Asas kerja ini adalah musyawarah. Dari musyawarah Nizamuddin dibawa ke musyawarah Indonesia, kemudian dibawa ke musyawarah markaz provinsi, lalu dibawa ke musyawarah mahalla. Jadi kita harus berpegang dgn rantaian ni, Allah SWT perintah kita berpegang dengan tali Allah. Musyawarah ini lah tali Allah itu.
Jadi dalam usaha dakwah tabligh ini kita harus berpegang dengan keputusan musyawarah yang dibuat bersama Nizamuddin, apakah yang dimaksudkan dengan Nizamuddin tu? Bangunannya kah, atau orang lama dalam bangunan itu?*
Yang dimaksudkan dengan orang Nizamuddin itu adalah orang-orang lama di Nizamuddin itu, yakni Maulana Ibrahim, Maulana Ahmad Lat, Maulana Yakkub. Mereka inilah orang-orang yang telah buat usaha sezaman dengan Hadzratji Maulana Yusuf Rah. Begitu juga dengan Haji Abdul Wahhab Shab, beliau juga adalah orang Nizamuddin kerana *Haji Abdul Wahhab Shab* sudah buat usaha bersama Maulana Ilyas Rah. dan sering duduk dalam musyawarah di Nizamuddin yakni semenjak tahun 1938 yang mana pada ketika itu belum wujud lagi India dan Pakistan, asalnya India adalah satu negara dan kemudian tahun 1947 dipecahkan oleh Inggris menjadi dua negara, India dan Pakistan.
Disebabkan itu Maulana Saed Ahmad Khan Rah. juga adalah orang Nizamuddin kerana asal dari India dan selalu duduk dalam musyawarah Nizamuddin tetapi setelah bertahun-tahun menetap di Saudi kerana tanggungjawabnya sebagai Amir di Madinah, ketika beliau ingin pulang ke Nizamuddin, pemerintah India telah deportasi beliau maka pemerintah Pakistan terima beliau dan beri kewarganegaraan Pakistan.
Namun perpecahan negara India dan Pakistan ini bukan bermakna Maulana Saed Ahmad Khan Rah. dan Haji Abdul Wahhab Shab ini sudah kehilangan status sebagai orang Nizamuddin, yang dimaksudkan dengan orang Nizamuddin adalah orang lama yang telah buat usaha sezaman dengan Hadzratji-hadzratji kita dulu, dan masih berpegang dengan mansya Hadzratji-hadzratji kita dulu.
Oleh itu yang dimaksudkan dengan berpegang kepada keputusan musyawarah yang dibuat bersama orang Nizamuddin adalah bermaksud berpegang dengan musyawarah yang dibuat bersama orang-orang lama ini, yakni Haji Abdul Wahhab Shab, Maulana Ibrahim, Maulana Yakkub, Maulana Ahmad Lat dll.
Apabila kita pisahkan diri dari musyawarah bersama orang-orang lama ini, maka kita adalah umpama layang-layang yang terputus talinya. Bukannya terbalik seperti mereka orang katakan ibaratnya layang-layang terputus tali adalah orang2 yang pisahkan diri dari musyawarah di bangunan Nizamuddin. Jika begitu adakah Haji Abdul Wahhab Shab, Maulana Ibrahim, Maulana Yakkub, Maulana Ahmad Lat dll ini sudah menjadi layang-layang yang terputus tali? *Adakah keputusan musyawarah bersama mereka orang lama ini adalah tidak sah? Adakah kita berani kata mereka ini semua pendusta?* (Naudzubillah.)
Dan kini orang lama yang berpegang dengan mansya Nizamuddin yakni Haji Abdul Wahhab Shab, Maulana Ibrahim, Maulana Yakkub, Maulana Ahmad Lat, dll mereka ini semua sudah tiada di bangunan Masjid Banglawali di Nizamuddin Kerana apa? *Kerana keadaan di Nizamuddin sudah tidak seperti dulu*
Oleh itu untuk menyelamatkan usaha agama ini orang-orang tua kita yang kita telah tinggalkan Nizamuddin dan baru-baru ini mereka telah berkumpul dan musyawarah di Raiwind. Walaupun mereka berkumpul dan musyawarah di Raiwind tapi mereka masih adalah orang-orang yang sama yang telah buat usaha berpuluh-puluh tahun di Nizamuddin dan masih membawa mansya Nizamuddin.
Kesimpulannya, dari segi rantaian keputusan musyawarah dalam usaha dakwah Tabligh ini, Musyawarah di Raiwind lah yang kita mesti taat. Bukannya keputusan musyawarah di Nizamuddin sekarang, kerana musyawarah di Nizamuddin sekarang sudah tidak lagi dikendalikan oleh orang-orang lama yang buat usaha di zaman Hadzratji Maulana Ilyas Rah., Hadzratji Maulana Yusuf Rah., dan Hadzratji Maulana In'amul Hassan Rah. Musyawarah di Nizamuddin kini sudah tidak dikendalikan oleh orang yang membawa mansya yang sama seperti mansya Hadzratji-hadzratji dulu.
Dan antara keputusan musyawarah semasa Jur Kudama di Raiwind Maret 2017 adalah usaha ini dijalankan dibawah arahan jemaah Syura Dunia/Alami dan tiada lagi baiat, tiada lagi Hadzratji. Namanya Hadzratji mesti dilantik dalam musyawarah bersama jemaah elders, setelah jemaah elders bersetuju barulah keputusan dibuat. Hadzratji bukannya dilantik secara automatis ataupun diangkat oleh orang banyak, ini bukan jabatan dunia.
Kalau jabatan dunia dibuat seperti itu yaitu diangkat oleh orang banyak seperti diangkatnya seorang presiden maka mereka punya urusan lah, tapi Hadzratji ini adalah tanggungjawab agama. Dan Hadzratji yang terakhir Maulana In'amul Hassan Rah. sendiri telah buat keputusan untuk tidak melantik Hadzratji baru, sebaliknya Hadzratji Rah. telah melantik jemaah Syura yang kita gelarkan hari ini dengan gelaran Syura Alami. Maka kita taat saja lah, dan ini lah perkara yang haq, tidak belat belit cerita dan salah gunakan sirah Nabi dan Sahabat untuk menegakkan benang yang basah.
Maka berikut adalah susunan rantaian musyawarah dalam meneruskan kerja dakwah tabligh ini:
1) Musyawarah bersama jemaah Syura Alami apabila mereka berkumpul di Raiwind atau Mekah atau lain-lain tempat.
2) Musyawarah bersama orang tanggungjawab kepada Syura2 di Indonesia .
3) Musyawarah bersama orang tanggungjawab di provinsi masing-masing.
4) Musyawarah di mahallah masing-masing.
Oleh itu tak perlulah kita kata, “ini masalah orang atas, biar orang atas yang selesaikan”. Ya betul itu, masalah sudah selesai dan Keputusan pun sudah keluar, yakni taat Syura Alami dan kita buat kerja seperti biasa.
No comments:
Post a Comment