Wednesday, February 18, 2015

CARA MEMPERBAIKI SOLAT KITA

Syeikh Abdul Wahab mengatakan:

1). Perhatikan zahir, kesucian, gerakan, bacaan dalam solat

2). Perhatikan Bathin (hilangkan hasad,riya dll)

3). Berlatih lagi dan lagi agar tawajjuh sampai kita tak ingat apa apa kecuali Allah swt.

4). Zikir seorang diri denga tawajjuh, taqarrub dan hadirkan seolah olah Allah sedang melihat kita.

5). Membaca Al-Quran dengan tawajjuh seolah membacanya dihadapan Allah seperti murid membacanya didepan guru.

6). Bersyukur kepada Allah dan menganggap solat yang kita kerjakan semata taufiq dari Allah swt bukan kerana kekuatan kita.

7). Sering berbicara tentang kehebatan Allah swt diluar solat dan duduk di majlis iman dengan tawajjuh agar masuk keyakinan yang benar, kerana orang yang solat dengan yakin fasad maka solatnya tak diterima.

8). Mendakwahkan Qudratullah (kekuasaan Allah) kepada setiap orang sampai yakin masuk kedalam hati.

9). Banyak Istighfar agar diberi jalan keluar untuk dapat solat dengan khusyu.

10). Tidak banyak berkata yang sia-sia diluar solat dan tidak menggibbah.

11). Tidak makan uang Riba.

12). Memperhatikan makanan harus benar benar halal.

13). Ketika azan berbunyi maka langsung kita merenungi perintah perintah Allah yang berkenaan dengan solat baik Al-Quran maupun Al Hadits.

14). Hadirkan Enam Perkara dalam Amalan yaitu:

1. Yakin Shoheh,
2. Niat semata kerana Allah, 
3. Cara Rasulullah saw, 
4. Dihan/tawajjuh saat beramal merasa dilihat Allah , 
5. Hadirkan Fadhilah, 
6. Mujahadah atas Nafsu (Adab dari awal sampai akhir amal).

No comments:

Post a Comment