Krn sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah, 24 Peringatan Buat Wanita:
1. Urusan pertama yg ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah menjlnkan kewajipannya atau tidak).
2. Apb wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tgnnya kpd suaminya (meminta ampun).
3. Mana2 perempuan yg memakai bauwan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mrk tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap2 mata yg memandang itu adalah zina.
4. Sebaik2 wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yg mustahak. Wanita yg keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi saw., “Perempuan itu aurat, maka apb ia keluar mendongak syaitan meman-dang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sbgmn lelaki haram melihat wanita yg halal nikah (kecuali dlm urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah saw. bersama isteri2nya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), dtg seorg sahabat yg buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah saw. menyuruh isteri2nya masuk ke dlm. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah org itu tidak dpt melihat kami, Ya Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Bukankah kamu dpt melihatnya.”
7. Perempuan yg melabuhkan pakaian dlm keadaan berhias (bukan utk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana2 wanita yg bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorg isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dgn suaminya yg telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (krn sesuatu urusan yg mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jln lalu lalang melainkan di tepi2nya.
12. Apb memanggil lelaki akan isterinya ke tmpt tidur ttp ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dlm laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita2 yg menggunakan lidahnya utk menyakiti hati suaminya, ia akan mendpt laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorg manusia sujud kpd manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya krn membesar kan dan memuliakan hak-hak suami mrk.
15. Wanita yg menyakiti hati suaminya dgn lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepjg 70 hasta kemudian diikat ke blkg lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat spt hari ini, krn ada peman-dangan yg dahsyat di dlmnya. Telah aku saksikan kebnykan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah saw. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah saw. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kpdnya seberapa bnyk pun dia masih blm rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebnykan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mrk dan bertanya salah seorg dpd mrk, “Mengapa terjadi demikian, adakah krn mrk berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi saw. “Tidak, mrk ini ialah mrk yg tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorg kamu adalah dlm nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorg lelaki di dlm neraka dan 2 kali ganda seorg lelaki di dlm syurga.
19. “Kebnykan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah saw.?” Jawab Rasulullah saw.:
i. Krn kebnykan perempuan itu tidak sabar dlm menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan spt kesakitan melahirkan anak, mendidik anak2 dan melayani suami serta melakukan kerja2 rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yg didtgkan melalui suaminya. (Jarang terdpt org perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apb berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yg berkata sudah 10 tahun kahwin dgn awak Tiada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yg sia-sia yg berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot2 rumah yg tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dlm agama iaitu mrk sering tertipu atau terpengaruh dgn pujuk rayu lelaki, rakan2, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dgr Rasulullah saw. bersabda, “3 golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mrk itu adalah:
a. Org yg gemuk tapi kurus
b. Org yg berpakaian ttp telanjang
c. Org yg alim tapi jahil
* Adapun yg gemuk tapi kurus itu ialah wanita yg sihat tubuh badannya ttp kurang ibadat.
* Org yg berpakaian ttp telanjang ialah wanita yg cukup pakaiannya ttp tidak taat agama.
* Org yg alim tapi jahil ialah ulama yg menghalalkan yg haram krn kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kpd puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yg blm engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tmpt bernaung). Jadilah engkau sbg lantai supaya ia dpt menjadi tiangnya. Jgn engkau bebani dia dgn berbagai kesukaran krn itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendktimu, dktilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dan baik. Peliharalah benar2 suami mu itu akan hidungnya, pendgrannya, matanya dll. Jgnlah pula ia mendgr melainkan yg enak dan jgnlah ia melihat melainkan yg indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kpd anaknya, “Sepjg hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yg lalu iaitu:”
a. Apb engkau sdg solat kpd Allah swt maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apb engkau berada di rumah org lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apb engkau berada di tengah2 majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apb engkau hadir dlm jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kpd Allah swt
f. Lupakan budi baik mu pada org lain.
g. Lupakan semua kesalahan org lain terhadap mu.
h. Ingat kpd mati.
23. Perkara2 yg menjadikan wanita itu durhaka kpd suaminya spt tersebut di dlm kitab Muhimmah:
a). Menghalang suami dari bersuka2 dgn dirinya sama ada utk jimak atau menyentuh mana2 bahagian tubuhnya.
b). Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c). Keluar rumah krn belajar ilmu yg bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar utk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d). Tidak mahu berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e). Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f). Memasam muka ketika berhadapan dgn suami.
g). Minta talak.
h). Berpaling atau memblkgi suami ketika bercakap.
i). Menyakiti hati suami sama ada dgn perkataan atau perbuatan.
j). Meninggalkan tmpt tidur tanpa izin.
k). Membenarkan org lain masuk ke dlm rumah sdgkan ia tidak disukai oleh
suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata2 dan suruhannya.
d. Dgr dan diam ketika suami berkata2.
e. Berdiri menyambut kedatgnnya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yg harum utk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut utk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yg kecil sbg besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorg wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya. Semoga Bermanfaat.
No comments:
Post a Comment