Berikut ini kami akan mencoba menuntun pembaca utk melakukan cara solat yg tepat dan benar dgn harapan boleh didpt kondisi khusuk sbgmn yg dikehendaki oleh tuntunan Rasulullah dan Al-Quran. Siapkan hati dan fikiran utk mengerja kan solat, misalnya solat Zuhur, Asar atau Maghrib.
Ambil wuduk utk bersuci dari hadas kecil. Persiapan segala sesuatu utk melakukan solat, rwangan, kondisi dan lain sbgnya. Berdiri tegak menghadap kiblat, kedua kaki agak diregangkan. Rasakan bahawa anda saat ini sdg berhadapan dgn Allah penguasa tertinggi dialam semesta. Bersikaplah tawadhu dihadapan Dia yg berkuasa penuh diseluruh jagat raya.
1). Takbiratul Ihram:
Ucapkan takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua belah tgn sejajar telinga dan menarik nafas perlahan2 hingga memenuhi rwang paru2. Selanjutnya turunkan kedua belah tgn keatas dada sambil menghembus kan nafas perlahan lahan hingga paru2 kosong sempurna. Letakan tgn kanan diatas tgn kiri diatas dada.
2). Doa Iftitah:
Selanjutnya tarik nafas kembali perlahan2 hingga memenuhi rwang paru2, hembuskan perlahan lahan sambil membaca doa iftitah:
“Allahu Akbar kabiraw walhamdulilaahi katsiiro, wa subhanallahi bukhrataw wa ashiil. Inni wajjahtu wajhiyalillazii fathorosshamaawaati wal ardho haniifan muslimaw wama ana minal musyrikiin. Innas sholaati , wanusuki, wamahyaya , wama maati lillahi rabbil alamiin. Laa syariikalahuu wabidzaalika umirtu wa ana minal muslimin”. (Allah maha besar yg maha sempurna kebesarannya, segala puji bagi Allah sebnyk2nya dan maha suci Allah sepjg pagi dan ptg hari, sesungguhnya aku hadapkan hati dan fikiranku kpd yg menjadikan langit dan bumi dgn lurus dan berserah diri dan aku bukanlah termasuk org yg memper sekutukanNya. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tiada sekutu bagiNya dgn demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah org yg berserah diri)
Jika nafas yg dihembuskan perlahan sudah habis sdg bacaan iftitah blm selesai, maka tarik kembali nafas hingga memenuhi paru paru, kemudian hembuskan perlahan sambil melanjutkan bacaan yg blm selesai,demikian seterusnya. Konsentrasikan hati dan fikiran pada bacaan berikut maknanya. Mulut membaca doa iftitah, fikiran menyebut terjemahannya, hati merasakan maksud kalimat yg dibaca. Rasakan kalimat yg dibaca dgn segenap perasaan dan penuh kekhusukan. Usahakan hembusan nafas berakhir bersamaan dgn selesainya bacaan doa iftitah tersebut.
3). Bacaan Al-Fatihah:
Selanjutnya tarik nafas perlahan2 hingga memenuhi rwang paru2, hembuskan perlahan2 sambil membaca surah Al Fatihah. Tumpu kan fikiran dan perasaan pada bacaan Al Fatihah tersebut. Ucapkan dgn lisan, terjemahkan dgn fikiran, pahami dgn hati.Rasakan setiap ayat yg dibaca , ikuti dgn gambaran. Baca surah Al Fatihah tersebut dgn tertil dan perlahan2.
Ketika membaca Bismillahirrahmanirahiim (baygkan dan rasakan betapa rasa kasih syg Allah pada kita semua). Ketika membaca Alhamdulillahir rabbil alamiin (baygkan betapa maha terpujinya Allah penguasa alam semesta). Ketika membaca Arahmaanirrahiim (baygkan sifat kasih syg Allah yg meliputi alam semesta). Ketika membaca Maalikiyau middin (bayg kan keadaan dihari berbangkit kelak, ketika kita dikumpulkan dipadang mahsyar yg kering dan tandus. Dihari yg tiada tmpt bernaung selain naunganNya, dihari yg Tiada tmpt berlindung selain lindunganNya .
