“Muhammad bin al-Mushaffa al-Himshi menyampaikan kepada kami dari Baqiyyah, dari Abdullah bin Waqid, dari Muhammad bin Ajlan, dari Amr bin Syu'aib, dari ayahnya bahawa datuknya berkata: “Rasulullah s.a.w telah melarang duduk dengan memeluk lutut pada hari Jumaat yakni ketika imam sedang berkhutbah”. (HR Ibnu Majah)
Zubair bin al-Awwam r.a berkata:
مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَكُونَ لَهُ خَبْءٌ مِنْ عَمَلٍ صَالِحٍ فَلْيَفْعَلْ
“Sesiapa daripada kalian yang mampu menyembunyikan amal solehnya, lakukanlah hal tersebut”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab az-Zuhud).
سفيان بن عيينة ، قال : قال أبو حازم اكتم حسناتك أشد مما تكتم سيئاتك
Sufyan bin Uyainah berkata: Abu Hazim berkata: Sembunyikan kebaikan-kebaikan kamu melebihi kalian menutup keburukan-keburukan kalian. (Hilyatul Awliya)
Nabi Musa bersama 70,000 umatnya melakukan solat istisqa iaitu solat memohon agar Allah s.w.t menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui Nabi Musa a.s digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah s.w.t. Maka Nabi Musa a.s pun berbicara dengan Allah s.w.t:
“Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku”.
Lalu Allah s.w.t menjawab: “Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat”.
Sejurus itu bertanya Nabi Musa a.s kepada umatnya: “Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini”.
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah s.w.t mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu. Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa a.s kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.
Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah s.w.t lagi: “Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?”
Lalu, Allah s.w.t menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah: “Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?”
Allah swt menjawab: “Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Ku?”
*JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG*
*TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA*
*UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA*
*DUNIA DIPENUHI KINI DENGAN BENDA-BENDA YANG BATIL, JANGAN DITAMBAH LAGI*
No comments:
Post a Comment