Menjelang solat Isyak, seorang wartawan duduk kelelahan di halaman sebuah masjid. Perutnya bertalu-talu berbunyi kerana kelaparan. Kepalanya tertoleh-toleh ke kiri dan kanan mencari penjual makanan, tapi gagal di temukannya. Dari wajahnya, tampak garis-garis kekecewaan.
Rupanya, si Wartawan ini sedang sangat kecewa kerana gagal bertemu dengan seorang tokoh yang hendak diwawancara. Betapa tidak kecewa, sejak awal hari lagi dia sudah "mengejar-ngejar" tokoh tersebut. Siang harinya, dia dijanjikan bertemu di sebuah pejabat.
Beberapa saat sebelum waktu pertemuan itu berlangsung, tokoh penting ini mendadak membatalkan janji, ada acara mendesak katanya. Sebagai seorang wartawan, untuk mendapatkan berita ini, dia telah membuat anak muda ini menunggu di hotel tempat tokoh tersebut bermesyuarat. Dua jam lamanya dia menunggu namun sayangnya tokoh tersebut keluar dari pintu di sisi lain hotel sehingga tidak sempat bertemu dengannya.
Tidak mau berpatah arang, dia segera mencari-cari maklumat di mana tokoh tersebut bergerak. Maklumat yang didapat bahawa orang yang dicarinya itu sudah pulang ke rumahnya di sebuah kompleks perumahan elite. Tanpa banyak berfikir dia bergegas ke sana. Walau harus tanya sana-tanya sini, akhirnya dia dapat sampai ke rumah tokoh tersebut.
"Alamak maaf saudara, tuan baru jer keluar lagi. Ada meeting lain lagi katanya. Tapi tuan tak beritahu di mana" kata pembantu rumah tersebut.
Longlailah kaki si Wartawan. Dia pun pergi. Berkali-kali dia coba menghubungi tokoh tersebut, tetapi berkali-kali juga telefonnya tidak diangkat. Sudah terbayang di benaknya kalau nanti malam dia akan ditegur boss nya kerana tidak mampu mendapatkan berita. Perutnya yang berkeroncong seakan menambah derita.
Saat duduk di masjid itulah, dia melihat seorang pakcik yang baru saja menunaikan solat maghrib. Dipandangnya pakcik tersebut. Keadannya sangat tidak meyakinkan: tinggi, kurus, jambang putihnya tidak terurus, pakaiannya sangat sederhana dan sudah luntur warnanya, seliparnya pun sudah rosak.
Pakcik itu menghampiri sebuah longgokan kayu api lalu mengambil topi dan duduk melepas lelah tak jauh dari tempat si Wartawan. Kerutan wajahnya yang hitam terbakar matahari seakan nampak makin mengerut kerana keletihan.
"Cep, peryogi suluh henteu? Peserlah suluh anu Bapa, ieu ti enjing-enjing teu acan pajeng!"kata Pak Tua kepada si Wartawan. Maksudnya, dia menawarkan kayu api yang dibawanya kerana sejak dari pagi tidak laku-laku.
"Punten Bapa, abdi di Bumi teu nganggo suluh (Maaf Bapak, saya di rumah tidak menggunakan kayu api)" jawabnya.
“Oh muhun, teu sawios. Mangga atuh, Bapa tipayun, (Oh iya, tak mengapalah kalau begitu selamat tinggal, Bapak jalan dulu)" ujar Pak Tua penjual kayu api itu.
Sebelum Pak Tua itu pergi, si Wartawan segera mengambil dompet. Dilihatnya hanya ada wang sepuluh ribu rupiah (lebih kurang RM5), satu-satunya dan beberapa keping duit kecil. Itulah hartanya yang tersisa pada hari itu untuk makan dan membeli minyak motor. Namun semua itu dia abaikan. Dia berikan wang sepuluh ribu itu kepada Pak Tua. Walau awalnya menolak, tapi akhirnya dia menerimanya pula.
Sambil menahan tangis haru, Pak Tua berkata "Hatur nuhun Kasep, tos nulungan Bapak. Mugi-mugi Gusti Alloh ngagentosan kunu langkung ageung (Terima kasih anak sudah menolong Bapak, semoga Allah menggantinya dengan yang lebih besar)" ternyata pakcik ini sejak pagi belum makan dan tidak ada wang untuk pulang.
Selembar sepuluh ribu telah mengubah segalanya. Dia telah sudi memasukkan rasa bahagia kepada saudaranya yang tengah kesusahan dan Allah s.w.t pun langsung membalasnya dengan memasukkan rasa bahagia yang berlipat-lipat ke dalam hatinya.
Rasa lapar, penat dan hati sakit yang sebelumnya menguasai dirinya langsung hilang berganti kelapangan dan kebahagiaan. Wang sepuluh ribu rupiah itu benar-benar memberikan kepuasan yang kehebatannya sulit diterangkan. Dia tidak mampu berkata apa-apa selain dari titisan air mata bahagia "Terima kasih, ya Allah, engkau telah memberiku rezeki sehingga dapat dibagi-bagi" dia berbisik.
Tak lama kemudian, datanglah kurnia yang kedua. Telefonnya tiba-tiba berbunyi, dilihatnya sebuah 'message' dari boss nya kalau dia tidak perlu lagi mengejar tokoh tersebut kerana ada seorang tokoh lain yang lebih hebat lagi untuk dikejar. Dia hanya memberi tugas untuk memberitakan sebuah acara kesyukuran di salah satu hotel lima bintang.
Kurnia Allah yang ketiga pun segera datang. Di tengah-tengah acara liputan di hotel tersebut, sang Wartawan dipersilakan oleh jawatankuasa untuk menikmati hidangan mewah yang tersedia sepuasnya. Menjelang pulang, dia mendapatkan sebuah doorgift dan beberapa buah bingkisan sebagai ucapan terima kasih dari pihak jawatankuasa. "Malam yang indah…"ujarnya.
No comments:
Post a Comment