Wednesday, February 18, 2015

BAGAIMANA CARA BERWUDHU?

Suatu ketika Maulana Ilyas minta diajari wudhu oleh seorang Ulama. Ulama itu bertanya, “Kenapa belajar wudhu kepada saya?”

Maulana Ilyas rah jawab, “Ibnu Abbas belajar wudhu dari Rasulullah saw kemudian belajar wudhu dari Abu Bakar ra, di zaman Umar ra belajar dari nya, bagaimana cara wudhu Rasulullah saw.”

Untuk itulah saya ingin belajar wudhu langsung dari anda! Kerana orang yang belajar wudhu langsung dari seorang Ulama maka Solatnya akan diterima Allah Swt. (H.Sahb)

Jika kita terus usaha betulkan solat, maka solat akan betulkan hidup kita. (H.Sahb)

Orang yang yakin bahawa toko yang memberi rezeki, kemudian dirikan solat maka solatnya tak diterima Allah swt (H. Sahb). Toko hanya perantara saja, yang memberi rezeki adalah Allah!

Orang sakit yang yakin bahawa hanya dengan obat dia boleh sembuh maka akan boleh susah selama-lamanya kerana imannya telah jadi fasad (rusak). 

Tapi orang yang yaqin bahawa Allah yang boleh sembuhkan penyakit, terus dia solat 2 rakaat lalu berdoa minta kesembuhan kepada Allah terus berobat, maka sembuh tidak sembuh, Allah akan berikan dia ketenangan dunia dan akhirat! 

Jika kenikmatan solat sudah dirasakan maka kenikmatan tidur akan berkurang.

No comments:

Post a Comment