Dialah penguasa tunggal dihari itu). Ketika membaca Iyya kana’budu wa iyyaka nasta’in (tanamkan dlm hati bahawa hanya Dialah yg disembahdan hanya kpdNya tmpt mohon pertolongan). Ketika membaca Ihdinas shiroothol mustaqiim (baygkan jln yg lurus, jln yg penuh rahmat dan berkatNya). Ketika membaca Shirothol laziina an amta alaihim, ghoiril maghdu bi alaihim , waldhoolliin (baygkan yg dimaksud jln yg lurus adalah jln yg ditempuh oleh org yg telah mendpt rahmat dan nikmat dariNya , bukan jln org yg dimurkai dan bukan pula jln org yg sesat).
Usahakan hembusan nafas berakhir bersamaan dgn selesainya bacaan Alfatihah. Bacaan surah dan ayat pilihan stlh Alfatihah. Stlh selesai membaca Alfatihah tarik nafas hingga memenuhi rwang paru2. Hembuskan nafas perlahan2 sambil membaca ayat atau surah pilihan. Utk menambah kekhusuan ayat pilihan boleh disesuaikan dgn kondisi dan keadaan yg sdg mempengaruhi kita. Misalnya menghadapi musibah dan cobaan baca surah al Ankabut 1-5. Atau Al Baqarah 153-157.
Utk membangkitkan semangat perjuangan dan mendptka narir yg lebih baik, baca surah Ali Imran 26-27, An Nur 55-56 atau Al Fath 1-4. Mengenang kehidupan akhirat baca surah al Waqiah, surah Al Zalzalah dan Al Qariah, tentu saja ayat atau surah yg dibaca sudah dihafal berikut terjemahannya, demikian seterusnya. Usahakan hembusan nafas berakhir bersamaan dgn selesainya bacaan ayat pilihan tersebut.
4). Rukuk:
Tarik nafas perlahan lahan sambil rukuk dan membaca takbir. Selama ruku baca kalimat tasbih “subhanarabbiyal azim… Maha suci Allah yg maha besar ”. Selama ruku dan membaca tasbih nafas dihembuskan per-lahan2. Punggung dan pinggang membentuk sudut 90 darjat, tgn bertumpu pada lutut. Rasakan suasana relaks dan nyaman selama rukuk. Hembusan nafas berakhir bersamaan dgn selesainya bacaan tasbih.
5). Iktidal:
Tarik nafas perlahan2 sambil berdiri dan mengucapkan kalimat. “Samiallahu liman hamidah… telah mendgr Allah akan org yg memujiNya”. Kedua belah tgn diangkat smpi sejajar telinga. Selanjutnya turunkan kedua belah tgn kesamping kiri dan kanan sambil menghembuskan nafas perlahan2. Berdiri tegak dgn kedua belah tgn disamping kiri dan kanan, tarik nafas per-lahan2 hingga memenuhi paru2, kemudian hembuskan dgn perlahan lahan sambil membaca: “Rabbana lakal hamdu, milussamawaati wamil ul ardhi, wamil umaasyi’ta, min syai’in ba’du… Wahai Tuhan kami segala puji bagiMu sepenuh langit dan bumi dan sepenuh barang yg Engkau kehendaki sesudah itu”. Puji Allah dgn tulus dan ikhlas, rasakan suasana relaks dan nyaman. Hadapkan hati dan fikiran seluruhnya kpd Allah penguasa alam semesta dgn ikhlas dan tawadhu. Hembusan nafas berakhir bersamaan dgn berakhirnya bacaan doa.
