Wednesday, February 5, 2014

AL-FATIHAH DAN ERTINYA

Surah Al Fatihah merupakan surah yg turun di Mekkah. Oleh krnnya, surah ini masuk kategori surah Makiyyah. Surah yg terdiri dari 7 ayat ini disebut juga dgn nama Ummul Kitab. Dlm keterangan lain dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin adalah Ummul Quran, Ummul Kitab, Sabul Masani dan Al-Quranul Azim,” (HR Tirmizi). Al-Fatihah juga dinamakan dgn sebutan Al-Hamdu. 


Surah ini juga disebut dgn nama As-Solat. Hal ini di dasarkan pada hadis, “Aku bagikan solat antara Aku dan hambaKu menjadi 2 bhg. Apb seorg hamba mengucapkan, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), maka Allah berfirman, “HambaKu telah memujiKu” (Hadis). Disebut As-Solat, krn surah Al-Fatihah merupakan syarat di dlm solat.

Surah Al-Fatihah dinamakan juga dgn syifa’, sbgmn terdpt di dlm riwayat Ad-Darimi dari Abu Said ra, Rasulullah saw bersabda, “Fatihatul Kitab (surah Al-Fatihah) merupakan ubat penawar bagi segala jenis racun.” Nama lain dari surah Al-Fatihah adalah ruqyah, sbgmn yg disebutkan dlm hadis sahih. Iaitu ketika Abu Sa’id sdg mengubati seorg lelaki yg tersengat kalajengking. Ketika bertemu dgn Rasulullah, beliau bersabda, “Siapakah yg memberitahu kamu bahawa surah Al-Fatihah itu adalah ruqyah”. Masih bnyk lagi nama2 lain dari Surah Al-Fatihah. Ada yg menamakan dgn Asasul Quran (Asas Al-Quran), Al-Waqiyah dan Al-Kafiyah. Selain itu, ada yg menamakannya dgn Al-Kanz.

Ada perbezaan pendpt ttg dimanakah turunnya surah Al-Fatihah. Ibnu Abbas ra., Qatadah dan Abul Aliyah berpendpt bahawa surah ini turun di Mekkah. Namun juga ada yg berpendpt bahawa surah Al-Fatihah merupakan surah Madaniyah alias turun di Madinah. Pendpt ini dianut merupakan pendpt Abu Hurairah ra, Mujahid, Ata Ibnu Yasar dan Az-Zuhri. Ada lagi yg berpendpt bahawa Surah Al-Fatihah turun 2 kali. Pertama turun di Mekkah dan kedua turun di Madinah. Namun yg terkuat dan mendkti kebenaran adalah pendpt yg pertama, iaitu surah Al-Fatihah turun di Mekkah. Kesimpulan ini berdasar kan firman Allah, “Dan sesungguhnya Kami telah berikan kpdmu 7 ayat yg dibaca berulang2,” (QS Al-Hijr:87)

Surah Al-Fatihah merupakan surah yg turun di Mekkah. Oleh krnnya, surah ini masuk kategori surah Makiyyah. Surah yg terdiri dari 7 ayat ini disebut juga dgn nama Ummul Kitab. Dlm keterangan lain; dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Alhamdu lillahi rabbil ‘alamina adalah Ummul Quran, Ummul Kitab, Sab’ul Masani dan Al-Quranul Azim,” (HR Tirmizi). 

