Tuesday, February 25, 2014

MENGELAK FITNAH DAJJAL

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Diriwayatkan hadis dari Ma'dan bin Abi Talhah al Yakmariyi, hadis dari Abi Dardak bahawa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yg hafal (sepuluh) beberapa ayat dari ayat2 awal Surah al Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.” (HR Muslim). 

Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah al Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh Allah dari fitnah atau huru hara Dajjal yg akan diwujudkan Allah ketika dunia hampir Kiamat. Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal yang akan bermaharajalela di dunia sebelum Kiamat. Fitnah Dajjal disebut oleh Nabi saw sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia. Rasulullah saw pernah bersabda (yang bermaksud): “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya Kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (HR Muslim).

No comments:

Post a Comment