Tuesday, February 25, 2014

KEUTAMAAN MEMBACA ISTIGHFAR DAN SAYYIDUL ISTIGHFAR

“Bismillahirrahmanirrahim Astaghfirullah Al 'Adzim Allazi Laa ilaha illahu wal Haiyul Qaiyum wa Atubu ilaih”.

Istighfar lazim disarankan oleh para ilmuan, ustaz, daie, bahkan Al-Qur'an dan Rasulullah sendiri menganjurkan kita sentiasa beristighfar, perbanyakkan beristighfar.

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

(“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung”)

Istighfar Yg Utama: “Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih” (Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya).

Sabda Nabi s.a.w maksudnya “Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bilangan jagad semesta, Allah swt tetap akan selalu mengampuni mu, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii laa ilaa ha illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan),dan aku bertaubat kepada-Nya)”. (HR. at-Tirmidzi).

SAYYIDUL ISTIGHFAR: 

Istighfar yang paling sempurna adalah Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar) sebagaimana yang terdapat dalam Shahih Al Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: “Penghulu Istighfar adalah apabila engkau mengucapkan:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ 

مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ 

بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

ALLAHUMMA ANTA RABBI LAA ILAAHA ILLA ANTA KHALAQTANI WA ANA ‘ABDUKA WA ANA ‘ALA ‘AHDIKA WA WA’DIKA MASTATHA’TU A’UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA’TU. ABUU`U LAKA BINI’MATIKA ‘ALAYYA WA ABUU`U BIDZANBI FAGHFIRLI. FA INNAHU LAA YAGHFIRU ADZ-DZUNUUBA ILLA ANTA. 

Artinya : Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Rabb yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (HR. Bukhari no. 6306)

“Barangsiapa mengucapkannya di siang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk penduduk Syurga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dlm keadaan dia yakin dgnnya, kemudian dia mati sebelum Subuh maka ia termasuk penduduk Syurga.” (HR. Al-Bukhari – Fathul Baari 11/97)

“Berbahagialah bagi org yg mendapati dlm catatan amalnya istighfar yg banyak”. (HR. Al Baihaqi, Imam Ahmad dalam Az Zuhd. Lihat Shahih Al Jami’ no. Hadis 3930)‌ “Wahai sekalian wanita! bersedekahlah kalian dan perbanyaklah istighfar kerana aku telah melihat kalian adalah majoriti penduduk neraka. Sesungguhnya kalian banyak melaknat dan mengkufuri suami. Tidaklah aku dapati yang kurang akalnya dan Agamanya mampu mengalahkan yang mempunyai akal daripada kalian. Adapun kurang akal : maka persaksian dua wanita sebanding persaksian satu laki-laki maka yang demikian adalah kurangnya akal. Dan dia tinggal menjalani beberapa malam tanpa solat dan dia berbuka (tidak puasa) di bulan Ramadan maka ini adalah kurangnya Agama.” (HR. Muslim, Ahmad, Tirmidzi). “Sesungguhnya ada seseorang yang diangkat darjatnya di Syurga, maka ia pun berkata: Bagaimana ini boleh untukku? Maka dikatakan: disebabkan anakmu beristighfar (memohonkan ampun) untukmu”. (HR. Ahmad, Al Baihaqi).

Dari pembahasan di atas ttg fadilah atau keutamaan membaca Sayyidul Istighfar, salah satu bacaan istighfar yg merupakan istighfar yg penting adalah Sayyidul Istighfar. Dari namanya sudah jelas, bahwa istighfar ini merupakan bacaan istighfar yg seharusnya menjadi pilihan utama apabila kita ingin membiasa kan membacanya, artinya jgn smpi bacaan Sayyidul Istighfar ini ditinggalkan, sementara bacaan istighfar yg lainnya selalu dibaca, walaupun memang tidak ada aturan kita harus selalu membaca istighfar tertentu. 

No comments:

Post a Comment