Sunday, February 1, 2015

MUZAKARAH ENAM SIFAT SAHABAT

Sesungguhnya Allah swt meletakkan kesuksesan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat hanyalah pada agama Islam yg sempurna. Agama Islam yg sempurna adalah agama yg dibawa oleh Rasulullah saw. Meliputi Iman, Ibadah, Muamalah, Muasyarat dan Ahlaq. Pada saat ini umat islam Tiada kekuatan dan kemampuan utk mengamalkan agama secara sempurna. Para sahabat r.ahum telah berjaya dlm mengamalkan agama secara sempurna krn mrk memiliki sifat2 dasar yg terkandung dlm 6 sifat sahabat yg meliputi:

1. Yakin atas kalimah thoyyibah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”
2. Solat khusyuk dan khuduk
3. Ilmu dan  zikir
4. Ikramul Muslimin
5. Ikhlas Niat
6. Dakwah dan tabligh khuruj fi sabilillah.

Enam sifat sahabat r.ahum tersebut bukan merupakan wujud agama yg sempurna, krn agama yg sempurna terkandung dlm Al-Quran dan Hadis, ttpi apb 6 sifat para sahabat tersebut ada dlm diri kita maka Allah swt akan memberikan kemudahan kpd kita utk mengamalkan agama secara sempurna:

A. YAKIN ATAS KALIMAH THAYYIBAH “LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”

Erti: Tiada yg berhak disembah selain Allah swt dan Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah. Maksud Laa ilaha illallah ialah mengeluarkan keyakinan pada mahluk dari dlm hati dan memasukkan keyakinan hanya kpd Allah swt didlm hati. Fadhilat:

1). Dari Abu Zar r.a  berkata, Nabi saw bersabda: Tiada seorg hamba pun yg mengucapkan ‘La ilaaha il-lallah’ kemudian dia mati diatas keyakinan tersebut kecuali dia masuk syurga (HR Bukhari).

2). Dari Abu Bakar r.a berkata, Nabi saw bersabda : Brgsiapa bersaksi Tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah dgn sepenuh hatinya, maka dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yg dia kehendaki (HR Abu Yala).

3). Dari Ali r.a berkata, Nabi saw bersabda, Allah Swt berfirman dlm hadis qudsi: Sesungguhnya aku adalah Allah, Tiada yg berhak disembah selain aku. Brgsiapa yg mengakui ke-Esaanku maka dia masuk dlm bentengku, brgsiapa masuk dlm bentengku maka dia selamat dari azabku (HR Sairaji).4). Sekecil2 iman dlm hati maka akan Allah berikan syurga yg luasnya 10 kali dunia. (mahfum hadis)

Cara mendptkan:

1. Dakwahkan pentingnya iman yakin.

2. Latihan dgn cara memperbnyk halaqah2/majlis iman yakin (bicara atau dgr).

3. Berdoa kpd Allah agar diberikan hakikat iman dan yakin.

Maksud Muhammadar Rasulullah: Meyakini hanya satu2nya jln utk mencapai kejayaan dunia dan akhirat hanya dgn cara ikut sunat Rasulullah saw. Fadhilat:

1). Dari Itban Ibnu Malik r.a dari Nabi saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka atau dimakan api neraka org yg bersaksi bahawa Tiada yg berhak disembah selain Allah dan sesungguhnya saya (Muhammad saw) adalah utusan Allah (HR Muslim).

 2). Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw bersabda: Brgsiapa berpegang teguh dg sunahku dikala rusaknya umatku, maka baginya pahala satu org mati syahid (HR Tabrani).

 3). Brgsiapa menghidupkan sunahku, maka sungguh dia telah cinta padaku & brgsiapa telah cinta padaku, maka dia bersama aku di dlm syurga (HR Tirmizi)

Cara mendptkan :

Dakwahkan pentingnya menghidupkan sunat Rasulullah saw.

