Friday, January 17, 2014

QUNUT NAZILAH

Saat ini umat Islam tengah berada dalam tekanan luar biasa. Di Mesir, ratusan bahkan ribuan orang dikhabarkan menjadi korban pembantaian tentera negara itu sendiri. Sementara di Syria, sudah sejak bertahun-tahun juga sangat mengerikannya. Menurut data, lebih 300,000 orang lebih Muslim Syria menjadi korban tentera Bashar al-Assad. Muslim Palestine, Iraq, Afghanistan pun tak kurang teraniayanya. Kerananya, sebahagian ulama mengajurkan agar kaum Muslimin melakukan qunut nazilah.

Qunut Nazilah adalah pembacaan doa yang dilakukan umat Islam untuk menolak kezaliman musuh-musuh Islam dan menghindarkan diri dari berbagai fitnah serta musibah. Doa Qunut diucapkan pada saat solat fardu, iaitu ketika iktidal setelah rukuk pada rakaat terakhir. Dan Rasulullah s.a.w mencontohkan kepada umatnya bagaimana melakukan Qunut Nazilah. Ketika sahabat Nabi s.a.w yang diutus untuk mengajarkan Islam dan Al-Quran dikhianati dan dibantai oleh kaum kafir pada peristiwa yang dikenal sebagai Batsul Raji (10 sahabat) dan Bikru Maaunah (70 sahabat). Rasulullah s.a.w melakukan Qunut Nazilah pada setiap solat wajib sebagaimana disebutkan dalam hadith  "Rasulullah saw melakukan qunut (Nazilah) selama satu bulan setelah rukuk mendoakan untuk kebinasaan beberapa perkampungan dari bangsa Arab" (Mutafaqun alaihi).

"Rasulullah s.a.w melakukan qunut (Nazilah) satu bulan berturut-turut dalam solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Suboh, tatkala berkata sami allahu liman hamidah pada rakaat terakhir. Mendoakan untuk kebinasaan perkampungan Bani Sulaim, kabilah Ri’l, Zikwan dan Ushiyyah. Sahabat di belakangnya mengamini" (HR. Abu Dawud dan Ahmad).

Doa Qunut Nazilah tetap dibaca jahar (kuat) baik pada shalat jahriyah maupun sirriyah. Dan bagi imam dibolehkan membaca doa dengan teks. Contoh Doa Qunut:

اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلّنا فِيمَن تَوَلَّيْتَ، وبَارِكْ لِنا فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِنا برحمتك شَرَّ ما قَضَيْتَ، فإنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ولا يعز 
من عاديت تَبَارَكْتَ رَبَّنا وَتَعالَيْتَ

اللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ مَنْ يَفْجُرُكَ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد، ولَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُد، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إنَّ عَذَابَكَ الجِدَّ 
بالكُفَّارِ مُلْحِقٌ.

اللهمَّ انْصُرْ إخوانَنَا الْمُسْتَضْعَفِين في فِلِسْطِين اللّهُمَّ انْصُرْ إخْوانَنَا الْمُجاهِدِين في فلسطين اللهم انصرهم نصراً مؤَزَّرَاً اللهم وَحِّدْ كَلِمَتَهُم وسَدِّدْ رَمْيَهُم وَأَنْزِلْ فِي قُلُوْبِهِم السَكِينةَ اللهم كن لهم وليّاً ونصيراً، اللهم أنهم مَظْلُومُون فَانْتَصِرْ لَهُمْ، إِنَّهُمْ فُقَرَاءُ فَأَغْنِهِمْ.اللّهُمَّ ارْحَمْ مَوْتَاهُمْ وَاشْفِ جُرْحَاهُمْ. وَتَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ، اللهمَّ أَيِّدْهُمْ بِتَأْيِيْدِكَ وَاحْفَظْهُمْ بِحِفْظِكَ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيزُ.

اللَّهُمَّ مُنَزِّلَ الْكِتَابِ، مُجْرِيَ السَّحَابِ، سَرِيعَ الْحِسَابِ، هَازِمَ الأَحْزَابِ اهْزِمْ اليهودَ الْمُعْتَدِينْ وَالصَّهَايِنَةَ الإسْرَائِلِيِّينَ الغَاصِبِيْنَ وَزَلْزِلْهُمْ وعَذِّبْهُمْ عَذَاباً شَدِيْداً. اللهمَّ إنَّهُمْ قَدْ بَغَوْا وَسعَوا فِي الأرْضِِ فَسَاداً. اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ شَمْلَهُمْ وَأنْزِلْ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ. وَاجْعَلْ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُم شَدِيْدًا، وَيَامُنْتَقِمُ مِنَ الْمُجْرِمِينَ اِنْتَقِمْ مِنْهُمْ وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لاَيُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينْ

اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْغَلاَ وَالْبَلاَءَ وَالرِّبَا وَالزِّنَا وَالزَّلاَزِلَ وَالْمِحَنَ وَسُوْءَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ سَائِرَ بِلاَدِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

"Ya Allah berilah keteguhan pada kami bersama orang yang mendapat hidayah, berikanlah pada kami afiyah (kesehatan dan keselamatan) bersama orang yang engkau beri afiyah, jadikanlah pada kami pelindung bersama orang yang Engkau lindungi, berikanlah kepada kami keberkatan dari apa yang Engkau berikan kepada kami, selamatkanlah kami dari keburukan yang Engkau telah tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan bukan yang diputuskan, sesungguhnya Engkau tidak menghinakan orang yang berlindung padaMu, Maha Suci Engkau dan Maha Agung”

"Ya Allah kami memohon pertolongan kepadaMu, beristighfar padaMu dan tidak kufur padaMu, kami beriman padaMu dan berlepas dari orang yang bermaksiat kepadaMu. Ya Allah hanya padaMu lah kami beribadah, solat dan sujud, kepada Engkau kami beramal dan berusaha, kami mengharap rahmatMu dan takut akan azabMu. Sesungguhnya azabMu pasti sampai pada orang kafir”

"Ya Allah tolonglah saudara kami yang terzalimi di Palestine, Ya Allah tolonglah saudara kami mujahidin di Palestine, Ya Allah tolonglah mereka dengan pertolongan yang kuat, satukanlah kalimat mereka, tepatkanlah tembakan mereka, turunkanlah kepada mereka sakinah, jadilah Engkau penolong dan pelindung mereka, Ya Allah mereka terzalimi maka bela lah mereka, mereka fakir berilah mereka kecukupan , rahmatilah orang yang meninggal di antara mereka, sembuhkanlah yang luka di antara mereka, terimalah yang mati syahid di antara mereka, ya Allah dukunglah mereka dengan dukunganMu, jagalah mereka dengan penjagaanMu, Wahai Zat Yang Maha Kuat Maha Perkasa"

"Ya Allah Zat yang menurunkan kitab, menjalankan awan, Yang Maha Cepat perhitungannya, Yang mengalahkan pasukan sekutu, kalahkanlah Yahudi dan goncangkanlah mereka dengan goncangan yang dahsyat. Ya Allah mereka telah kurang ajar dan berbuat kerosakkan di bumi, ya Allah berantakanlah kumpulan mereka cerai beraikan mereka, lemparkan di hati mereka rasa takut. Ya Allah jadikanlah perselisihan yang sengit antara mereka, wahai Zat Yang Maha membalas, balaslah kaum durjana, dan turunkan atas mereka siksaMu yang tidak bisa dielakkan oleh kaum yang zalim”

No comments:

Post a Comment