Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.
1) Sedekah Menjadi Sbb Allah Membuka Pintu Rezeki:
Sedekah mengundang rahmat Allah dan men jadi sbb Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kpd Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yg dikirim oleh Allah kpd setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yg membanyakkan pemberian kpd org lain, nescaya Allah membanyakkan baginya dan siapa yg menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (HR ad-Daruquthni dari Anas ra)
2). Sedekah digandakan 700 kali ganda:
Fadhilat bagi org yg bersedekah amat besar spt mana terdapat keterangan di dlm al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang2nya setiap harta yg dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dgn kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dgn kehidupan yang mudah: Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yg dikeluarkan oleh) org2 yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dgn sebutir benih yg menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yg Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” (Al Baqarah (2) : 261).
3). Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah:
“Sesungguhnya org2 yg bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
4). Rezeki dimurahkan Allah s.w.t:
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yg bertaqwa kpd Allah, pasti akan ditunjuki kpd mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kpd mereka dpd jalan yg tidak disangka2. Dan barangsiapa yg bertawakal kpd Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3). Di dunia, mereka yg bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kpd kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kpd Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dgn yg lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang2an, nescaya kamu diberi rezeki yg mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dgn apa yg kamu dermakan itu dgn balasan yg berganda2.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
5). Keberkatan Dalam Rezeki:
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dgn adanya keberkatan, harta/rezeki yg sedikit akan dirasakan seolah2 banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Dlm kisah Nabi, ada dicerita kan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengan nya. Baginda menepis2 dgn bajunya. Lantas Allah berfirman “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?” Nabi Ayub mejawab “Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dlm rezeki yg dikurniakan oleh Allah.
6). Kaya Jiwa:
Kekayaan bukanlah sesuatu yg harus diidam2kan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. “Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yg sebenarnya adalah kekayaan jiwa.” (Sahih Muslim). Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.
7). Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang:
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dgn Tuhan kamu dgn membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang2an, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” (HR Ibnu Majah).
No comments:
Post a Comment