Sunday, February 2, 2014

25 FADHILAT ISTIGHFAR

Salah satu amalan yg biasa dilakukan oleh Rasulullah adalah beristighfar. Dlm sebuah riwayat dijelaskan bahawa Rasulullah setiap hari beristighfar tidak kurang dari 100 kali. Padahal beliau adalah seorg hamba yg maksum. Sbg umatnya kita yg bnyk dosa ini hendaknya memperbnyk Istighfar, memohon ampun kpd Allah. Inilah 25 Fadhilat Dan Keutamaan ISTIGHFAR: 

1). Membuat Allah Gembira: Rasulullah saw bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dgn taubat hamba-Nya spt kegembiraan salah seorg dari kalian yg menemukan untanya yg hilang di padang pasir.” (Hr Bukhari dan Muslim).

2). Dicintai Allah: Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg bertaubat dan mencintai org2 yg mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Org yg bertaubat adalah kekasih Allah. Org yg bertaubat atas dosanya, bagaikan org yg tidak berdosa” (HR Ibnu Majah)

3). Dosa2nya diampuni: Rasulullah bersabda, Allah telah berfirman, “Wahai hamba2Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yg Aku jaga. Maka beristighfar lah kalian kpd Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan brgsiapa yg meyakini bahawa Aku punya kemampuan utk mengampuni dosa2nya , maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (berapa bnyk dosanya)”. (HrIbnu Majah, Tirmizi). Imam Qatadah berkata, “Al-Quran telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa dan ubat kalian adalah istighfar”. (Kitab Ihya Ulumiddin:1/410).

4). Selamat dari api neraka: Hudzaifah berkata, “Saya adalah org yg tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebab kan aku masuk neraka ‘. Bersabda, ‘Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku sentiasa beristighfar kpd Allah sebnyk 100 kali dlm sehari semlm”. (HR Nasai, Ibnu Majah, Hakim dan disahihkannya).

5). Mendpt balasan syurga. “Dan (juga) org2 yg apb mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mrk ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa2 mrk dan siapa lagi yg dpt mengampuni dosa selain Allah? Dan mrk tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sdg mrk mengetahui. Mrk itu balasannya adalah ampunan dari Tuhan mrk dan syurga yg di dlmnya mengalir sungai2i, sdg mrk kekal di dlmnya; dan itulah sebaik2 pahala org2 yg beramal”. (QS. Ali’Imran: 135-136).

6). Membuat kecewa syaitan: Sesungguhnya syaitan telah berkata, “Demi kemuliaan Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba2Mu selagi roh mrk ada dlm badan mrk (masih hidup). Maka Allah menimpalinya, “Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku sentiasa mengampuni mrk selama mrk memohon ampunan (beristighfar) kpd Ku.” (HR Ahmad dan Hakim).

7).  Membuat syaitan putus asa: Ali bin Abi Thalib pernah didtgi oleh seseorg, “Saya telah melakukan dosa ‘.’ Bertaubatlah kpd Allahdan jgn kamu ulangi ‘, kata Ali. Org itu menjawab,’ Saya telah bertaubat, tapi stlh itu saya berdosa lagi ‘. Ali berkata , ‘Bertaubatlah kpd Allahdan jgn kamu ulangi’. Org itu bertanya lagi, ‘Smpi bila?’ Ali menjawab, ‘Smpi syaitan berputus asa dan merasa rugi”. (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

8).  Meredam Azab: Allah berfirman, “Dan Allah sekali2 tidak akan mengazab mrk, sdg kamu berada di antara mrk. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mrk, sdg mrk meminta ampun.” (QS.al-Anfal: 33).

9).  Mengusir kesedihan: Rasulullah bersabda, “Brgsiapa yg sentiasa ber istighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihan nyadan kelapangan utk setiap kesempitannyadan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka2.” (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

10). Melapangkan kesempitan: Rasulullah saw bersabda, “Brgsiapa yg sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihan nya dan kelapangan utk setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka2,” (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

11). Melancarkan rezeki: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya seorg hamba boleh tertahan rezekinya krn dosa yg dilakukannya.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

12). Membersihkan hati: Rasulullah saw bersabda, “Apb seorg mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Ketika ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya”. (HR Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmizi).

13). Mengangkat darjat di syurga: Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorg hamba di syurga. Hamba itu berkata, ‘Wahai Allah, dari mana saya dpt kemuliaan ini?’ Allah berkata, ‘Krn istighfar anakmu utkmu”. (HR Ahmad dgn sanad hasan).