Ayat 1: 

Basmalah Makna, Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Fatihah Bismillaah hirrahmaanirahiim “Dgn menyebut nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayg”. Ummu Salamah r.a. berkata, “Rasulullah saw. telah membaca Bismillahirrahmanirrahim ketika membaca Fatihah dlm solat. (Hadis daif Riwayat Ibnu Khuzaimah). Abu Hurairah r.a. ketika memberi contoh solat Nabi saw. membaca keras2 Bismillahirrahmanirrahim. (HR Nasai, Ibn Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim). Imam Syafie dan al-Hakim meriwayat kan dari Anas r.a. bahawa Muawiyah ketika solat di Madinah sbg imam, tidak membaca Bismillahirrahmanirrahim, maka ditegur oleh sahabat Muhajirin yg hadir, kemudian ketika solat lagi, dia membaca Bismillahirrahmanirrahim. Adapun dlm mazhab Imam Malik tidak membaca Basmalah berdasarkan hadis Aisyah r.a. yg berkata, “Biasa Rasulullah saw. memulai solat dgn takbir dan bacaannya dgn Alhamdu lillahi rabbil alamin. (Hr Muslim).

Anas r.a. berkata, “Saya solat di blkg Nabi saw., Abu Bakar, Umar, Utsman dan mrk semuanya memulai bacaannya dgn Alhamdu lillahi rabbil alamin”. (Bukhari, Muslim). Dan sunat membaca Bismillahirrahmanirrahim pada setiap perkataan dan perbuatan krn sabda Nabi saw. yg berbunyi: “Tiap urusan (perbuatan) yg tidak dimulai dgn Bismillahirrahmanirrahim maka terputus berkatnya.” Juga sunat membaca Basmalah ketika wudhu, krn sabda Nabi saw: “Tiada sempurna wudhu org yg tidak membaca Bismillah” Dan sunat juga dibaca ketika men yembelih binatang juga sunat ketika makan, krn sabda Nabi sa. kpd Umar bin Abi Salamah yg berbunyi, “Bacalah Bismillahdan makanlah dgn tgn kananmu dan makanlah dari yg dkt2 kpdmu” (HR Muslim).

Juga membaca Basmalah ketika akan jimak (bersetubuh) sbgmn riwayat Ibn Abbas r.a. Rasullah saw. bersabda: “Jika salah satu dari kamu akan berjimak dgn isterinya membaca, “Dgn nama Allah, ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari rezeki yg Tuhan berikan kpd kami. Jika ditakdirkan mendpt anak maka anak tersebut tidak mudah diganggu oleh syaitan utk selamanya”. (HR Bukhari, Muslim).

Bismillah (Dgn nama ALLAH). Susunan kalimat yg demikian ini dlm bahasa Arab bererti ada susunan kata2 yg mendahuluinya iaitu: Aku mulai perbuatan ini dgn nama Allahatau: Permulaan dlm perbuatanku ini dgn nama Allah utk mendpt berkat dan pertolongan rahmat Allah sehingga dpt selesai dgn sempurna dan baik. Juga utk menyedari kembali sbg makhluk Allah, bahawa segalanya bergantung kpd rahmat kurnia Allah. Hidup, mati dan daya upaya semata2 terserah kpd rahmat Allah Azza wa Jalla.

ALLAH. Nama Zat Allah Taala. Nama Allah khusus bagi Allah, tidak dinamakan pada zat yg lain selain Allah. Haram menamakan dgn nama Allah pada zat yg lain selain Allah melainkan dgn menyandarkan sesuatu sptiAbdullah (hamba Allah) atau Amatullah (hamba perempuan Allah).

Ar-Rahman Ar-Rahim (Yg Maha Murah Yg Maha Penyayg). Ar-Rahman (Yg Pemurah) yakni yg penuh rahmatNya kpd semua makhluk di dunia hingga di akhirat, kpd yg mukmin maupun yg kafir. Adapun Ar-Rahim (Yg Penyayg) khusus rahimNya buat kaum mukmin sahaja. Firman Allah: “Arrahman alal Arasyi istawa”, utk menunjukkan bahawa rahmat Allah meliputi (memenuhi) seiuruh Arasy. Dan firman Allah: “Wa kaana bil mu’miniina rahiima” (Dan terhadap kaum mukminin sgt belas kasih). Nama Rahman ini juga khusus bagi Allah, tidak dpt dipakai oleh lain2Nya. 

