Thursday, February 19, 2015

TAAT DENGAN NIZAMUDDIN

Assalamualaikum Tahniah kerana istikhlas dengan Nizamuddin. Bagi saya selepas Allah swt menerima Nizamuddin sebagai markas hidayah tak mungkin tiba-tiba dalam sekelip mata ia berubah menjadi markas kesesatan. Mungkin rohaniyyat Nizamuddin boleh berkurang tapi nak kata masyaikh Nizamuddin sesat Wal iyazu billah. Ajaran yang kita terima selama ini dalam usaha Tabligh adalah:

1) Taat setia kepada Amir sab selagi dia tidak melakukan kekufuran yang nyata, dan wajib bersangka baik kepada Amir sab.

2) Tiada tekan syor.

3) Tiada majoriti dan minoriti.

4) Tiada mesyuarat sebelum mesyuarat dan tiada mesyuarat selepas mesyuarat.

5) Apabila Amir Sab putuskan sesuatu samaada kita suka atau tidak kita hanya dengar dan taat.

Ini semua Adab mesyuarat cara Nabi saw yang membezakan kita dengan cara demokrasi (Politik). Jika kita faham perkara ini mudah kita nak posisikan masaalah yang sedang berlaku. Kebanyakan penentang Maulana Saad hafizahullah menggunakan dalil bahawa isu syuro alami adalah kehendak akar umbi dan kebanyakan masyaikh, hakikatnya perkara ini baru sekadar syor, dan hujjah mereka ialah kerana dikhuatiri amir sab buat keputusan yg salah. Dalam dakwah Tiada tekan syor.

Dalil kedua mereka adalah geng pro syuro alami adalah majoriti sedangkan Tiada istilah minoriti atau majoriti dalam Islam. Kalau kita ubah adab mesyuarat bererti kita bukan lagi gerakan dakwah bahkan kita dah jadi parti Politik.

Macam kata Maulana Saad dalam ijtimak Tonggi yg lalu. Ujian pertama Allah bagi ke atas hambanya adalah ujian taat. Apabila iblis meninggalkan taat pertamanya Allah batalkan seluruh pengorbanan dia yang lalu, ibadah dia selama 80 ribu tahun telah musnah.

Dan selepas is mereka tinggal kan taat maka Allah swt telah balikkan hati iblis, kalau sebelum ini dia guna seluruh solahiyat dia utk taat pada Allah maka selepas dia tinggalkan taat maka Allah palingkan hati dia hingga dia berazam utk gunakan seluruh solahiyat dia untuk halang manusia dekat kepada Allah swt.

Mereka buat demikian kerana merasakan bilamana mereka lari dari Nizamuddin ramai akan ikut mereka, tapi biasanya selepas mereka memisahkan diri mereka dari taat maka kesemua hasiyyat (kelebihan) yang selama ini Allah swt bagi kepada mereka akan tercabut dengan sendirinya. Akhirnya seorang demi seorang akan meninggalkan mereka.

Akhirnya mereka akan faham bahawa kelebihan yang Allah pinjamkan kepada mereka selama ini adalah semata-mata kerana berkat usaha dakwah. Bila mereka tinggalkan kerja dakwah Allah swt akan tarik balik kelebihan yang Allah swt bagi. Selalunya kalau orang yang menentang kebenaran selepas diberi hidayah susah utk kembali ke jalan yang benar..=

Mereka dah rasa usaha yang selama ini paling benar jadi usaha yang sesat. Utk para masyaikh kita doakan agar mereka bersatu hati kembali. Tapi golongan yang bertindak menghalang ijtimak memang melampau. Kalau buat dalam keadaan jahil tak mengapa tapi mereka semua adalah purana sathi.

No comments:

Post a Comment