2. Latihan, iaitu dgn cara menghidupkan sunat Rasulullah saw dlm kehidupan kita selama 24 jam.

3. Berdoa kpd Allah agar diberikan kekuatan utk menghidupkan sunat.

B. SOLAT YANG KHUSYU DAN KHUDU 

Erti: Solat dgn tumpuan batin dan merendahkan diri dgn mengikut cara yg dicontohkan oleh Rasulullah saw. Maksud Solat Khusyuk dan Khuduk ialah membawa sifat2 ketaatan kpd Allah swt di dlm solat kedlm kehidupan sehari2. Fadhilat:

1. Allah berfirman: Sesungguhnya solat dpt mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut:45)

2. Allah berfirman: Carilah pertolongan Allah dgn sabar dan solat. (Al-Baqarah:45).

3. Solat adalah milahnya org beriman. (mahfum hadis).

4. Solat dpt menghapuskan dosa, (QS Huud:114)

Cara mendptkan:

1. Dakwahkan pentingnya solat.

2. Latihan dgn cara :
     a. Memperbaiki zahirnya solat.
     b. Menghadirkan keagungan Allah
     c. Belajar menyelesaikan masalah dgn solat

3. Berdoa kpd Allah agar diberikan hakikat solat khusyu dan khudu.

C. ILMU DAN ZIKIR

Erti Ilmu: Semua petunjuk yg dtg dari Allah swt melalui Baginda Rasulullah saw. Erti  zikir: Mengingat Allah sbgmn agungnya Allah. Maksud Ilmu Dan  zikir: Mengamalkan perintah Allah swt pada setiap saat dan keadaan dgn menghadirkan keagungan Allah didlm hati dan ikut cara Rasulullah saw. Ilmu dibagi 2 iaitu Ilmu Fadail (kelebihan) dan ilmu Masail (masalah).

Fadhilat Ilmu:

1). Dari Muawiyah r.a berkata: Saya mendgr Nabi saw bersabda: Brgsiapa yg Allah menghendaki kebaikan utknya, maka dia akan dipahamkan dlm agama. Saya hanya membagi dan Allah yg memberi (HR Bukhari).

2). Dari Abu Zar r.a  Rosulullah saw bersabda kpdku: Ya Abu Zar, sungguh kamu berangkat pagi2 utk belajar satu ayat dari kitab Allah, itu lebih baik bagimu dpd engkau solat 100 rakaat dan engkau berangkat pagi hari utk belajar satu bab dari ilmu, baik diamalkan atau tidak, itu adalah lebih baik bagimu dpd engkau solat 1000 rakaat (HR Ibnu Majah).

3). Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: Brgsiapa melalui satu jln utk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan dia jln menuju syurga (HR Muslim).

Cara mendptkan Ilmu Fadhail:

1. Dakwahkan pentingnya ilmu Fadhail.

2. Latihan: duduk dlm halakah taklim di rumah dan di masjid, mengajak manusia dlm halakah taklim, menghadirkan fadhilat dlm setiap beramal.

3. Berdoa agar diberi hakikat ilmu fadhail.

Cara mendptkan Ilmu Masail:

1. Dakwahkan pentingnya ilmu masail.

2. Latihan: duduk dlm majlis masail dg para ulama, bertanya masalah agama baik ubudiyah maupun muamalah, berziarah kpd para ulama.

3. Berdoa agar diberi hakekat ilmu masail.

Fadhilat  zikir:

1). Dari Abu Musa r.a berkata Nabi saw bersabda: Perumpamaan org yg ber zikir kpd tuhannya dan org yg tidak ber zikir kpa tuhannya spt org yg hidup dan org yg mati (HR Bukhari).

2). Allah swt berfirman: Ingatlah kpdku nescaya aku ingat kpdmu (Al-Baqarah:152)

3). Allah swt berfirman: Ingatlah, bahawa hanya dgn mengingat Allah hati menjadi tenang.

4). Allah berfirman: Ingatlah pada Ku nescaya Aku akan ingat kpdmu.

Cara mendptkan  zikir:

1. Dakwahkan pentingnya  zikir kpd Allah Swt.

2. Latihan dgn cara :

a. Setiap hari membaca Al-Quran (usahakan 1 juz 1 hari).

b. Membaca tasbihat, selawat dan istigfar masing-masing 100x. Ketika membaca tasbihat maka hadirkan kemahasucian Allah Ketika membaca selawat maka ingat jasa2 Rasulullah kpd kita. Ketika membaca istigfar maka hadirkan sifat Maha Pengampunnya Allah.

c. Amalkan doa-doa masnunah (harian).