14). Mengikuti Sunat Rasul: Abu Hurairah berkata, “Saya telah mendgr Rasulullah bersabda, ‘Demi Allah, sesungguhnya aku minta ampun kpd Allah (beristighfar) dan bertaubat kpdNya dlm sehari lebih dari 70 kali’.” (HR Bukhari).

15). Menjadi sebaik2 org yg bersalah: Rasulullah bersabda, “Setiap anak Adam pernah bersalahdan sebaik2 org yg bersalah adalah yg segera bertaubat” (HR Tirmizi, Ibnu Majah, al-Hakim).

16). Bersifat sbg hamba Allah yg sejati: Allah berfirman, “Dan Allah Maha Melihat akan hamba2Nya. (Iaitu) org2 yg berdoa: “Ya Tuhan kami, sesungguh nya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,” (iaitu) org2 yg sabar, yg benar, yg ttp taat, yg menafkah kan hartanya (di jln Allah)dan yg memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur”. (QS Ali Imran:15-17).

17). Terhindari dari menjadi org yg zalim: Allah berfirman, “… Brgsiapa yg tidak bertaubat, maka mrk itulah org2 yg zalim.” (QS. al-Hujurat:11)

18). Mudah mendptkan anak: Allah berfirman, “Maka aku katakan kpd mrk:” Mohonlah ampun (istighfar) kpd Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kpdmu dgn lebat dan memperbnyk harta dan anak2mu dan mengadakan utkmu kebun2 dan mengadakan (pula didlmnya) utkmu sungai2”. (QS.Nuh: 10-12).

19). Mudah mendptkan hujan: Ibnu Shabih berkata, “Hasan al-Basri pernah didtgi seseorg dan mengadu bahawa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbnyklah istighfar’. Lalu ada org lain yg mengadu bahawa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbnyklah istighfar’. Lalu ada org lain lagi yg mengadu bahawa ia blm punya anak, ia berkata, ‘Perbnyklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari)

20). Bertambah kekuatannya: Allah berfirman, “Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kpd Tuhanmu lalu bertaubatlah kpdNya, nescaya Dia menurunkan hujan yg sgt deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kpd kekuatanmudan jgnlah kamu berpaling dgn berbuat dosa”. (QS Hud:52).

21). Bertambah kesejahteraannya: Allah berfirman, “Maka aku katakan kpd mrk:” Mohonlah ampun kpd Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kpdmu dgn lebatdan membnykkan harta dan anak2mudan mengadakan utkmu kebun2 dan mengadakan (pula di dlmnya) utkmu sungai2. “(QS.Nuh: 10-12).

22). Menjadi org yg beruntung: Allah berfirman, “Dan bertaubatlah kamu sekalian kpdaAllah, hai org2 yg beriman supaya kamu beruntung.” (QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata, “Beruntunglah, org2 yg menemukan istighfar yg bnyk pada setiap lembar catatan harian amal mrk.” (HrBukhari).

23). Keburukannya diganti dgn kebaikan: Allah berfirman, “Kecuali org2 yg bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka kejahatan mrk diganti Allah dgn kebajikan dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayg.” (QS Al-Furqan:70). “Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang dan pada bhg awal dari mlm. Sesungguhnya perbuatan2 yg baik itu menghapus kan perbuatan2 yg buruk. Itulah peringatan bagi org2 yg ingat. “(QS Hud:114).

24).  Tanda sbg org mukmin: Rasulullah bersabda, “Tidak seorgpun dari umat ku, yg apb ia berbuat baik dan ia menyadari bahawa yg diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dgn kebaikan. Dan tidaklah ia melaku kan suatu yg tercela dan ia sedar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah lalu ia mohon ampun (beristighfar) kpd Allah dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yg boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorg Mukmin (HR Ahmad).

25 Berkepribadian sbg org bijak: Seorg ulama berkata, “Tanda org yg arif (bijaksana) itu ada enam. Bila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Bila menyebut dirinya, ia merasa hina. Bila memperhatikan ayat2 Allah, ia ambil pelajarannya. Bila muncul keinginan utk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Ketika disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan ketika mengingat dosanya, ia segera beristighfar”. (Kitab Tanbihul Ghafilin:67).

No comments:

Post a Comment