Kalau usaha dakwah tabligh ini tidak dilakukan para Nabi a.s dan para sabahat r.a.hum, tuntut lah saya di akhirat. Kalau usaha dakwah dan tabligh ini tidak diredhai Allah s.w.t, tuntulah saya di akhirat. Kalau saudara/saudari tidak menjumpai saya di akhirat, katakan kepada Allah s.w.t bahawa saudara2 telah saya sesatkan kerana mengikut Jamaah Tabligh. Kalau saudara/saudari jadi rosak kerana ikut khuruj 4 bulan, tuntutlah saya di akhirat dan saya diap masuk neraka kalau usaha ini tidak diredhai oleh Allah s.w.t
Kalau boleh saya mengajak saudara-saudara dengan sambil memohon dengan mencuci kaki saudara, menyuapi saudara dan kalau lah boleh sesama manusia ini bersujud maka saya akan bersujud kepada saudara/saudai supaya meluangkan waktu 4 bulan untuk agama. Itu janji saya kepada saudara/saudari sekalian. Saudara/saudari saksi saya, malaikat dan Allah s.w.t yang Maha Mengetahui... Yaa Allah... Sesungguhnya hidayah adalah milik dan kuasamu.
"Maka berjalanlah kamu (kaum musyrikin) di muka bumi selama empat bulan dan ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat melemahkan Allah, dan sesungguhnya Allah menghinakan orang-orang kafir.(At Taubah: 2).
No comments:
Post a Comment