3. Berdoa kpd Allah agar diberikan hakikat  zikir.

D. IKRAMUL MUSLIMIN 

Erti: Memuliakan sesama org islam/muslim. Maksud ikramul muslimin Menunaikan hak-hak semua org islam tanpa meminta hak dpdnya. Fadhilat:

1). Dari Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw bersabda: Brgsiapa yg menghilangkan satu kesusahan dari seorg muslim dri pada kesusahan2 dunia, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan dari kesusahan2 akhirat. (mahfum hadis).

2). Brgsiapa yg menutup aib seseorg muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat Allah swt akan selalu menolong seorg hamba selagi dia selalu menolong saudaranya (HR Tirmizi).

3). Senyummu didpn saudaramu adalah sedekah. (mahfum hadis).

Cara mendptkan :

1. Dakwahkan pentingnya ikram

2. Latihan dgn cara :
     
a. Memberi salam kpd org yg kita kenal ataupun yg tidak kita kenal.
     
b. Menyaygi yg muda, menghormati yg tua, memuliakan ulama dan menghormati sesama.
     
c. Berbaur dgn semua org yg berbeza-beza wataknya.

3. Berdoa kpd Allah agar diberikan ahlak sbgmn ahlak Rasulullah saw.

E. TASHIHUN NIAT (IKHLAS NIAT)

Erti: Membetulkan/meluruskan niat. Maksud tashihun niat ialah membersihkan niat pada setiap amalan semata-mata krn Allah swt. Fadhilat:

1). Dari Abu Umamah Albahili r.a berkata Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt tidak menerima amalan kecuali yg ikhlas dan mencari ridha Allah swt (HR Muslim).

2). Dari Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt tidak melihat bentuk rupamu dan hartamu tapi Allah swt melihat kpd hatimu dan amalanmu (HR Muslim).

3). Dari Saad r.a dari Nabi saw bersabda: Hanyalah pertolongan Allah swt kpd umat ini dgn sbb org2 yg lemah diantara mrk, iaitu dgn doa, solat dan keikhlasan mrk (Nasai).

Cara mendptkan:

1. Dakwahkan pentingnya ikhlas.

2. Latihan dgn cara setiap beramal periksa niat kita, seblm beramal, ketika beramal dan stlh beramal, bersihkan niat agar semata2 hanya krn Allah.

3. Berdoa kpd Allah agar diberikan hakikat ikhlas dlm beramal.

F. DAKWAH DAN TABLIGH (KHURUJ FI SABILILLAH) 

Erti: Dakwah mengajak, Tabligh menyampaikan dan khuruj fisabilillah adalah keluar di jln Allah. Maksud:

1. Memperbaiki diri, iaitu bgmn agar dpt menggunakan harta diri dan waktu sbgmn yg diperintahkan Allah.

2. Menghidupkan agama secara sempurna pada diri sendiri dan semua manusia diseluruh alam dgn menggunakan harta dan diri sendiri.

Fadhilat:

1). Allah swt berfirman: Tiada yg lebih bagus perkataannya melebihi org yg mengajak kpd Allah dan beramal soleh dan dia berkat : Sesungguhnya saya adalah termasuk org2 yg berserah diri kpd Allah (Al-Fushilat:33).

2). Dari Abi Masud Albadri Alansari r.a berkata Rasulullah saw bersabda: Brgsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendptkan pahala org yg mengamalkannya (HR Abu Daud).

3). Dari Anas r.a berkata Rasulullah saw bersabda: Sungguh sepagi atau septg dijln Allah itu lebih baik dpd dunia dan seisinya (HR Bukhari).

Cara mendptkan:

1. Dakwahkan pentingnya dakwah dan tabligh.

2. Latihan dgn cara: Keluar dijln Allah minimal 4 bln seumur hidup, 40h setiap tahun, 3hari setiap bln dan 2.5 jam setiap hari. Tingkatkan dgn cara bertahap2 menjadi 4 bln tiap tahun, 10hari tiap bln dan 8 jam setiap hari.

3. Berdoa kpd Allah agar diberikan hakekat dakwah dan tabligh iaitu dpt menggunakan harta, diri dan waktu utk kepentingan agama.

No comments:

Post a Comment