Tuan-tuan yang mulia, Solat Isyak dan Subuh adalah dua waktu yang paling kerap tertinggal oleh sebahagian muslim. Namun, meski demikian, kita harus tetap berusaha memaksimakan perlaksanaan solat fardhu kita. Kita boleh menghilangkan kebiasaan buruk ini dengan niat dan kesungguhan.
Apabila kita sulit untuk bangun subuh, contohnya, maka kita harus mengusahakan sedaya mungkin dengan berbagai cara agar boleh bangun subuh. Karena sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib suatu kaum apabila mereka tidak berusaha untuk mengubahnya,
Tuan-tuan yang mulia, Sesungguhnya Solat Subuh dan Solat Isyak akan memberikan ganjaran yang besar untuk kita. Apalagi, jika dilaksanakan dengan berjamaah. Sebagaimana Utsman bin Affan ra berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa melaksanakan solat Isyak secara berjamaah, maka ia seperti melaksanakan solat separuh malam dan barangsiapa melaksanakan solat Subuh secara berjamaah, maka ia laksana melaksanakan solat sepanjang malam" (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Tuan-tuan yang mulia, Isyak dalam masa setahun seakan-akan qiyam (berdiri melaksanakan solat malam) selama 180 hari.
Isyak + Subuh selama setahun = 365 hari melaksanakan qiyam - subhanallah!!!
Isyak dan Subuh hanyalah dua waktu dari lima waktu solat yang ada, namun tidak melaksanakannya akan merugikan kita kini dan nanti.
Tuan-tuan yang mulia, Allah s.w.t telah memerintahkan kepada kita untuk melaksanakan solat pada kelima waktu yang ada, dan tidak ada satu yang lebih unggul dari yang lainnya. Kerana Islam adalah solat, kerana solat adalah lima waktu dan 17 rakaat dalam sehari, apabila kurang dari sekian maka tak sempurna solat kita, tak sempurna pula agama kita.
Apabila agama kita tak sempurna, maka pahala kita pun tak sempurna. Apabila pahala kita tak sempurna, tak sempurna pula surga yang kita rindukan.
Sumber: 31 Tuntunan Hidup Berkah & Panjang Umur ‘ala Nabi s.a.w
No comments:
Post a Comment