6). Sujud pertama:
Tarik nafas perlahan lahan sambil turun utk sujud dan mengucapkan kalimat takbir “Allahu akbar”. Selama sujud hembuskan nafas perlahan lahansambil membaca kalimat tasbih: “Subhana rabbiyal a’la… Mahasuci Allah yg maha tinggi ” sebnyk yg boleh dibaca. Hembusan nafas berakhir bersamaan dgn berakhirnya kalimat tasbih.Ucapkan kalimat tasbih dgn tulus dan ikhlas, rasakan suasana relaks dan pasrah kpdNya. Hembusan nafas berakhir bersamaan dgn berakhirnya ucapan tasbih. Lama sujud tergantung kekuatan nafas dan jumlah kalimat tasbih yg dpt diucapkan. Rasakan suasana yg betul betul relaks dan pasrah padaNya.
7). Duduk Iftirash:
Tarik nafas perlahan2 sambil duduk dari sujud dgn mengucapkan kalimat takbir. Ketika duduk Iftirash, hembuskan nafas perlahan lahan sambil membaca doa: “Robighfirli, warhamni, wajburnii, warfaknii, warzuqnii, wahdinii, wa’afinii, wa’fu’annii (Ya Tuhanku, ampuni aku, rahmati aku, tutupi keburukanku, angkat darjatku, beri aku rezeki, beri aku petunjuk, sihat kan aku, maafkan aku)”. Ucapkan doa dgn sungguh2, ikuti dgn ikhlasdan penuh perasaan, jgn tergesa2.
Nikmati kata demi kata dlm doa ini, rasakan getaran dari setiap kalimat doa yg diucapkan. Ini adalah doa utk kehidupan yg ideal. Jika Allah mengabulkan doa ini anda tidak akan menderita, gelisah, tertekan, bingungdan hidup dlm kemiskinan dan kekurangan. Anda akan mendpt ampunan, rahmat dan berkat, ditutupi keburukan nya, diangkat darjatnya, mendpt bimbingan dlm menghadapi berbagai masalah, diberi badan yg sihatdan maaf dari Allah. Usahakan hembusan nafas berakhir bersamaan dgn berakhirnya bacaan doa.
8). Sujud kedua:
Tarik nafas perlahan2 sambil sujud dan mengucapkan kalimat takbir. Selama sujud hembus kan nafas perlahan2 sambil membaca kalimat tasbih: “Subhana rabbiyal a’la hi wabihamdi (Maha suci Allah yg Maha Tinggi)”. Lakukan spt pada butir 11. Stlh selesai, lanjutkan ke rakaat kedua. Tarik nafas perlahan lahan sambil berdiri dan mengucapkan kalimat takbir utk melanjutkan kerakaat kedua .
9). Duduk Tahiyyat:
Pada duduk tahiyyat awal sambil menghembuskan nafas perlahan lahan baca doa: “Attahiyyatul mubaarokatu selawatut thoyyibatu lillaah, Assalamu alaika ayyuhanabiyyu warahmatullahi wabarakatuhu, assalamualaina wa ala ibadillahisshoolihiin, Asyhaduallaa ilaaha illallahu wa assyhadu anna muhammadarrasuulullah, Allahhumma sholli ala muhammad wa ala aali muhammad, kama sholaita ala ibrahiim wa ala aali ibraahim , wa barik ala aali Muhammadwa aala ali Muhammad, Kama barakta ala aali Ibrahiim wa ala aali Ibrahiim fil alamiina innaka hamiidun maajiid
(Segala kehormatan, keberkatan, kebahagiaan dan kebaikan bagi Allah, salam rahmat dan berkat Nya kupanjatkan padamu wahai Nabi Muhammad, Salam keselamatan semoga ttp bagi kami seluruh hamba2Nya yg saleh. Aku bersaksi bahawa Tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah, limpahkan lah rahmat kpd Nabi Muhammad dan juga kpd keluarga nabi Muhammad, sbgmn Engkau pernah memberi rahmat kpd keluarga Nabi Ibrahim, Berikanlah keberkatan kpd Muhammad dan keluarganya, sbgmn Engkau telah nmemberi keberkatan kpd Nabi Ibrahiim dan keluarganya. Diseluruh alam semesta Engkaulah yg maha terpuji dan maha mulia)”.
