Betapa mulianya keperibadian Rasulullah ketika dilemparkan timbunan batu di Taif. Di setiap langkahnya, dia dilemparkan batu smpi berdarah2. Kalau hanya beberapa biji batu mungkin baginda tidak akan berdarah2 tapi baginda dilempar kan begitu bnyk batu smpi darah mengalir ke kakinya. Darahnya terus mengalir, mengalir, mengalir, sehingga sepatunya basah dgn darah. Manusia terbaik di jagat raya, seorg kekasih Allah ini pun pengsan tidak sedarkan diri. Hamba baginda yg juga anak angkatnya, Zaid mendukung baginda di blkg nya dan melarikan diri. Mrk terus melemparkan batu dan Zaid lari sekuat hati dan dia berlari sekuat tenaga dan akhirnya kelelahan.
Begitu bnyk darah mengalir, dia mendukung Rasulullah dan berlari, dia akhirnya smpi di sebuah kebun. Kebun siapa? Kebun musuh utama Rasulullah saw dari Mekkah. Utbah bin Rabi’ah. Siapakah Utbah? Dialah yg memegang bendera di perang Badar. Dan di perang Badar, dia juga kepala pasukan Quraisy. Ini adalah kebunnya. Tapi Zaid tidak dpt menemukan tmpt lain. Dia pun masuk ke dlmnya dan dia membaring kan Rasulullah di antara pokok2 anggur. Utbah adalah musuh utama yg sgt memusuhi dan keras kpd Rasulullah saw. Tapi ketika melihat keadaan baginda itu, hatinya pun tersayat2. Dai berseru sedih, “Apakah yg telah dilakukan penduduk Taif kpd Muhammad?” Celaka! Seorg musuh pun berduka utk Rasulullah tapi kita tidak berduka utk beliau. Kita tidak menghargai air mata beliau sama sekali.
Utbah begitu emosi sekali smpikan dia memetik anggur dan menyajikan disebuah bekas tapi ketika dia ingin memberikannya kpd Rasulullah, dia merasa malu dan segan. Kemudian dia mmggil Addas, hamba nya dan memintanya, “Berikan anggur ini pada pemuda yg terluka itu.” Lalu dia memohon pada baginda agar tidak menolaknya krn antara mrk berdua masih ada hubungan kesukuan. Ini adalah kesempatan emas bagi Utbah utk membunuh Muhammad saw krn sudah dari dulu dia mencari kesempatan ini. Tapi baygkan keadaan Rasulullah sehingga bahkan seorg musuh pun minitiskan air mata. Addas dtg dan menyajikan anggurnya. Rasulullah mengambil anggurnya utk dimakan dan mengucapkan bismillah. Addas rasa takjub, “Penduduk di sini tidak pernah mengucapkan itu.”
Baginda bertanya, “Dari mana asalmu?” Addas menjawab, “Aku dari Ninwa”. Rasulullah berkata, “Itu kota saudaraku, Yunus, Yunus a.s” Addas dgn takjub bertanya, “Bgmn kau boleh kenal dgn Yunus?” Rasulullah menjawab, “Aku seorg Rasul Allah dan seorg Nabi juga.” Addas langsung menunduk utk mengucup kaki Rasulullah dan masuk Islam. Rasulullah pun lupa dgn lukanya krn begitu gembira.
Dan cara Rasulullah memohon pada Allah tak mampu diungkapkan dgn kata2, sungguh sgt mengharukan. “Ya Tuhanku! Aku mengadu kpdMu! Aku mengadu kpdMu! Kpd siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kpd siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kpd kaum yg kejamkah yg membuatku spt ini. Engkau Maha Kuasa, Engkau tahu duka dan kesedihanku.” Doa baginda sgt menyentuh sehingga kelangit ketujuh dan Arasy berguncang. Jibrail sekita itu juga turun ke bumi bersama malaikat penjaga gunung, siap menerima perintah dari Rasulullah. “Jika kau mahu, aku boleh menimpakan gunung pada mrk.”
Tapi beliau Nabi pembawa rahmat, Nabi pembawa rahmat, Nabi pembawa rahmat. Celakanya bahkan kita tidak berkasih syg pada sesama kita. Kita terpecah belah sehinggakan tidak mengucapkan salam sesama kita, kita bahkan tidak saling mengajak utk solat. Pergilah ke Pakistan dan lihatlah muslim saling membenci saudaranya. Umat siapa ini? Islam mcm apa ini? (M Tariq Jamil).
No comments:
Post a Comment