Friday, February 14, 2014

AMALAN SUNAT AGAR DI AMPUNI DOSA SEBANYAK BUIH DI LAUTAN

1). Telah menceritakan kpdku Abdul Hamid bin Bayan Al Wasithi telah mengabar kan kpd kami Khalid bin Abdullah dari Suhail dari Abu ‘Ubaid Al Mazhiji. (Muslim menjelaskan bahawa Abu Ubaid adalah mantan hamba Sulaiman bin Abdul Malik) dari Atha bin Yazid Al Laitsi dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Brgsiapa bertasbih (Subhanallah) kpd Allah sehabis solat sebnyk 33 kali dan bertahmid (Alhamdulillah) kpd Allah 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) kpd Allah 33 kali, hingga semuanya berjumlah 99 (dan beliau menambahkan) dan kesempurnaan 100 adalah membaca “Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa alaa kulli syai in qadiir” maka kesalahan2nya akan diampuni walau sebnyk buih di lautan (HR Muslim, Abu Daud, Ahmad, Malik)

2). Telah menceritakan kpd kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Sumay dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa mengucapkan SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI (Maha suci Allah dan segala pujian hanya utkNya) sehari 100 kali, maka kesalahan2nya akan terampuni walaupun sebnyk buih di lautan.” (HR Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmaddan Malik)ِ

3). Telah menceritakan kpd kami Abu Mu’awiyah berkata; telah menceritakan kpd kami UbaAidillah Ibnul Walid Al Washshafi dari ‘Athiyyah Al ‘Aufi dari Abu Sa’id Al Khudri berkata; Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa ketika akan tidur ia mengucapkan: ASTAGHFIRULLAAH HALLAZIIM ALLAZI LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBU ILAIHI (aku memohon ampun kpd Allah yg Tiada Tuhan yg patut di sembah selain Dia, Yg Maha Hidup dan Maha Benar dan aku bertaubat kpdNya) sebnyk 3 kali, maka Allah akan mengampuni dosa2nya walaupun spt buih di lautan, walaupun spt gunung pasir, walau spt jumlah daun di pepohonan.” (Hr Ahmad)

No comments:

Post a Comment