Sepertimana kita kenakan pakaian pada zahir anggota badan maka demikianlah batin kita memerlukan pakaian untuknya kerana sesuatu yang dipakaikan pakaian adalah lebih terpelihara dan terlindung. Batin manusialah yang lebih berhak untuk mendapat keutamaan serta dititikberatkan pakaiannya. Dan sebaik-baik pakaian ialah taqwa. Firman Allah: “Dan pakaian taqwa itulah yang paling terbaik” (Surah Al-Akraf:26)
Tukarlah pakaian yang selama ini kamu kenakan kepada pakaian untukmu dari Allah s.w.t yang tidak dapat rosak dan tidak memerlukan gantian. Kerana Allah s.w.t akan mengantikan pakaian taqwamu. Tinggalkan sikap sibuk dengan makhluk dan bersekutu dengan mereka. Tukarlah pakaian syahwat, sombong, ujub, nifaq, suka dipuji makhluk, senang disanjung dan cinta kedudukan di mata manusia. Letakkan dirimu di hadapan Allah Azaza Wajalla dengan tiada daya, kekuatan dan tidak bersama apa-apa, juga dengan tanpa syirik dengan makhluk.
No comments:
Post a Comment