Friday, January 10, 2014

KEBIASAAN RASULULLAH DI RUMAH

Rumah seseorang adalah gambaran keluhuran akhlaknya. Kerana rumah adalah tempat di mana dia boleh melakukan apa pun yang disenanginya. Marilah kita melihat sejenak bagaimana aktiviti Rasulullah di dalam rumahnya selaku pemimpin dan panutan umat yang memiliki kedudukan yang mulia.

“Aisyah r.a pernah ditanya, ‘Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah di dalam rumah?’ ia menjawab, ‘Beliau adalah seorang manusia biasa. Beliau menambal pakaiannya sendiri, memerah sapi dan melayani diri beliau sendiri’.” (HR. Ahmad)

Demikianlah contoh sikap tawaduk dan rendah hatinya beliau. Beliau tidak pernah memberatkan orang lain dalam hal apa pun. Beliau turut mengerjakan pekerjaan rumah tangga. Seorang hamba Allah yang telah dimuliakan, namun tidak segan untuk melakukan hal itu.

Dari rumah yang penuh berkat itulah memancar cahaya Islam. Beliau sendiri seringkali tidak mendapatkan makanan yang dapat mengganjal perut. An-Numan bin Basyir menuturkan kepada kita tentang keadaan Rasulullah s.a.w,

“Aku telah menyaksikan sendiri keadaan Rasulullah Saw, dalam keadaan tidak mendapatkan kurma yang jelek sekali pun yang dapat mengganjal perutnya,” (HR. Muslim)

Aisyah r.a. menuturkan, “Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak pernah menyalakan tungku masak selama sebulan penuh, makanan kami hanyalah kurma dan air.” (HR. Bukhari)

Tidak ada satu perkara pun yang melalaikan Rasulullah dari beribadah dan taat kepada Allah. Ketika azan telah berkumandang, beliau akan segera bangkit menuju masjid dan meninggakan segala pekerjaannya.

Diriwayatkan dari al-Aswad bin Yazid, ia berkata, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah, ‘Apakah yang biasa Rasulullah lakukan di dalam rumah?’ Aisyah menjawab, ‘Beliau biasa membantu keluarga, apabila beliau mendengar seruan azan, maka beliau segera keluar (untuk menunaikan solat).” (HR. Muslim)

Tidak ada satu riwayat pun yang menjelaskan bahwa beliau solat di rumah, kecuali ketika sakit demam yang sangat parah hingga mengantarkan beliau bertemu dengan Allah.

Di samping sikap beliau yang lemah lembut dan penuh kasih sayang, namun beliau sangat marah terhadap orang yang meninggalkan solat fardhu berjamaah (di masjid). Beliau bersabda, “Sungguh betapa ingin aku memerintahkan muadzin mengumandangkan azan lalu iqamat, kemudian aku memerintahkan seseorang untuk mengimami solat lalu aku berangkat bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju kaum yang tidak menghadiri solat jamaah, untuk membakar rumah-rumah mereka.” (HR. Muttafaq alaih). 

No comments:

Post a Comment