orang untuk bergilir gilir menjadi amir mesyurat di nizammuddin tetapi akan dipileh hanya seorang untuk menjadi amir mesyuarat di nizammuddin dan apabila mereka berkumpul di Tongi, Raiwin dan di Mecca yang menjadi amir mesyuarat di nizammuddin tentulah akan menjadi amir mesyuarat ketika mereka bermesyuarat di Tongi Mecca dan di Raiwind.

Apa yang berlaku,ketika mereka berkumpul di Tongi, Raiwind dan di Mecca yang menjadi amir mesyuarat adakala Mufti Zainal Abidin dan adakala Bhai Abdul Wahab dan bukan salah seorang dari mereka yang diputuskan untuk menjadi syurah Nizammuddin. Ini membuktikan Maulana Saad, Maulana Zubir dan Maulana Izhar tidak dilantik oleh eldest kita untuk menjadi Hazratji bergilir gilir tetapi untuk menjadi syurah Nizammuddin. Apabila 8 dari 10 yang dilantik untuk menjadi syurah alami telah meninggal dunia maka Bhai Abdul Wahab mahu meneruskan apa yang telah dibuat oleh Hazraji Maulana Inamul Hassan ia itu dengan menambah jumlah syurah alami dan syurah Nizamuddin.

Setelah Bhai Abdul Wahab bermesyuarat dengan semua eldest termasuk Maulana Saad, mereka secara ijtimai bersetuju untuk menambah seramai 13 orang untuk menjadi syura alami dan seramai 4 orang untuk menjadi syura Nizammuddin. Ia menjadi masaalah dan krisis atau pepercahan apabila Maulana Saad tidak bersetuju dengan keputusan itu. Maulana Saad tidak mahu syura alami dan beliau pulang ke Nizammuddin dan beliau melantik syura nizammudin yang amir mesyuaratnya hanya beliau dan beliau juga menambah beberapa orang lagi termasuk anak beliau untuk menjadi syurah Nizammuddin.!

Akibat dari. Maulana Saad berkeras untuk menjadi Hazratji dan berkeras untuk tidak mahu taat pada keputusan ijtimai eldest yang lain dan dengan dibantu oleh orang Mewat yang memang mahu Maulana Saad untuk menjadi Hazratji, maka berlakulah pergaduhan besar di Nizammuddin pada bulan puasa yang lepas yang mengakibatkan hampir 14 orang cedera parah dan polis mengawal Masjid dan masjid ditutup untuk beberapa hari. Ijtima Raiwind yang lepas semua elders kecuali MaulanavSaad hadir dan pada Tonggi yang lepas semua elders tidak hadir kecuali Maulana Saad. Sekian. Saya beritahu yang saya percaya sebagai yang benar. Nak percaya atau tidak terpulang pada kamu. Siapa yang berbohong akan mendapat azab Allah. Dr. Nasoha Saabin (Dr nasoha dah geng ngan shura alami yang dipecat oleh Maulana Saad).

No comments:

Post a Comment