Jika hembusan nafas berakhir seblm bacaan doa selesai, tarik lagi nafas baru dan lanjutkan bacaan doa sambil menghembuskan nafas perlahan lahan. Stlh selesai ucapkan salam sambil menoleh ke kanan dan kiri sbg penutup seluruh ibadat solat. Seluruh ibadat solat dilakukan dgn tenang dan tidak tergesa2. Resapi dan hayati setiap kalimat yg diucapkan dlm solat. InsyaAllah anda akan merasakan kenikmatan langsung dlm solat ini. Jika gerakan solat dan peng aturan nafas anda lakukan dgn betul, anda akan merasakan hawa hangat dan nyaman diseluruh tubuh. Badan terasa lebih segar selama solat dan sesudah melakukan solat. Jika anda mengidap tekanan darah tinggi , insya Allah solat spt ini akan menurunkan tekanan darah anda.
Kesan nyata solat khusuk dlm kehidupan sehari2. Solat yg dilakukan dgn benar dan khusuk akan menimbulkan efek yg nyata dlm kehidupan sehari hari. Beberapa indikator yg dpt anda rasakan dlm kehidupan sehari hari sbg hasil dari solat yg benar dan khusuk antara lain:
1). Badan terasa segar dan tenang selama dan sesudah mengerjakan solat.
2). Anda boleh merasakan suatu perasan nikmat dan asyik ketika mengerjakan solat, hati dan fikiran terasa tenang dan tumpu pada kalimat yg dibaca. Adakala nya perasaan anda terbawa hanyut oleh ayat yg dibaca hingga badan bergetar dan kadang kala anda menangis krn merasakan kedahysatan Allah, kasih syg dan azabNya.
3). Hati dan fikiran selalu merasa bahagia, nyaman, tenteram, optimis dlm menjlnkan kehidupan jauh dari perasaan sedih, duka, cemas, takut, putus asa, tertekan dan stress berkepjgan.
4). Memiliki daya tahan yg tinggi terhadap cobaan dan tekanan hidup. Berbagai musibah dan kesulitan yg menghadang tidak menyebabkannya patah semangat dan berputus asa.
5). Terpelihara dari melakukan perbuatan tercela danperbuatan keji lainnya.
6). Memiliki kecerdasan spiritual yg tinggi dlm menyelesaikan dan menghadapi berbagai masalah yg dtg menghadang dlm kehidupan sehari2.
7). Tidak takut menghadapi ancaman dari manapun, ia hanya tunduk dan takut pada Allah swt.
Jika anda blm melaksanakan solat dgn benar dan khusuk, anda akan mendptkan kesan yg berlawanan dari hal yg telah disebutkan diatas. Beberapa indikator yg boleh anda amati dan rasakan jika anda blm melakukan solat dgn benar dan khusuk antara lain sbg berikut:
1). Solat terasa sbg beban dan dirasakan sbg suatu kegiatan yg membosankan. Selama mengerjakan solat fikiran melayg kemana2 dan ada keinginan utk segera selesai dari mengerjakan solat
2). Solat tidak meninggalkan bekas yg nyata dlm kehidupan sehari hari. Hati dan fikiran sering dilanda perasaan gelisah, sedih, cemas, kecewa, putus asa, tertekan dan stress berpjgan.
3). Daya tahan terhadap cobaan dan tekanan hidup sgt lemah, mudah panik dan putus asa. Sehingga sering tergiur utk mencari pertolongan lain spt bomoh, dukundan perbuatan musyrik lainnya.
4). Kecerdasan spiritual lemah sehingga mudah tergiur utk melakukan perbuatan tercela dan keji lainnya demi mendptkan apa yg diinginkan.
5). Sgt takut terhadap acaman manusia dan lain sbgnya, rasa takut tersebut mengalahkan rasa takutnya pada Allah, hingga mudah tergelincir pada perbuatan tercela dan perbuatan musyrik lainnya.
Demikianlah, mari kita tingkatkan mutu solat kita masing2, dgn berusaha utk mengerti dan memahami setiap ayat atau kalimat yg kita ucapkan dlm solat kita sehari2. Perhatikan perubahan yg terjadi stlh anda boleh melaksanakan solat dgn benar dan khusuk.
No comments:
Post a Comment