Krn itu ketika Musailamah al-Khazab berani menamakan dirinya Rahmanul Yamamah, maka Allah membuka kepalsuan dan kedustaan nya, sehingga dikenal di tengah2 masyarakat Musailamah al-Khazab bukan shj bagi penduduk kota bahkan org2 Baduwi juga menyebutnya Musailamah al-Khazab iaitu Musailamah Yg Pembohong. Kesim-pulan di dlm asma (nama2) Allah ada yg dpt dipakai oleh lainNya dan ada juga yg tidak dpt dipakai oleh lainNya spt Allah, Ar-Rahman, Al-Khalik, Ar-Razak dllnya. Dan yg boleh spt Ar-Rahim, As-Sami’, Al-Bashir spt firman Allah, “Faja’alnaahu samii’an bashiira” (Maka Kami jadikan manusia itu mendgr lagi melihat).

Ayat 2: 

Hamdalah1 Makna, Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Fatihah, Alhamdu lillaahi rabbil ‘alamiin: “Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yg memelihara alam semesta”. Ibn Jarir berkata, “Alhamdulillah, syukur yg ikhlas melulu kpd Allah tidak kpd lain dan makhlukNya, syukur itu krn nikmatNya yg diberikan kpd hamba dan makhlukNya yg tidak dpt dihitung dan tidak terbatas, spt alat anggota manusia utk menunaikan kewajiban taat kpdNya, di samping rezeki yg diberikan kpd semua makhluk manusia, jin dan binatang dari berbagai perleng bila hidup, krn itulah maka pujian itu sejak awal hingga akhirnya ttp pada Allah semata2. Alhamdullilah: Puji-pujian ada empat :

1. Pujian Allah kpd Allah (zatnya sendiri)
2. Puji Allah kpd makhluk (ciptaanNya)
3. Puji makhluk kpd Allah
4. Puji makhluk kpd makhluk

Semua pujian ini hakikatnya kembali kpd Allah oleh sbb itu segala puji bagi Allah. Pujian Allah pada diriNya, yg mengandung tuntunan kpd hambaNya supaya mrk memuji Allah spt seakan2 perintah Allah, “Bacalah olehmu Alhamdulillah”. Alhamd pujian dgn lidah terhadap sifat2 pribadi, maupun sifat yg menjalar kpd org lain, sebaliknya syukur itu pujian terhadap sifat yg menjalar, ttpi syukur dpt dilaksanakan dgn hati, lidah dan anggota badan. Alhamd bererti memuji sifat keberanian, kecerdasanNya atau krn pemberianNya. Syukur khusus utk pemberianNya. Alhamd (puji) lawan kata Azzam (cela). Ibn Abbas r.a. berkata, Umar r.a. berkata kpd sahabat2, “Kami telah mengerti dan men getahui kalimat Subanallah, laa ilaha illallah dan Allahu Akbar, maka apakah Alhamdu Lillahi itu?” Jawab Ali r.a., “Suatu yg dipilih oleh Allah utk memuji ZatNya”. Ibn Abbas berkata, ‘Alhamdu Lillah kalimat syukur, maka jika seorg membaca Alhamdu Lillah, Allah menjawab, “HambaKu telah syukur padaKu”.

