Tidur pagi selepas subuh memang seronok tapi sebenarnya kebiasaaan itu adalah berbahaya. Ini adalah senarai bahaya bagi amalan tidur selepas solat subuh:
1) Menyalahai Sunnah Rasulullulah s.a.w: Kebiasaan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah bangun pagi dan langsung beraktiviti tanpa kembali tidur. Selepas subuh biasanya Rasulullah s.a.w biasanya berzikir sehinggalah terbit matahari.
2) Tidak Mendapat Keberkatan Waktu Pagi: Di dalam sebuah hadithnya, Rasulullah s.a.w mendoakan keberkatan bagi umatnya yang bangun waktu pagi. Sebaliknya doa tersebut juga mengisyaratkan bagi mereka yang tidur kembali selepas solat subuh, mereka akan kehilangan keberkatan dari doa tersebut.
3) Malas Dan Hilang Semangat: Mengisi waktu pagi selepas solat subuh dengan ibadat zikir akan menjadikan waktu-waktu berikutnya lebih segar dan bersemangat baik dari sudut perubatan atau rohaniah. Sebaliknya seseorang yang tidur selepas solat subuh akan menjadikan seseorang itu hilang semangat untuk waktu-waktu berikutnya.
4) Lemah, Mudah Sakit: Tidur di waktu pagi juga akan membuatkan tubuh kita mudah diserang penyakit: Tidur di waktu pagi juga akan membuatkan tubuh kita melemah dan mudah diserang penyakit terutama sakit kepala. Menurut satu kajian ilmiah, tidur pagi menyebabkan serebrospinal bergerak ke otak dan inilah yang menimbulkan sakit kepala.
5) Lemah Syahwat: Seperti yang tercantum di dalam Kitab Zaadul Ma'ad karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, tidur di sebelah pagi juga akan mengakibatkan syahwat menjadi lemah.
6) Terhalang Dari Rezeki: Sekali lagi Ibnu Qayyim Al-Jauziyah di dalam kitab Zaadul Ma'ad mengatakan "Empat perkara yang menghalangi datangnya rezeki ialah tidur di waktu pagi, sedikitnya solat, bermalas-malasan dan khianat"
No comments:
Post a Comment