Yg satu adalah “Wahid” dan yg lainnya adalah “Ahad”. Bagi kita keduanya tampak tidak terlalu berbeza. Waahid ialah sendiri, Ahad juga maksud sendiri. Wahid ertinya sesuatu yg Tiada perbandingnya. Aku dpt berkata “Aku adalah pemilik Waahid dari jubah ini”, Tiada org lain yg memilikinya. Tapi aku tak boleh kata “Aku adalah pemilik Ahad dari jubah ini.” Apa itu Ahad? Kau mencuba memikirkannya tapi tak mampu. Itulah Ahad. Kau ingin melihatnya tapi gagal melihatnya, itulah Ahad. Kau cuba membayangkannya tapi gagal membayangkannya, itu lah Ahad. Kau cuba mengkhayalkannya tapi tak dpt, itulah Ahad.
Kau cuba utk memahaminya tapi ini di luar dari pemahamanmu, itulah Ahad. Dia yg Tiada bandingannya, Itulah Ahad. Dia yg kau cari perbandingannya namun tidak ditemukan, itulah Ahad. Dia yg persamaannya kau cari namun tidak dpt ditemukan. itu lah Ahad. Dia yg cuba kau fikirkan namun tak dpt, itulah Ahad. Dia yg cuba kau bayangkan tapi tak mampu, Itulah Ahad. Dia yg tidak boleh dijelaskan dgn kata2 atau dgn khayalan. Dia yg tidak terikat dgn ruang dan waktu, Dia yg tidak terikat dlm struktur, Dia yg jauh jauh dari pandangan dan imaginasi seseorg, meskipun jauh namun Dia terasa begitu dekat, itulah Ahad. Qul Huawallahu Ahad… Katakan pada penduduk Kota Kinabalu bahawa pemilik langit dan bumi itu satu dan Dialah Allah.
Apakah ada yg lain selain dari Nya? Tidak…. Dia adalah Ahad… Ahad!!! Ketika Bilal r.a disiksa, dia terus berkata “Ahadun Ahad. Pukul aku, Ahadun Ahad. ”Dari lidahnya kau mendgr “Ahad.” Jadi tuan2, jika Allah mahu, para malaikat boleh mempunyai tongkat dan siapapun yg bohong akan kena pukul. Siapa pun yg tidak solat akan kena pukul. Yg tidak puasa akan dihukum. Yg berzina akan digantung terbalik, yg mabuk akan dipermalu kan dan diarak di jln agar malu. Allah punya kekuatan. Bahkan jika Dia tidak mengirimkan para malaikatNya, hanya dgn perintahNya, Dia boleh melakukan nya. Tapi tuan2… Dia berfirman, “Kami telah membuat hidup dan mati sbg ujian bagimu utk melihat yg mana di antara kalian yg menyenangkan Allah dan yg mana di antara kalian yg menuruti nafsunya.” (M Tariq Jamil).
No comments:
Post a Comment