Jabir bin Abdullah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda: Seutama2nya zikir ialah “La ilaha illallah”dan seutama2nya doa ialah “Alhamdu Lillah”. (Hr at-Tirmizi, hadis Hasan Gharib). Anas. bin Malik r.a. berkata, Nabi saw. bersabda: Tiadalah Allah memberi nikmat kpd seorg hambaNya, kemudian hamba itu mengucap “Alhamdulillah”, melainkan apa yg diberi itu lebih utama (afdal) dari yg ia terima. Maksudnya ucapan “Alhamdulillah” lebih besar nilainya dari nikmat dunia itu). (Hr Ibnu Majah). Anas r.a. juga meriwayatkan Nabi saw. bersabda, “Andaikan dunia sepenuhnya ini di tgn seorg dari umatku kemudian ia mem baca ‘Alhamdulillah’ maka pasti kalimat Alhamdulillah lebih besar dari dunia yg di tgnnya itu”. Awalan ‘Al’ dlm kalimat Alhamdu bererti segala jenis puja dan puji bagi Allah. Sbgmn tersebut dlm hadis “Allahumma lakal hamdu kulluhu walakal mulku kulluhu wa biyadikal khair kullihi wa ilaika yar ji’ul amru kulluhu” (Ya Allah bagiMu segala puji semuanyadan bagiMu kerajaan semuanya dan di tgnMu kebaikan semuanyadan kpdMu kembali segala urusan semuanya). Rabb: Bererti pemilik yg berhak penuh, juga bererti majikan, juga yg memelihara serta menjamin kebaikan dan perbaikandan semua makhluk alam semesta.

Alamin: Alam ialah segala sesuatu selain Allah. Maka Allah; Rabb dari semua alam itu sbg pencipta, yg memelihara, memperbaiki dan menjamin. Sbgmn tersebut dlm surah asy- Syu’araa 23-24. Fir’aun bertanya, “Apakah rabbul alamin itu?” Jawab Musa, “Tuhan Pencipta, Pemelihara penjamin langit dan bumi dan apa saja yg di antara keduanya, jika kalian mahu percaya dan yakin”. Alam itu juga pecahan dari alamat (tanda) sbb alam ini semua menunjukkan dan membuktikan kpd org yg memperhatikannya sbg tanda adanya Allah Tuhan yg menjadikannya.

Ayat 3: 

Arohman Makna, Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Fatihah: Arrahmaan nirrohiim. “Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayg”. Ar-Rahman yg memberi nikmat yg sebesar2nya spt nikmat makan, minum, harta benda dan lain2. Ar-Rahim yg memberi nikmat yg halus sehingga tidak terasa, spt nikmat iman dan islam. Jika anda akan menghitung nikmat kurnia Allah maka takkan dpt menghitungnya.

Ayat 4: 

Maliki Makna, Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Fatihah. Malikiyaumiddiin atau maaliki yaumiddiin. “Raja yg menguasai hari pembalasan”.  Maliki: Dpt dibaca: Maliki (Raja)dan Maaliki (Pemilik - Yg Memiliki). Maaliki sesuai dgn ayat: “Sesungguhnya Kami yg mewarisi bumi dan semua yg di atasnyadan kpd Kami mrk akan kembali.” (Maryam 40). Maliki sesuai dgn ayat: Katakanlah, “Aku berlindung dgn Tuhannya manusia. Rajanya manusia”. (an-Naas 1-2). “Bagi siapakah kerajaan pada hari ini (hari kiamat)? Bagi Allah Yg Esa yg memaksa (perkasa).” (alMu’min - Ghafir 16). Kerajaan yg sesungguh nya pada hari itu hanya bagi Ar: Rahman. (al-Furqan 26). Ad-Din (Pembalasan dan Perhitungan). Sesuai dgn ayat: “Apakah kami akan dibalas (diperhitung kan)”. (as-Shafaat 53). Umar r.a. berkata, “Adakan perhitungan bagi (hitunglah) dirimu seblm kamu dihisab (diperhitungkan) dan pertimbangkan utk dirimu seblm kamu ditimbangdan siap2lah utk menghadapi perhitungan yg besar, meng hadap kpd Tuhan yg tidak tersembunyi padaNya sedikit pun dari amal perbuatanmu. Pada hari kiamat kelak kalian akan dihadapkan kpd Tuhan dan tidak tersembunyi padaNya suatu apa pun.”

