Pembuka Pintu Rezeki, kumpulan doa amalan zikir Pembuka Pintu Rezeki:
1) Membaca SURAH AL-WAQIAH. Sabda Rasulullah saw:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yg membaca surah al-Waqiah pada setiap mlm ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (HR Ibn Masud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
Sabda Rasulullah saw:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kpd anak2 kamu.” (HR Ibn Mardawaih dpd Anas: Kasyf al-Khafa).
2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yg Maha Esa; “Allah Yg menjadi tumpuan sekalian makhluk utk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan Tiada sesiapapun yg serupa dgnNya”.
Sabda Rasulullah saw: Sesiapa yg membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran dpd ahli rumahnya dan jirannya. (Dpd Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; dpd Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)
Sabda Rasulullah saw: Sesiapa yg membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran dpd ahli rumahnya dan jirannya. (Dpd Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; dpd Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)
3) Sabda Rasulullah saw: “Wahai Muaz! Aku mahu ajarkan engkau sebuah doa. Jika engkau menanggung segunung hutang lalu engkau membacanya nescaya Allah menunaikannya utk engkau. Bacalah: قل الله مالك اللمك…. (Ayat dan doa di bwh).” (Kanz al-Ummal).
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ
مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ
الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ
، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ،
وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ
حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ
تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي
بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yg mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yg memberi kuasa pemerintahan kpd sesiapa yg Engkau kehendakidan Engkaulah yg mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yg Engkau kehendaki. Engkaulah juga yg memuliakan sesiapa yg Engkau kehendakidan Engkaulah yg menghina sesiapa yg Engkau kehendaki. Dlm kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. “Engkaulah (wahai Tuhan) yg memasukkan waktu mlm ke dlm waktu siangdan Engkaulah yg memasukkan waktu siang ke dlm waktu mlm. Engkaulah juga yg mengeluarkan sesuatu yg hidup dari benda yg matidan Engkaulah yg mengeluarkan benda yg mati dari sesuatu yg hidup. Engkau jualah yg memberi rezeki kpd sesiapa yg Engkau kehendaki, dgn tiada hitungan hisabnya”. Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayg di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua2nya kpd sesiapa yg Engkau mahu. Engkau menahan kedua2nya terhadap sesiapa yg Engkau mahu. Rahmatilah aku dgn suatu rahmat yg mencukupi utkku berbanding rahmat yg ada pada selainMu.”
4) Sabda Rasulullah saw: “Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sbg suatu perniagaan, nescaya rezeki akan dtg kpd kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di bwh) Riwayat dpd Mu‘az bin Jabal: Majma‘ al-Zawaid, Kanz al-Ummal.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ
يَحْتَسِبُ
“Dan sesiapa yg bertaqwa kpd Allah (dgn mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jln keluar (dari segala perkara yg menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jln yg tidak terlintas di hatinya.”
5) Syaidina Ali mengatakan kpd seseorg yg dtg kpdnya: “Aku mahu mengajar kamu kalimah yg diajar oleh Rasulullah kpdku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah: اللهم اكفني بحلالك… (Doa di bwh).” (Riwayat dpd Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).
الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ
“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dgn suatu yg halal berbanding suatu yg haram yg telah Engkau ttpkan. Dan berilah aku kekayaan dgn kelebihan dpd Engkau berbanding selain Engkau.”
6) Sabda Rasulullah saw: “Bacalah:(Doa di bwh).” (Riwayat dpd Abu Hurairah: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Sahih).
الَّلهُمّ رَبَّ السَّماوَاتِ السَبْعِ ، وَرَبَّ العَرْشِ العَظِيْـمِ ، رَبَّنَا
وَرَبَّ كلِّ شَيْءٍ ، وَمُنْزِلَ التَوْرَاة وَالإِنْجِيْلَ وَالقُرْآنَ ، فَالِقَ
الْحَبِّ والنَّوَى ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شرِّ كُلِّ ذِي شَرٍّ أَنْتَ آخِذٌ
بِنَاصِيَتِهِ ، أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الآخِرُ
فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، والظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَالبَاطِنُ
فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عنِّي الدَّيْنَ وَاغْنِنِي مِنَ الفَقْرِ
“Ya Allah, Tuhan bagi tujuh lapisan langit, juga Tuhan Arasy yg agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yg menurunkan Taurat, Injil dan Quran. Yg menumbuhkan tumbuh2an dan menghasilkan buah2an. Aku mohon berlindung dgnMu dpd kejahatan segala suatu yg jahat yg ubun2nya di dlm genggaman Mu. Engkaulah yg awal, tiada suatu pun yg seblm Engkau. Engkaulah yg akhir, tiada suatu pun yg selepas Engkau. Engkaulah yg zahir, tiada suatu pun yg di atas Engkau. Engkaulah yg batin, tiada suatu pun yg di bwh Engkau. Tunaikan lah hutangku dan berilah aku kekayaan dpd kefakiran.”
7) Pada suatu hari Rasulullah saw masuk ke masjid lalu terserempak seorg yg dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kpdnya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, knp?” Jwb Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jwb Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apb tiba waktu pagi dan ptg bacalah:
اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن…
(Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (HR Abu Daud dr Abu Said al-Khudri).
الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ
العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ
بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, aku berlindung dgnMu dpd dukacita dan rasa sedih; aku berlindung dgnMu dpd lemah dan malas; aku berlindung dgnMu dpd sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dgnMu dpd bebanan hutang dan penindasan org.”
8) Diriwayatkan dpd ‘Aisyah ra katanya: “Abu Bakar dtg kpdku lalu berkata: Adakah engkau telah mendgr dpd Rasulullah saw sebuah doa Baginda ajarkan kpd. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat2 baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yg berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dgn doa ini nescaya Allah tunaikan utknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dgn doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dpt melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kpdku sehingga aku dpt bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ،
رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي
بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ
“Ya Allah, Yg Meleraikan dukacita, Yg Melapangkan kekusutan, Yg Menyahut seruan org yg susah, Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayg di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dgn suatu rahmat yg mencukupi utkku berbanding rahmat yg ada pada selainMu.”
9) Sabda Nabi saw: “Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yg berdukacita, berada dlm kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebnyk 3 kali, nescaya dimakbulkan utknya.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari org2 yg menganiaya diri sendiri.”
No comments:
Post a Comment