Friday, January 10, 2014

BAGAIMANA RASULULLAH BERSIWAK

Apa itu siwak? Siwak (atau disebut juga miswak) merupakan kayu dari ranting pohon Aarak atau Peelu, yang lazim terdapat di jazirah Arab. Nama latinnya: Salvadora Persica. Siwak inilah yang biasa digunakan sebagai berus gigi sekaligus pasta gigi yang terkenal di jazirah Arab.

Keutamaan bersiwak sangat banyak. Bahkan penelitian-penelitian modern menemukan bahwa siwak lebih baik dan alami berbandign berus dan pasta gigi yang sekarang beredar luas. Rasulullah s.a.w pun sangat menyukai bersiwak (memberus gigi dengan siwak).

Cara Rasulullah SAW bersiwak adalah sebagai berikut:

1). Berdoa sebelum bersiwak. Salah satu doa yang dicontohkan Rasulullah s.a.w adalah: “Allahumma thahhir bissiwaak Asnaaniy, wa qawwiy bihi Litsaatsiy, wa afshih bihi lisaniy“, yang ertinya “Wahai Allah sucikanlah gigi dan mulutku dg siwak, dan kuatkanlah Gusi gusiku, dan fashih kan lah lidahku”.

2). Memegang siwak dengan tangan kanan atau tangan kiri (ada perbedaan pendapat tentang hal ini) dan meletakkan jari kelingking dan ibu jari di bawah siwak, sedangkan jari manis, jari tengah, dan jari telunjuk diletakkan di atas siwak.

3). Bersiwak dimulai dari jajaran gigi atas-tengah, lalu atas-kanan, lalu bawah-kanan, lalu bawah-tengah, lalu atas-tengah, lalu atas-kiri, lalu bawah-kiri. Jadi seperti angka 8 yang ditulis rebah

4). Langkah ke-3 di atas dilakukan 3x putaran;

5). Selesai bersiwak, mengucapkan hamdalah, “Alhamdulillah“.

Kapan saja bersiwak? Rasulullah mencontohkan waktu-waktu utama bersiwak adalah sebagai berikut:

1). Hendak berwuduk dan solat.
2). Ketika akan memasuki rumah.
3). Ketika bangun tidur. 
4). Ketika sedang berpuasa.
5). Ketika hendak membaca Al-Quran.

Beberapa hal lain yang pernah Rasulullah s.a.w contohkan tentang bersiwak:

1). Cucilah siwak sebelum menggunakan dengan air bersih.
2). Sebelum digunakan, sebaiknya siwak diperbaiki/diperbagus terlebih dahulu.
3). Boleh menggunakan siwak orang lain setelah dibersihkan.
4). Bersungguh-sungguhlah ketika bersiwak.
5). Boleh bersiwak di hadapan orang lain (tidak harus sembunyi-sembunyi).

Wallahu’alam bissahawab.

Rujukan:

1). Rasulullah s.a.w bersabda, “Siwak merupakan kebersihan bagi mulut sekaligus keredaan bagi Rabb.” (Riwayat Ahmad)

2). Sabda Nabi s.a.w, “Kalau bukan kerana akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wuduk." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w mengucapkan, “Kalau bukan kerana akan memberatkan umatku tentulah kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

3). Diriwayatkan dari Syuraih bin Hani, dia berkata: “Aku bertanya kepada Aisyah, ‘Apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah jika memasuki rumahnya?” Aisyah menjawab, “Bersiwak”. (Riwayat Muslim).

4). Nabi Muhammad s.a.w mencontohkan bersiwak setiap kali bangun tidur, termasuk saat bangun malam. (Riwayat Bukhari, Muslim, dan Ibnu Majah).

5). Aisyah menyebutkan, “Rasulullah tak tidur pada malam atau siang hari lalu beliau bangun kecuali bersiwak terlebih dahulu sebelum wuduk.” (Riwayat Abu Daud).

6). Dari Amir bin Rubaiah, ia berkata: “Aku melihat Rasulullah bersiwak (berulang kali hingga aku tidak bisa menghitungnya), padahal beliau sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi).

7). Dari Ali ibn Thalib r.a, ia berkata: “Rasulullah memerintahkan kami bersiwak: ‘Sesungguhnya seorang hamba jika berdiri menunaikan solat, malaikat lalu mendatanginya, berdiri di belakangnya mendengar bacaan Al-Quran dan mendekat. Malaikat terus mendengar dan mendekat sampai ia meletakkan mulutnya di atas mulut hamba tersebut, hingga tidaklah dia membaca satu ayat pun kecuali malaikat berada di rongganya.” (Riwayat Baihaqi)

8). Aisyah r.a mengabarkan,”Nabi s.a.w pernah bersiwak lalu memberiku siwak tersebut utk kucuci. Lalu aku menggunakan utk bersiwak kemudian mencuci setelah menyerahkan kepada beliau.”

9). Musa Al-Asy‘ari r.a menceritakan:“Aku pernah mendatangi Nabi s.a.w ketika itu beliau sedang bersiwak dgn siwak basah. Ujung siwak itu di atas lidah beliau dan beliau mengatakan “o’ o’″ sedangkan siwak di dlm mulut beliau seakan-akan beliau hendak muntah.” 

No comments:

Post a Comment