Ayat 5: 

Iyaka Makna, Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Fatihah. “Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin”. “Hanya kpdMu (Allah) kami mengabdi (menyembah) dan hanya kpdMu pula kami minta pertolongan”. Adh-Dhahaak dari Ibn Abbas berkata, “Iyyaka na’budu bermaksud kpdMu kami menyembah mengesakan dan takut dan berharap, wahai Tuhan Tiada lainMu”. Dan Iyyaka nasta’in bermaksud “Kami minta tolong kpdMu utk menjlnkan taat dan utk mencapai semua hajat kepentinganku”. Qatadah berkata : Dlm Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in, Allah menyuruh supaya tulus ikhlas dlm melakukan ibadat kpd Allah dan supaya benar2 mengharap bantuan pertolongan Allah dlm segala urusan”. 

Dlm kalimat ini didahulukan kata iyyaka (Hanya kpdMu) kemudian na’budu (kami menyembah) terdpt penekanan makna kekhususan jika dibandingkan dgn kebalikannya na’budu iyyaka. Kemudian kata na’budu lebih dulu dari kata nasta’in, mengandung makna sudah selayaknya kita mendahulukan periba-dahan kpd Allah dpd memohon pertolongan dariNya. Sbb tidak sopan dan kurang tata krama seorg hamba meminta gaji atau bayaran atau pertolongan kpd majikannya seblm dia melakukan perintah majikan tersebut. Hal ini hendak nya dipahami oleh manusia yg mengaku sbg hamba Allah. Kerjakan dulu perintah Big Boss baru kemudian minta bayaran atau kalau sabar tunggu saja pasti Big Boss akan memberi bayaran tanpa harus diminta.

Ayat 6: 

Ihdina Makna, Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Fatihah: Ihdinash shiroothol mustaqim. “Tunjukilah kami jln yg lurus”. Shiraathal mustaqiim, jln yg lurus yg tidak berliku-liku. Shiraatal mustaqiim, ialah mengikuti tuntunan Allah dan Rasulullah saw. Juga bererti Kitab Allah, sbgmn riwayat dari Ali r.a. yg mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda,”Asshiratul mustaqiim kitabullah’. Juga bererti Islam, sbg agama Allah yg tidak akan diterima lainnya. An Nawas bin Sam’aan r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Allah mengadakan contoh perumpamaan suatu jln (shirrat) yg lurus, sdg di kanan-kiri jln ada dinding dan di pagar ada pintu2 terbuka, pada tiap pintu ada tabir yg menutupi pintudan di muka jln ada suara berseru, “Hai manusia masuk lah ke jln inidan jgn berbelok dan di atas jlnan ada seruan, maka bila ada org yg akan membuka pintu diperingatkan, ‘Celaka anda, jgn membuka, sungguh jika anda membuka pasti akan masuk’. Shirat itu ialah Islam dan pagar itu batas2 hukum Allah dan pintu yg terbuka ialah yg diharamkan Allah sdg seruan di muka jln itu ialah kitab Allahdan seruan diatas shirat ialah seruan nasihat dlm hati tiap org muslim. (HR Ahmad, Tirmizi, Nasai).

Tujuan ayat ini minta taufik hidayah semoga ttp mengikuti apa yg diridhai Allah, sbb siapa yg mendpt taufik hidayat utk apa yg diridai Allah maka ia termasuk golongan mrk yg mendapa nikmat dari Allah dari golongan Nabi, shiddiqin, syuhada dan solehin. Dan siapa yg mendpt taufik hidayah sedemikian itu bererti ia benar2 seorg muslim yg berpegang pada kitab Allah dan sunnaturrasul, menjlnkan semua perintah dan meninggalkan semua larangan syareat agama. Jika ditanya, “Mengapakah seorg mukmin harus minta hidayah, padahal ia solat itu bererti hidayah?” Jawabnya, “Seorg memerlukan hidayah itu pada setiap saat dan dlm segala hal keadaan kpd Allah supaya ttp terus terpimpin oleh hidayah Tuhan itu, krn itulah Allah menunjukkan jln kpdnya supaya minta kpd Allah utk mendpt hidayah, taufik dan pimpinanNya. Maka seorg yg bahagia hanyalah org yg selalu mendpt taufik hidayah Allah. Sbgmn firman Allah dlm ayat 136, surah an-Nisa: “Hal org beriman percayalah kpd Allah dan Rasulullah” (an-Nisa 136). Dlm ayat ini org mukmin disuruh beriman, yg maksudnya supaya terus ttp imannya dan melakukan semua perintah dan menjauhi larangan, jgn berhenti di tengah jln, yakni istiqamah hingga mati.

