Monday, January 6, 2014

KISAH ULAR DAN GERGAJI

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Lalu ia pun marah dan membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulut ular. Berbekalkan rasa marah dan sakit yang amat sangat, ular itu makin marak marahnya. Ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan  'musuh' tersebut. 

Lalu ular pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ. Iktibar atau pengajarannya. Pada saat beremosi jangan leka dan marah kerana mudah sekali bagi kita untuk menyinggung, melukai dan menyakiti perasaan orang lain.Padahal kalaulah benar-benar kita sedar dan insaf..sebenarnya yang terluka dan tersakit itu adalah diri kita sendiri.Disaat marah, jangan tumpukan hati terhadap lawan tapi berinteraksilah dengan hati dan nafsu sendiri untuk mengawalnya, kerana lawan kita bukanlah musuh kita itu tapi lawan kita yang sebenar ialah nafsu dan ego yang berada dalam diri kita. 

Sabda Rasulullah saw: “Musuhmu yang paling ketat ialah yang berada diantara dua sisi badanmu iaitu nafsumu”. Sabda Baginda lagi: “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk dan bergaduh, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah”.

No comments:

Post a Comment