Ayat 7: 

SIRATAL Makna, Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Fatihah. Shiraathal lazina anamta alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh daallin. “(iaitu) jln org2 yg telah Engkau anugerahkan nikmat kpd mrk, bukan (jln) mrk yg dimurkai dan bukan (pula jln) mrk yg sesat”. Inilah maksud jln yg lurus itu, iaitu jln yg dahulu sudah pernah ditempuh oleh org2 yg mendpt rida dan nikmat Allah ialah mrk yg tersebut dlm ayat 69 an-Nisa: “Dan siapa yg taat kpd Allah dan Rasulullah maka mrk akan bersama org2 yg telah diberi nikmat oleh Allah dari para Nabi,siddiqin, syuhada dan solehin dan mrklah sebaik2 kawan.” (an-Nisa 69). Dilanjutkan oleh Allah dgn ayat: “Zalikal fadh lu minallahi wakafa billahi aliimaa” (Itulah kurnia Allah dan cukup Allah yg Maha Mengetahui.

Ibnu Abbas berkata, “Jln org2 yg diberi nikmat oleh Tuhan kpd mrk sehingga dpt menjlnkan taat ibadat serta istiqamah sptiMalaikat, Nabi-nabi, Shiddiqin, syuhada dan solehin. Bukan jln org2 dimurkai atas mrk, iaitu mrk yg telah mengetahui kebenaran hak ttpi tidak melaksanakannya spt org2 Yahudi, mrk telah mengetahui kitab Allah, ttp tidak melaksanakannya, juga bukan jln org2 yg sesat krn mrk tidak mengetahui. Ady bin Hatim r.a. bertanya kpd Nabi saw., “Siapakah yg dimurkai Allah itu?” Jawab Nabi saw., “Alyahud (Yahudi)”. “Dan siapakah yg sesat itu?” Jwb Nabi saw. “An-Nashara (Nasrani)”. Org Yahudi disebut dlm ayat “Man la’anahullahu wa ghadhiba alaihi”(Org yg dikutuk (dilaknat) oleh Allah dan dimurkai, sehingga dijadikan di antara mrk kera dan babi). Org Nashara disebut dlm ayat “Qad dhallu min qablu, wa adhallu katsiera wa dhallu an sawaa issabiil” (Mrk yg telah sesat sejak dahulu dan menyesatkan org bnyk dan tersesat dari jln yg benar.)

Kesimpulan: Surah ini hanya 7 ayat, mengandung pujian dan syukur kpd Allah dgn menyebut nama Allah dan sifat2Nya yg mulia, lalu menyebut hal Hari Kemudian, pembalasan dan tuntutan, kemudian menganjurkan kpd hamba supaya meminta kpd Allah dan merendah diri pada Allah, serta lepas bebas dari daya kekuatan diri menuju kpd tulus ikhlas dlm melakukan ibadat dan tauhid pada Allah, kemudian menganjurkan kpd hamba sahaya selalu minta hidayah taufik dan pimpinan Allah utk dpt mengikuti shirat mustaqiim supaya dpt tergolong dari golongan hamba2 Allah yg telah mendpt nikmat dari golongan Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solehin. Juga mengandung anjuran supaya berlaku baik mengerjakan amal saleh jgn smpi tergolong org yg dimurkai atau tersesat dari jln Allah.

No comments:

Post a Comment